Assalamualaikum dan hye semua 🌻
Alkisahnya, semenjak sebelum PKP bulan Mac lagi, LH dah memang merancang untuk bercuti dengan kawan-kawan. Tapi, tak sempat dilaknakan rancangannya, terus kena duduk rumah aje. Haha 😆. Sebenarnya ada beberapa destinasi yang menjadi idaman LH yang mana akan dikongsikan di sini.
Baca di sini: Puisi Cinta- Setia Si Rumput
Penang
Antara yang menjadi senarai destinasi percutian idaman LH. Siapa saja pasti tahu soal keindahan Pulau Mutiara ni.
Sebab kenapa LH nak bercuti ke Penang, tak lain tak bukan sebabnya tempat-tempat menariknya banyak. Tambah-tambah pula dengan makanan yang sedap-sedap. Kebetulan pula LH terbaca satu article seorang blogger soal Penang 👉🏼 Eyqa Hasnan's Blog- Kunjungi Tempat Menarik dan Hotel di Penang yang berkongsi tentang keindahan dan tarikan di Penang.
Salah satu lagi sebabnya Penang mempunyai sejarah terawal masuknya British ke negara kita membuatkan LH semakin nak pergi Penang.
Baling, Kedah
Kalau Baling ni pula, yang paling LH teringin sekali nak pergi ialah kolam air panas. Huhu 😚. Memandangkan Baling tu memang terkenal dengan kolam air panasnya, jadi banyak juga resort dan chaletdan chalet di kawasan tersebut yang membuatkan LH nak merasa tidur di situ.
LH pun tak pasti dah berapa belas tahun LH tak pergi mandi kolam air panas. Rasanya macam tak pernah. Hahaha 😆.
Langkawi, Kedah
Ni pun antara destinasi panas yang sering dikunjungi. Rasanya bukan LH seorang yang nak pergi bercuti Langkawi, semua orang pun nak. Betul tak?
Tapi, Langkawi ni LH nak pergi dengan kawan-kawan dan keluarga. Kali terakhir pergi Langkawi masa kecil-kecil dulu 😂. *Gigi pun rongak masa tu 😆.
LH nak pergi Langkawi bukan sebab zon bebas cukai atau saja nak ikut orang. Tapi LH nak pergi sebab LH nak mencipta kenangan bersama orang tersayang gichu 🤭.
Oh ya, LH pun teringin sangat-sangat nak pergi melawat tempat-tempat legenda di Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting, Kampung Kawah ke Kampung Kuah. LH pun tak ingat dah nama dia 😂.
Terengganu
Terengganu merupakan negeri yang paling banyak pulau di Malaysia ni. Seronok kan kalau dapat teroka pulau-pulau di Terengganu. Pasti seronok! Seronoknya di pulau-pulau negeri Terengganu ni, kebanyakan pulaunya seronok untuk snorkeling. LH teringin nak merasai snorkeling. Maklumlah, tak pernah pengalaman snorkeling 😳.
LH teringin nak menikmati keindahan pulau di Terengganu seperti Pulau Duyong, Pulau Redang dan pulau-pulau lainnya.
Cameron Highland
Ok, Cameron Highland ni memang merupakan destinasi yang LH dah pernah pergi. Siap ada article lagi yang LH tulis tentang tu. Baca di sini 👉🏼 Trip to Cameron Highlands Part 1 dan Trip to Cameron Highlands Part 2.
LH pernah pergi Cameron Highland dengan keluarga sebelum ni. Tapi, LH tak pernah pergi dengan kawan-kawan.
Keseronokan bercuti dengan family tak sama dengan pergi bercuti bersama kawan-kawan 😁. Jangan salah faham pula, bukan tak seronok nak bercuti dengan keluarga, semestinya seronok sebab boleh cipta memori bersama keluarga. Tapi, bila pergi dengan kawan-kawan, dapat pula cipta memori bersama kawan-kawan. Betul tak?
Paling penting, pergi bercuti tempat sejuk ni tak pernah lapuk. Kan?
Danok
Danok ni sebenarnya sempadan aje dengan UUM tapi sekali pun LH tak pernah jejakkan kaki. Haha 😆. Bukan setakat jejak, pandang pun tak pernah. Huhu 😭.
Apa yang seronoknya dekat Danok ni makan, makan dan makan. Tapi, InsyaAllah kalau LH dapat pergi, LH explore habis-habis Danok tu.
Kemboja
Ha, yang ni memang LH nak sangat pergi. LH ada kawan dekat sana yang mana kampungnya memang menjadi tempat pusat pelancongan. Ada homestay terapung siap tau. Alang-alang bercuti, boleh pergi melawat. Iye idok?
Jepun
Merupakan salah satu negara yang mempunyai budaya yang pelbagai selain dikenali dengan negara matahari terbit.
LH semangat nak pergi Jepun sebenarnya sebab banyak baca manga dan tengok anime Jepun aje 😂. J-drama pun LH minat, jadi sebab itulah nak pergi melawat Jepun satu hari nanti.
Antara sebab lain yang menjadikan Jepun antara dalam senarai destinasi idaman ialah kerana budayanya yang menarik. Salah satunya seperti "tea ceremony". Sushi pun merupakan antara sebab lain kenapa LH nak ke Jepun 🤭.
Genting Highlands
Dengar macam tak pernah pergi kan? Sebenarnya LH dah pernah pergi tapi sejak-sejak Genting baru buka ni LH tak pernah pergi lagi.
LH nak pergi dengan keluarga dan kawan-kawan sebab nak cipta memori baru bersama-sama 😊. Pasti seronok dapat main-main dengan orang-orang tersayang.
Lagi satu, LH nak tengok juga macam mana berubahnya Genting Highlands tu.
Staycation
Staycation ni sememangnya bukan sebuah tempat dan tak patut dikategorikan sebagai destinasi pun. Tapi, LH masukkan juga dalam kategori destinasi idaman sebabnya memang LH berangan nak bercuti ke hotel-hotel dan hanya menetap di situ untuk menenangkan fikiran.
Antara hotel yang menjadi pilihan LH ialah Timur Bay Residence di Balok Kuantan. Boleh baca di sini tentang tempat tu 👉🏼 Timur Bay Residence Balok. Hotel-hotel di Cherating, Hotel Swiss-Bell di Tanjung Lumpur, Hotel Gambang, Hotel Sunway Lagoon dan hotel-hotel menarik lain.
Semoga saja impian LH untuk travel and explore keindahan dunia ini tercapai. Kalian yang tak ada idea nak pergi berjalan ke mana nanti tu boleh lah rujuk sini ya. Atau kalian dah ada idea nak berjalan ke mana? Boleh kongsikan di ruang komen apa senarai destinasi percutian idaman korang 😁.
Semoga entri kali ni sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat semua 💓😊
Apa pun, jangan lupa untuk share dan komen entri LH kali ni. Follow blog LH juga tau 😘.
Baca sebelumnya: Tremucca- Baca, Faham dan Hadam
#cuticutimalaysia2021 #travel #penang #kedah #jepun #terengganu #kemboja #cameron #genting #staycation #thailand #bloggerlife #bloggermalaysia
24 Comments
Banyaknyaaa tempat nak pegi 😍 OK, Langkawi boleh masuk list 😆!
ReplyDeleteBanyak tapi boleh pergi tu yang sedih tu.
DeleteWah, banyaknya nak pergi. Moga impian LH explore keindahan dunia ini tercapai
ReplyDeleteMemang banyak dalam kepala ni. Itu pun ada yang tak termasuk list ni. InsyaAllah LH nak travel dunia.
Deletei love how you listed all the local malaysian destination first. it's nice to see people spreading awareness about domestic tourism! :)
ReplyDeleteAww thank you. I want to explore our country first and then I'll go for the international
DeleteSemua rasa nak pi kan sekarang ni.. Stress asyik terperap dekat rumah ja.. Mana boleh tahan 😭😭😭😭
ReplyDeleteBila duduk rumah ni semua tempat terfikir. Hahaha 😂
DeleteSamaa teringin nak pergi langkawi dgan jepun hish bila lah tu
ReplyDeleteHarap-harap dapat pergi lah satu hari nanti
DeleteTahun lepas, saya sempat ke Bali dan Pulau Pinang je. Lain2 plan semua hancur. Tahun ni lagi la. Bulan 1 dah start PKP.
ReplyDeleteBetul. Baru plan nak ke pulau pinang dengan johor tahun lepas. Semuanya terbang begitu saja
DeleteAntata senarai tempY yg hendak dikunjungi dkt sini saya memilih Penang. Rindu makanan orang sana hehe
ReplyDeleteBagi saya setiap tempat ada makanan unik masing-masing. Asalkan sedap ngap. Tapi teringin nak makan mee udang penang
DeleteRawlins dan kawan-kawan dah dua kali cancel trip ke Pangkor. Sedih la. Harapnya settle cepat la PKP kan - boleh kita travel
ReplyDeletetak sempat nak jalan2 dah PKP. Sekarang tak sabar nak habis PKP nak balik kampung. Lame sangat dah tak balik kampung..
ReplyDeleteOh yes.. Semua tempat rasa nak pegi sekarang ni. Lama nau dah terperuk kat rumah jer. Rindu suasana saat dulu.
ReplyDeleteSesama kita doakan wabak Covid-19 cepat lenyap. Aamiinnn
Sebelum ni macam tak sempat nak berjalan-jalan.
ReplyDeleteBila PKP ni, lagilah rasa rindu nak berjalan.
Kadang tengah gini malas nak fikir nak pergi mana, selagi tak selsai, duduk aje laa rumah.., tapi kalau tidak, huwaaa dah sampai Jepun dah Sis ko bulan 9 tahun lepas huwaaaaa
ReplyDeleteDestinasi percutian kegemaran akak pun ada banyak. Kita sesama doa agar pandemik covid-19 segera pergi. rindu tak pakai face mask. jalan-jalan sesama family. hehehe.
ReplyDeleteBanyaknya nama negeri dan negara LH nak pergi. Wow! InsyaAllah habis covid ni semoga dipermudahkan. Staycation tu sekarang is a must. Ramai dah buat sbb covid dan PKP. Tapi bagus juga jadi pelancong negara sendiri. Hehe
ReplyDeletekemain banyak list tempat nak pergi ye. sis belum tau lagi nak kemana, yang pasti nak balik kampung je ni. penanggggg & perak.
ReplyDeletehabis PKP nie memang rasa nak jelajah satu malaysia. ya Allah rindunya nak travel lagi. cepatlah habis covid nie. lama sangat dah hidup mcm nie
ReplyDeleteSekarang ni baca dan cari tempat pelancongan yang menarik, nanti selepas pandemik, boleh buat planning dah.
ReplyDelete