Lihatlah dunia, yang banyak keindahannya. Keindahan yang mesti kamu tonton, memori yang mesti kamu simpan, selitkan di celah keindahan tadi.
Bila cakap pasal dunia, pasti ada yang begitu gembira dan teruja untuk melihat dunia kan? LH pun begitu. Salah satu sebab kenapa LH suka pergi bercuti a.k.a travel, sebab LH suka melihat dunia menjangkaui akal pemikiran LH. Dari kecil, LH suka mencari tempat-tempat menarik dan indah untuk dijejaki. Berharap satu hari nanti, LH betul-betul dapat jejak kaki ke tempat-tempat tu. Budaya, keindahan, sejarah, antara sebab kenapa LH suka bercuti. Sebab lain macam stres tu dah biasa dengar kan? Yang penting, sebab sebenar LH suka bercuti sebab LH suka tengok dunia. Nak-nak lagi tempat yang tak sama dengan LH.
Cuma, satu benda bila LH tak suka bercuti ni, LH akan abaikan kecantikan kulit LH. Iya lah kan, bila kita bercuti, mana sempat nak menjaga kecantikan kulit ni. Kena kejar dan cepat dalam semua benda. Kejar masa, kejar train, kapal terbang. jadi, agak susah nak buat semua benda dalam masa yang singkat. Penjagaan rutin kulit pula memang ambil masa. Kalau malam pun, tak sempat sebab balik aje dari berjalan, mesti penat. Fikir nak katil aje kan. Yang tau nak cuci muka terus berehat. Selalunya, lepas dari balik bercuti, barulah LH fokus untuk manjakan diri.
Ish, panjang pula ceritanya kan? Sebenarnya tujuan LH tulis entri kali ni sebab LH nak cakap satu benda aje. Walaupun sibuk macam mana pun LH masa bercuti, tak sempat macam mana pun LH merawat kulit masa pergi bercuti, LH takkan lupa lakukan rutin wajib macam pakai sunscreen. Atau kalau dalam Bahasa Malaysia kita sebut memakai pelindung suria.
Nak tau sunscreen apa yang LH pilih? Ok, sekarang scroll skrin ke bawah.
Ta daa!
Hansagee Nature Aloe Vera Sunscreen!
Sebab kenapa LH pilih sunscreen dari Hansagee Nature ni, sebab boleh dik! Hehe. Sebenarnya, LH suka sangat dengan sunscreen yang satu ni sebab sunscreen memang terbaik tau.
Sunscreen yang bagus untuk kulit
LH ni kulit muka kering tau. Ya! Kulit muka LH kering (tau pun lepas LH pernah buat analisis dekat satu klinik ni), jadi LH akan mencari produk-produk untuk kulit kering. Siapa sangka, dekat luar sana, kebanyakkan sunscreen lebih sesuai untuk kulit berminyak atau kombinasi. Lebih senang mencari produk untuk kulit berminyak berbanding kulit kering. Huhu. Tapi, Hansagee punya sunscreen ni tak kering pada kulit tau. Sebaaaabbb sunscreen ni moisturise. Senang kata melembapkan kulit. Haruslah sebab sunscreen ni sendiri mengandungi bahan-bahan untuk melembapkan kulit seperti aloe vera (dah nama pun aloe vera sunscreen), centella asiatica extract, morus alba bark extract dan orchid extract. Tambahan juga, suncreen ni mengandungi sodium hyaluronic (yang mana merupakan agen yang sangat bagus untuk melembapkan kulit), glycerin dan allantoin.
Sunscreen ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit tau. Begitu pun, sunscreen Hansagee sesuai untuk orang-orang yang kulit berminyak juga. Pada packaging sunscreen pun, ada tulis oil-free dan airy-light. Maksudnya ringan dan tidak berminyak. Jujur memang bila LH pakai, tak berminyak pun sunscreen ni. Senang nak buat aktiviti harian apatah lagi nak pergi bercuti. Senang cerita, sunscreen Hansagee ni memang sunscreen terbaik.
Texture lightweight yang melembapkan kulit
Tekstur sunscreen ni berkrim. Tapi,due to it’s light texture ia jadi senang untuk diblend dan terus menyerap masuk kulit dan melembutkan kulit sekaligus melembapkan. Pakai moisturiser pun tak perlu banyak-banyak dah sebab Hansagee Aloe Vera Sunscreen dapat melembapkan kulit. Tekstur sunscreen ni sangat ringan & moisture tak membuatkan pori tersumbat dan mudah untuk diremove so pori-pori tak tersumbat dan skin pun lebih sihat. Dan paling penting, rasa muka segar aje lepas pakai sunscreen dari Hansagee ni. Boleh kata sunscreen dari Hansagee Nature ni melembapkan kulit dalam masa sama melindungi kulit dari sinaran UV. LH boleh kata yang sunscreen aloe vera dari Hansagee ni adalah krim siang terbaik dan sesuai untuk kulit yang berminyak.
Sunscreen yang mempunyai SPF 50
Sunscreen ni ada SPF 50+ PA+++. Dengan itu, sunscreen ni akan melindungi kulit dari sunburn. Maksudnya, kehadiran SPF 50 dalam sunscreen ni dapat menapis 98% sinaran UVB. Sinaran UVB ni pula memainkan peranan yang besar penyebab kanser kulit. Jadi, macam mana pula dengan sinaran UVA? Takkan UVB aje dilindungi dari menembusi kulit kita? Mestilah UVA dan UVB sekali. Sebab itulah ada PA+++ tu. PA tu maksudnya penilaian untuk sesuatu sunscreen melindungi kulit kita semua dari sinaran UVA. Bila ada banyak +++, bererti semakin tinggi lah perlindungan UVA kepada kulit kita. Label PA ni biasanya digunakan oleh produk sunscreen dari Jepun atau Korea Selatan. Disebabkan Hansagee Nature Aloe Vera Sunscreen merupakan produk dari Korea, label yang digunakan mestilah PA untuk menunjukkan sunscreen ni melindungi kulit kita dari kedua-dua sinaran UV. Dah jadi macam saintis pula LH ni tak habis-habis bercerita pasal sinaran UV kan? Oh ya! Sebelum LH lupa, Hansagee sunscreen ni merupakan hybrid sunscreen tau. Apa tu hybrid sunscreen? Senang kata campuran chemical dan mineral sunscreen. Pendek kata, hybrid sunscreen merupakan campuran antara chemical dan physical sunscreen. Ia lebih efektif berbanding sunscreen biasa. Sunscreen ni bukan biasa-biasa tau. Sebabnya sunscreen ni ada SPF 50. Semestinya sunscreen yang terbaik.
Sunscreen travel friendly
Jujur LH cakap LH suka dengan packaging sunscreen ni. Packagingnya, sepertimana yang dalam gambar tu, dibuat dalam bentuk tiub macam tu. Kurus dan slim aje. Senang nak bawa travel, sebab boleh selit aje sunscreen nanti dalam mana-mana poket beg. Untuk orang yang suka bercuti macam LH, sunscreen ni senang nak dibawa dengan bentuk tiub yang kurus slim macam ni, tak perlukan ruang yang besar dan banyak. Lagi satu, sunscreen ni merupakan sunscreen yang boleh basuh dengan air, so sangat mudah untuk dibawa travel. Lepas ni, tak perlu lagi bawa banyak barang untuk remove sunscreen. Sunscreen aloe vera ni juga merupakan sunscreen mesra wuduk. Bukan cuma tu, kebersihan pun pasti terjaga sebab kita takkan sentuh sunscreen ni melainkan masa nak pakai sahaja. Kalau yang baru beli tu, mesti akan nampak seal pada mulut botol sunscreen. Betapa terjaganya kebersihan sunscreen Hansagee ni. Ingat ya, kebersihan tu sangat penting dalam penjagaan kulit kita. Kalau produk atau tangan kita tak bersih masa pakai, kulit muka kita yang akan menjadi mangsanya.
No harmful ingredients- sunscreen untuk semua jenis kulit
Sebab kenapa LH memilih aloe vera sunscreen ni, sebabnya ia merupakan sunscreen bebas alkohol, bebas paraben, bebas silikon, bebas sulfate dan bebas allergen. Bahan-bahan yang macam ni tak sesuai untuk kulit LH. Selalunya kalau LH pakai produk yang mengandungi bahan-bahan yang disebut ni, mesti akan break-out atau ada kesan lain. Senang kata tak sesuai. Sudahlah LH pun kulit sensitif, jadi memang tak sesuai pakai produk yang ada bahan-bahan tersebut. Sebab tu kenapa LH memilih Hansagee aloe vera sunscreen ni, sebab bebas bahan-bahan merbahaya dan sesuai untuk kulit sensitif. Sunscreen yang macam ni lah yang kita nak. Sunscreen yang sesuai untuk kulit sensitif! Ini barulah sunscreen yang terbaik!
Sunscreen with no white cast
Kenapa LH suka pakai sunscreen dari Hansagee Nature ni? Sebabnya efek sunscreen ni lepas pakai, membuatkan kulit jadi glowing serta-merta dan kulit nampak cerah dan segar. Biasanya sunscreen bila kita pakai ada white-cast kan sampai muka pun jadi kelabu, tapi aloe vera sunscreen yang satu ini tidak ya. Iya, tidak begitu. Efeknya glowing saja dan mencerahkan kulit. Tak ada lah kulit nampak kusam dan tidak bermaya aje. Paling penting, sebab dia tak ada white-cast, tak menyebabkan pori-pori ada kulit tersumbat. Texture dia pun ringan dan mudah meresap jadi pori-pori muka kita takdelah tersumbat. Lepas pakai aje, terus jadi cantik. Tak main-main ya. Kalau kalian tengok label pada packaging, ada tulis “makeup base”. LH tengok dekat website dia pun, iya memang tertera as makeup base. Itu maknanya, sunscreen aloe vera ni boleh dipakai dengan mekap tanpa perlu sapu primer pula lepas tu. Tapi, untuk traveller, mana sempat nak mekap-mekap ni kan? Kita ni dah lah semua benda nak kena kejar, kalau mekap memang lambat lah jadinya. Jadi, apa yang LH buat? Lepas aje pakai sunscreen ni, LH akan pakai bedak two-way cake pilihan LH, calit sikit liptint pada pipi, kelopak mata dan bibir. Pakai mascara nipis-nipis aje dan siap! Tak sampai 5 minit pun kan nak bersiap. Maka, kita tetap cantik dan segar walaupun masa travel. Barulah, nak tangkap gambar nak masuk Insta atau blog pun yakin aje. Best kan sunscreen macam ni? Memang sunscreen terbaik.
Dah siap sapu! Muka terus nampak glowing dan berkilat aje kan? Barulah nampak segar.
Light Scent Sunscreen- Aloe Vera
LH suka bau Hansagee Aloe Vera Sunscreen ni. Bau dia wangi tapi tak menyengat atau menyakitkan hidung ke kepala ke. Bau wangi dia sedap-sedap aje untuk dihidu. Ah gitchu! Bau dia bau aloe vera lembut tu tau. Kalau kalian nak tau macam mana bau aloe vera lembut, kalian mesti pernah pakai Aloe Vera gel tu, begitulah baunya. Sedap-sedap saja di hidung kan?
Cara yang betul memakai sunscreen
Ingat tau, sunscreen ni korang kena pakai hari-hari. Sunscreen ni adalah basic skincare routine dalam skincare routine harian kita. Sunscreen ni adalah langkah terakhir dalam skincare routine. Pakai sinag hari je. Jangan pula kalian pakai malam sunscreen ni. No no!
Kejap, berapa kali nak kena sapu ssunscreen sehari? Ha! Sunscreen kena re-apply setiap 2-4 jam sekali ikut aktiviti yang kita lakukan. Untuk orang yang selalu terdedah bawah matahari tu, kena sapu semula setiap 2 jam sekali tau. Tapi kalau kalian yang selalu dalam bangunan atau di rumah, kena sapu setiap 4 jam sekali. Dan kalian tak boleh kedekut tau pakai sunscreen ni. Mesti kena pakai dua jari macam gambar kat bawah tu. Barulah dapat coverage yang terbaik dan barulah kesan yang terbaik untuk kulit kita.
Masa nak sapu sunscreen pada wajah tu, pastikan sunscreen dua jari macam ni tau. Barulah cukup untuk melindungi kulit wajah kita dari sinaran UV.
LH letak macam ni aje dekat wajah. Lebih senang. Nanti tinggal tepuk-tepuk je bagi rata. Sunscreen terus meresap masuk kulit dan muka pun terus glowing.
Kesimpulannya, sunscreen ni dapat melembapkan kulit LH yang kering macam pasir gurun ni walaupun tak pakai pelembap sebab sunscreen ni mengandungi aloe vera. Ada sunscreen ni masa travel paling menyenangkan sebabnya mesra wuduk, boleh basuh dengan air masa nak solat. Lepas tu, senang untuk dibawa, boleh selit-selit aje dalam poket beg mana-mana. Nak pakai pun senang sebab tiub dia secure dan memang tak tumpah atau comot. Yang penting, tak risau muka kita burn sebab sunscreen ni ada SPF 50+ PA +++ .Best sangatkan Hansagee Aloe Vera Sunscreen ni.
Tapi mana nak dapatkan sunscreen ni? Senang aje, pergi ke website mereka di bawah ni LH dah sertakan.
💓Brand: Hansaegee Nature
💓Website: www.hansaegee.com/shop
💓IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
💓FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
💓Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
0 Comments