"Adat dunia ini hanya tahu menyakiti dan terus menyakiti. Sesungguhnya hatimu saja yang dapat memujuk"
🌻🌻🌻🌻
Assalamualaikum dan hye semua 🌻
Ok, kali ni LH nak kongsikan satu puisi yang mana LH dah upload lama di youtuve channel LH. LH tak berapa ingat dari dari mana LH dapat ilham untuk hasilkan puisi ni. Tapi, apa yang pasti LH memang tulis puisi ni untuk orang yang berasa stres dan tertekan. LH sendiri masa tulis puisi ni dalam keadaan tertekan. LH nam baginam bagitahu korang di luar sana yang korang tak ber sendiri okay. Jangan stres-stres tau.
Latar belakang
Tekanan itu akan tetap datang seperti angin puting beliung. Menyakiti sesiapa sahaja tanpa mengenal sesiapa. Yang pasti, ia tidak akan berhenti sehinggalah sudah cukup terluka.
Pengajaran
Hidup ini sememangnya penuh dengan masalah dan ujian yang menjadikan kita kuat. Masalah itu takkan pernah habis kerana selagi kita hidup selagi itulah ada masalahnya.
Ingatlah, tekanan hidup itu pasti ada dan takkan pernah berhenti. Masalah juga datangnya tanpa kenal sesiapa, maka kitalah yang perlu sentiasa bersedia dan tenang menghadapinya.
Jadikanlah setiap masalah dan ujian sebagai pengajaran buat kita.
Puisi
Tercapmpaknya aku,
Di dalam puting beliung,
Yang bergilir-gilir,
Memberi bukti betapa banyaknya,
Puting beliung yang memutarkanku,
Terus menyakitiku,
Tanpa kenal siapa sebenarnya daku,
Hanya reti menyakiti,
Dan terus menyakiti tanpa berhenti,
Tanpa berhati tetapi berdarah,
Berdarah di sanubariku.
Dengan ini, LH harap entri kali ni sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat kalian semua. Ingatlah, kalian tak berseorangan.
Apa pun, jangan lupa share entri ni dan follow blog LH. Subscribe juga channel LH lepas korang dah full view video LH di youtube ya 😘. Channel LHijau Official
Baca sebelumnya: Hidup Adalah Suatu Pengembaraan
#musikalisasipuisi #puisikehidupan #sasterapuisi #sasteramelayu #sajakpuisi #soundpoetry #musicalpoetry #sadness
30 Comments
betul tu..kita ni takkan pernah lari dari masalah. tapi semua tu sebenarnya mematangkan dan menjadikan kita orang yg lebih baik
ReplyDeleteMasalah mendidik kita sebenarnya
DeleteSedikit masa dulu, Sis suka layan hati yanh di sakiti, yee memang sakitt...tapi bila lama-lama kekalkan positif tu dalam diri, akhirnya bila diri di sakiti, kita sendiri berjaya pujuk hati, so takde masa nak stress semua...
ReplyDeleteTak ada masa nak stress tu yang penting
DeleteHanya diri sendiri boleh pujuk itu adalah tepat sekali! Walau dengan 100 org kita cerita masalah kita. Mereka hanya boleh mendengar sahaja. Jika yang ingin bantu, mungkin keputusan itu tidak sesuai dengan prinsip kita. Jadi, refleksi diri dan fikir apa yang terbaik. InsyaAllah.
ReplyDeleteLain orang lain situasinya kan
Deletebetul la tu..bila hati sakit cuma diri sendiri yg dapat memujuk. nice sharing :)
ReplyDeleteAkhirnya diri sendiri juga
DeleteWoahh nice writing!! ^_^
ReplyDeleteThank you. Still in learning process
Deletepandainya tulis puisi dah lama tak baca puisi last masa zaman sekolah agaknya haha
ReplyDeleteMasih dalam proses pembelajaran lagi
DeletePandai LH berpuisi..👏🏻😎
ReplyDeleteMasih belajar dan merangkak
Deletewow dh lame x dengar puisi. this is amazing, keep up the amazing work!
ReplyDeleteThank you. I will keep it up. Hope to inspire everyone
DeleteSebenarnya stress is good for a person to move forward.. Tapi stress lampau yang jadi bahaya sebenarnya.. Agree? Contohnya, I am currently stress about my promotion but if excessive stress, I akan jadi demotivated and end up, giving up my career progression. So walaupun terus menyakiti, bangkit dan ubati! Sure ada solusinya..
ReplyDeleteSetiap masalah ada ada solusinya. Tapi bila kita stress tu yang tak nampak masalahnya. So agreed with your statement
DeleteBgusnya puisi yang memberi oengajaran. Yeah kita jangan midahpercaya dekat orang. Tak semuanya orang tu suka dengan kita
ReplyDeleteYang penting bergantung pada Tuhan dan diri sendiri
DeleteBetul la tu akhirnya diri sendiri yang pujuk diri. Apa-apa pun kena ingat Allah kan ada. 😊
ReplyDeleteBetul. Allah sentiasa ada
DeleteGreat advice there. At the end of the day, you've only got yourself, so you have to try to be your own best friend. :-)
ReplyDeleteYes! Everything is on ourselves
Deletesedikit sebanyak puisi ni macam kena dengan keadaan hidup za sekarang. banyak sangat dugaan dan rintangan nak kena hadap demi sesuap nasi
ReplyDeleteTuhan itu sentiasa ada
Deletesentiasa layan hati sakit, memang hidup pun tak akan ceria. kita boleh layan, tp jangan layan lama sangat.
ReplyDeleteKita yang kena kuat
DeleteYes no one can help us but ourselves. Gotta be strong and stay strong for our own sake. What doesn't kill you makes your stronger.
ReplyDeleteStrong to live, and strong to stay live
Delete