21/10/20
Assalamualaikum dan hye semua 🌻
Ok, semalam LH tak sempat nak senaraikan little things to be grateful for LH untuk semalam. Jadi, LH akan sekalikan aje untuk hari ni terus.
Jom mula,
Things 1;
Semalam LH dapat job pertama sebagai seorang blogger. Ada yang suruh LH coverkan untuk kempen dia. Syukur sangat-sangat atas nikmat Tuhan
Things 2;
Kita rasa kita paling susah, rupanya ada yang lebih susah. Ni pun semalam punya cerita, LH baru dapat tahu rupanya kawan LH dalam kesusahan teruk. LH dah lama tak contact dengan dia, jadi LH tak tahu menahu pun pasal dia. Bila dibandingkan dengan masalah hidup LH ni, alahai kecilnya lah.
Things 3;
LH masih dapat tidur lena yang amat, masih dapat mimpi yang indah-indah. Syukur sangat.
Things 4;
Hari ni dan semalam LH dapat makan sedap, walaupun makanannya sederhana mewah, tapi syukur masih diberi nikmat untuk makan.
Things 5;
Yang paling penting dalam hidup LH, LH masih merasai ketenangan yang LH dambakan. Semoga ketenangan ini berterusan.
Things 6;
LH diberikan waktu boleh bersenam dan mengeluarkan peluh. Betul-betul satu nikmat tu.
Jadi, setakat ini saja perkongsiain LH hari ni. Tu semua my little things to be grateful for today. So, what are your litlle things to be grateful for today?
Kongsikan diruangan komen k 😘
LH harap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada kalian semua.
Apa pun, jangan lupa share entri ni dan follow blog LH tau 😘.
#beinggrateful #littlethingstobegratefultoday #todaystory #storyoftoday #feelingcalm
2 Comments
Apa yang disyukuri minggu ini ➡️ kak shima dapat cuti kurantin 5 hari sebab anak kena chicken pox. Yeay 🥰🥰
ReplyDeleteUish cuti tu nikmat tu. Hehe 😁
Delete