Assalamualaikum dan hye 🌻
Dah lama tak berkongsi kisah dan ceritera kembara LH di sini. Kaku rasanya untuk menaip baik di fikiran ataupun jari-jemari. Izinkan LH untuk berkongsi ceritera kembara LH yang terbaru (tak adalah baru sangat. Cuma baru nak berkongsi). Terimalah entri ini meski banyak kekurangan.
Laksa Sarang Burung
Alkisahnya, sewaktu LH sekeluarga pergi menghantar adik kembali ke UMT, LH diperkenalkan dengan Laksa Sarang Burung. Mama dan Abah sudah mengetahui akan kewujudan tempat itu (sebab pernah hantar makan di situ masa hantar adik sebelum ni). Agak pelik di benak LH kerana itu kali pertama Laksa Sarang Burung didengarkan pada halwa telinga LH. Tapi, mama kata sedap. Jadi LH pun berasa teruja untuk mencuba kerana senantiasa percayakan selera mama (mungkin sebab selama ni mama yang masak di rumah). Setelah selesai menghantar adik kembali ke asrama UMT, kami sekeluarga menuju ke Laksa Sarang Burung. Terletak berdekatan saja dengan UMT.
Di sini LH kongsikan Maps untuk ke sana.
Tempatnya indah di tepi pantai, sangat sesuai menyembuhkan jiwa yang tersakiti. Lebih sesuai lagi duduk bersama keluarga untuk menikmati masa berkualiti bersama. Sangat sesuai untuk menikmati makanan yang sedap.
Lihatlah bentuk dan rupa Laksa Sarang Burung ni 😋 |
Semangkuk laksa Penang yang dihidangkan bersama telur dadar yang dijala, di letakkan di atas semangkuk laksa. Menjadikan rasa Laksa Penang itu kaya dan berlemak. Lebih sedapnya lagi, rasa Laksa ni tak muak dan berkrim bila telur goreng tu sebati dengan kuah laksa. Rasa pedas laksa pun sepadan dengan namanya "Laksa Penang".
Menu air teh hijau
Menariknya lagi, menu air yang tersedia ada bermacam-macam. Menu air di sini sungguh menarik perhatian pengunjung untuk mencuba. Ditambah pula dengan air yang dihias-hias menarik. Bukan cuma tu, di sini ada juga tersedia pelbagai menu ABC dan Cendol.
Rasa air minumannya sangat tak mengecewakan. Seperti dalam gambar di atas, begith banyak air minuman yang kami pesan. Ada teh tarik, teh hijau dan kopi O. LH pesan air teh hijau buih(boleh nampak macam yang dalam gambar). Air yang dihidangkan pun sangat sedap. Rasa teh hijau sangat pekat dan manis. LH pasti teh hijau Thai yang digunakan. Bau teh hijau pun sangat manis dan wangi. Sebelum minum tu ambil bau dulu 😋. Satu senduk aiskrim vanilla diletakkan. Jadi teh hijau float. Bayangkan air teh hijau yang pekat dan wangi, minum pula dengan aiskrim dan teh hijau yang dipukul (blend) menghadirkan rasa gebu ketika air dihirup.
Air teh tarik juga (macam dalam gambar) sangat wangi dan kaw. Tehnya pekat dengan warnanya yang berpigmen. Melihatkan pada warna saja dah menarik selera pengunjung untuk menghirup teh tarik kaw. Buih dari hasil teh yang ditarik (dah tak ada buih sebab LH dah hirup 😬), sangat gebu-gebas. Rasa nikmat sungguh minum teh tarik yang berbuih gebu ni.
Servis yang disediakan
Mengenai servis yang diberikan oleh kedai ni, LH mengaku servisnya agak lambat sedikit. Mungkin pada hari LH pergi tu orang ramai.
Tapi, sambil-sambil menunggu servis makanan sampai, boleh lah menikmati persembahan busking yang dipersembahkan. Sangat sesuai untuk bersantai-santai. Tempatnya juga LH boleh katakan lebih sesuai untuk keluarga bersantai sama-sama. Meja-meja juga disediakan lebih sesuai untuk keluarga.
Jangan risau, tempat parking cukup ya. Ada satu tempat khas yang disediakan di sebelah kedai untuk parkir kereta anda. Jadi tak perlu jalan jauh-jauh untuk ke kedai makan. Alang-alang perut pun dah lapar, nak jalan jauh-jauh mesti rasa nak marah dan tak tenteram kan?
Panjang sudah rasanya entri LH kali ni. Kalau boleh nak sambung masuk kisah Ayam Bakaq pula tapi entri yang ini pun sudah panjang. Nampaknya terpaksa sambung bahagian dua 😬. Jadi, itu sahaja kisah LH kali ini.
Sedapkan Laksa Sarang Burung 😋
#laksasarangburung #laksapenang #terengganu #pantaitokjembal #kualanerus #laksasarangburungtokjembal
6 Comments
Unik nampak telur tu dibuat cam berlubang2 ala ala roti jala. Sis suka laksa jugak.
ReplyDeletelaksa sarang burung, memang favourite saya! Kalau ke perak tak sah kalau tak cari!!! Sekali kat terengganu pun ada ye!
ReplyDeleteWow!!! Yummeh nyer laksa srang burung. Lame benar x merasanya. Thank you for sharing your experience.
ReplyDeleteKita memang peminat laksa! Tapi selalu prefer beli telur sebiji dari sarang burung. maybe next time i should give a try kan
ReplyDeleteI suka jer laksa sarang burung tapi belum try kedai ni lagi, nanti nak singgah.
ReplyDeleteOhh wowo....your photos & story here making me so craving hungry especially to enjoy a plate of Laksa Sarang Burung Tok Jembal la. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDelete