Trip to Perak: Episode Teluk Intan

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye semua,

Jadi last post LH dah ceritakan tentang pengalaman kami sekeluarga di Pasir Salak. Boleh baca sini  So kali ni, LH nak ceritakan pengembaraan kami di Teluk Intan. Dari Pasir Salak kami pun menuju ke Teluk Intan. Tapi memandangkan LH ni hanyalah penumpang, LH pun tidurlah sepanjang perjalanan ke Teluk Intan. Hehe 😬

Sesampai saja di Teluk Intan, mama terus kejutkan LH bangun untuk solat. Kami sekeluarga berehat di sebuah masjid di Teluk Intan. Bangun-bangun tidur aje sempat LH ngap sebiji bahulu telur itik yang dibeli di TT5. 😁

Masjid Sultan Idris II merupakan antara masjid yang bersejarah Teluk Intan , Perak. Masjid yang ketiga dibina di Bandar Teluk Intan ni. Kiranya masjid ni antara yang terawal lah dibina dekat Bandar Teluk Intan. Macam mana LH tau, sebab LH pergi menyendeng-nyendeng masa abah tengah bersembang dengan orang asal situ. Haha. 😊

Tapi LH pun tak boleh nak ceritakan lebih-lebih pasal masjid ni. Kalau korang nak tau, korang boleh lah jenguk-jenguk di sini ya Masjid Sultan Idris II.

Rupa masjid dari depan *credit mpti.gov.my


Lepas siap solat, kami pun meneruskan misi meneroka Teluk Intan. Untuk pengetahuan korang, Teluk Intan pun ada gerbang malam juga. Gerbang malamnya pun panjang walaupun tak sepanjang Bandar Ipoh. Tapi banyak juga barang di Gerbang Malam Teluk Intan. Gerbang malam tu akan dibuka jam 7 malam sampai 2 pagi. (Info dapat dari orang berniaga di situ).

Satu lagi kan, gerbang malam Teluk Intan bertentangan dengan menara condong. Jadi, sambil-sambil membeli, dapatlah menikmati keindahan satu-satunya menara condong di Malaysia ni. 


                             Boleh nampak kan menara condong terpacul kat belakang tu. 



Lepas dah shopping-shopping di Gerbang Malam, kami sekeluarga pun sampai ke penghujungnya. Dan terjumpalah dengan sesuatu yang menarik perhatian kami. Apa dia pula? Seorang pakcik yang menjual roti panas-panas. Wow menarik. Pakcik tu hanya menjual rotinya dengan motor saja. Tapi ramai orang berkerumun untuk membeli roti pakcik tu. 

Jadi kami pun pergilah menuju ke motor pakcik tu, beratur nak dapatkan roti pakcik tu, siap ada yg tempah kau. Jangan main-main. Niatnya cuma nak try aje, ada pula lepas tu orang tempatan situ cakap roti pakcik tu memang sedap. Dia memang selalu beli di situ dan roti pakcik tu selalu habis. Satu keluarga dia suka makan roti yang dijual oleh pakcik tu. Akak tu pun cakap yang memang roti pakcik tu ramai yang selalu beli. Pelancong kalau datang pun akan beli roti tu. Pakcik tu berniaga berhadapan dengan menara condong. Kecuali kalau nak masuk waktu solat, pakcik tu akan berniaga di masjid yang LH sebutkan tadi. Selain dari waktu tu, hadapan menara condong tulah yang jadi tempat pakcik tu niaga. Roti Ghafoor. 

Ni rupa peti motor pakcik Ghafoor.

Pakcik Ghafoor  dan mama


Pakcik Ghafoor sedang menyapu kaya pada roti

 Untuk pengetahuan korang, pakcik Ghafoor ni dah lama menjual roti ni. Zaman berzaman dah. Korang pun boleh nampak Est.1956 kan. Dari dia muda, sampai tua. Dia membesarkan anak-anak dia dengan menjual roti ni lah. Sekarang dah bercucu pun dia masih menjual sebabnya dia cakap dia suka bila orang ramai-ramai beli roti dia. Rasa dihargai gitu. Kalau nak tau, kaya tu resepi family dia. Roti pula dia tempah dengan orang. Roti tu dibakar atas arang tau, bukan oven. Patutlah sedapnya lain macam. Ni LH tau pun sebab bersembang dengan pakcik ghafoor. 😊 Pada asalnya kami nak beli sikit aje rotinya, nak cuba-cuba, tapi lepas orang cakap sedap, kami beli banyak, dua sorang. Banyak bukan main kau...

Lepas saja membeli roti, kami pun pergi sesi gambar menggambar di bawah menara condong. Untuk pengetahuan korang, menara condong ni direka oleh seorang arkitek berbangsa cina, sebab tulah rekaannya nampak seperti rekaan pagoda. Pada zaman dulu, menara condong ni tempat meletak tangki air. Tangki air tu disalurkan untuk penduduk-penduduk di Bandar Teluk Intan serta untuk pedagang-pedagang. Oleh kerana kedudukan Teluk Intan tepi pantai, ia dijadikan tempat persinggahan pedagang dan kapal-kapal. Teluk Intan dulunya merupakan bandar pelabuhan. 



Berbalik cerita menara condong tadi, menara condong ni sebenarnya ada tiga tingkat sahaja, tapi disebabkan rekaannya nampak seperti ada tujuh ke lapan, LH pun tak ingat. Kalau korang pergi menara condong tu, korang boleh baca dekat papan informasi yang disediakan di situ. Korang mesti tertanya kenapa menara condong tu, dia condong, sebabnya tanah di kawasan menara condong tu merupakan tanah lembut. Pula tu, letak pula benda berat, memang condonglah jadinya. Macam menara condong di Pisa.


                                           Gambar-gambar sekitar menara condong

 
Seterusnya, lepas aje kami habis bergambar di menara condong, kami pun pergilah pusing-pusing di sekitar Bandar Teluk Intan. Dan kami terjumpa satu kedai makan, yang menyediakan nasi lemak pandan. Menariknya nasi lemak tu berwarna hijau, tapi sayangnya LH lupa pula nama kedai tu. Dan lebih sayang lagi, masa kami sampai tu nasi lemak dah habis. Maklum lah dah senja kan, nasi lemak tu pagi dah ada tau. Yang penting kedainya berdepan saja dengan menara condong, sekitar-sekitar situ juga lah. 

Walaupun kami tak sempat makan nasi lemak, kami dapat makan makanan lain. LH tak tau apa nama menu tu, tapi yang pastinya ia adalah buah-buahan yang  diapit dengan roti burger, bila dilihat teliti nampak seperti menara condong. 

Burger menara condong




Tengok tu, siap ada aiskrimnya lagi, buah-buahannya lagi, memang sedap LH makan ni. LH tak tau apa namanya, LH panggil burger menara condong aje. Sebabnya kedainya berdepan dengan menara condong dan burgernya pun mirip menara condong.

Habis saja santapan terakhir kami di Teluk Intan, maka berakhirlah pengambaraan kami di Negeri Perak Darul Ridzuan. Semoga saja kami dapat lagi berkelana ke sana. InsyaAllah. Harap-harap kedai-kedai yang disebutkan ni masih beroperasi. 😌

LH berharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian di luar sana mengenai keindahan Negeri Perak ni yang merupakan negeri kaya biji timah.

Apa pun, jangan lupa untuk share entri ini. Jangan lupa untuk like, comment dan follow 😊😊


Penafian- Semua pengalaman yang dinyatakan di dalam entri ini adalah sebelum PKP bermula. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap tempat yang disebutkan.

Post a Comment

37 Comments

  1. Tak pernah sampai lagi ke menara condong tu. Cuma dengar pengalaman orang lain je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh lah plan bercuti ke perak pula. Best.

      Delete
  2. Lama dah tak travel. Rindu gak nak jalan-jalan . Moga Negara kita akan bebas dari COVID-19. Teringin nak bawak anak-anak jalan ke Menara Condong tu. Banyak tempat bersejarah di Perak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye banyak. Dekat pasir salak tu lagi lah. Siap ada tempat yang J.W.W Birch dibunuh.

      Delete
  3. Menarik kan Teluk Intan. Kawan Rawlins panggil lokasinya as Diamond Bay ala-ala luar negara gitew haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia punya menara tu memang nampak macam luar negara. Pula tu, kawasan dia berdepan dengan laut, memang cantik selain untuk bercuti, lapangkan minda pun sesuai juga.

      Delete
  4. Saya pun baru sekali lawat Teluk Intan... wah menarik idea burger menara condong tu ... yg makan pun kena condong la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mula makan dari mana pun tak tau. Haha

      Delete
  5. makan angin macam ni yang bestnya dapat tengok tempat orang dan makan macam-macam. burger menara condong tu rare betul haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rare tu. Itu yang nampak aje dalam menu terus order . Haha

      Delete
  6. wahhhh lama jugak pakcik ghafoor tu meniaga. Bila dah sebati dengan diri memang tak mampu la nak tinggalkan walaupun dah bercucu. Nak try la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius cakap roti dia and kaya dia memang sedap. Perniagaan turun temurun, memang susah lah dia nak tinggalkan. Pula tu niatnya baik nak buat orang lain happy dengan service dia kan.

      Delete
  7. next trip akan ke sini jugak sebab dahplan tahun ni nak jalan-jalan dalam Malaysia sampai habis,hikmah covid kita lebih menghargai apa yang ada dalam negara kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pergi update lah pengalaman sis dalam blog pula. LH nak baca juga sebab mesti ada tempat yang berubah kan

      Delete
  8. Teluk Intan lama kita tak pergi sini bila lah nak sampai sini tengok menara condong lagi hehehe bestnya tak sabar lah bestnya...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat jakan2 perak. Banyaj food yg best dan menarik dekat sini kan

    ReplyDelete
  10. menariknya tentang kisah Roti Ghafoor tu...nanti kalau ada rezeki ke Teluk Intan, nak try jugak lah roti pakcik tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis sunah wajib try kalau masih ada. Roti pakcik tu memang tak menghampakan

      Delete
  11. Dah lama tak pergi teluk intan terutana kat kawasan menara condong tu. Banyak kedai area situ jual sari dan gelang. Kalau ke Perak nanti boleh jalan-jalan ke sana.

    ReplyDelete
  12. Teringin sangat nak bergambar depan menara condong tu.. nanti laa keadaan reda nak jelajah satu Malaysia...

    ReplyDelete
  13. Haritu p sini pergi menara condong je.. Tak tau pulak pasl en ghafoor tu.. Kalau tau boleh rasa roti dia.. Haritu tak sempat nak makan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perak banyak makanan sedap sampai tak sempat nak makan semua.

      Delete
  14. Jom discover telul intan pula. Sejam lebih je dari kl ni. Menara condong tak naik ke? Selalu dtg tk tahu nak cari makanan best drkat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat tu boleh pergi. Menara condong tu boleh naik ke? Tak taulah pula. Biasanya kena rajin bersembang dengan orang tempatan untuk tau makanan sedap diorang.

      Delete
  15. Tak pernah sampai menara condong tapi teringin nak pergi. Dah tahu ni boleh la singgah makam roti dengan burger menara condong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti tu wajib try. Sedap betul-betul sedap

      Delete
  16. heee menara condong tu memang tarikan teluk intan :) hehe nnt nak try la yang roti pakcik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain dari tu, tempatnya juga cantik dadan tenang

      Delete
  17. Teluk Intan pernah pergi sekali then visit menara condong tu. Rasa rindu pulak nak pergi lagi lah lepas ni.

    ReplyDelete
  18. Za dah berapa kali ulang alik lalu teluk intan nak pi lumut tapi tak pernah nak singgah leaning tower tu.. Hmm kena pi juga nih

    ReplyDelete
  19. tak pernah pi teluk intan. menara condong tu, teringin dah lama nak pi. thanks share info

    ReplyDelete
  20. AM pernah sampai sini.. Roti pak cik tue mmg sedap.. Roti kaya n pandan mmg terbaik.. Lembut benor..

    ReplyDelete

Recent, Random or Label