Trip to Perak: Episode Pasir Salak

New Post From LH

Assalamualaikum dan Hye semua,

Jadi post sebelum ni LH dah ceritakan tentang episode trip Lh ke Ipoh. Kali ni LH akan ceritakan episode trip LH ke Pasir Salak pula.

Bermulanya dari Ipoh, Perak, kami sekeluarga bergerak menuju ke Pasir Salak. Kami melalui jalan-jalan kampung untuk melihat pemandangan-pemandangan dan budaya di negeri Perak.

Kami menyusur jalan kampung dan kemudian kami terlihat satu tempat menarik di situ, digelar sebagai TT5 (singkatan untuk Tanjung Tualang 5). Tanjung Tualang ni terletak di Kinta Perak dan merupakan kawasan utama perlombongan semasa di zaman British dulu.

TT5 ni pula merupakan kapal korek terakhir yang dibiarkan di Malaysia dan merupakan satu-satunya kapal korek peninggalan British. Kapal korek yang lain semuanya dah dibawa balik ke negara asal dan ada juga yang dah dijual. So, tinggallah TT5 yang mana kerajaan Malaysia beli untuk menjadi tatapan generasi-generasi akan datang.


 Rupa kapal korek TT5 dari luar *image google


Untuk masuk korang kena beli tiket dulu, dan trip setiap setengah jam. Satu trip hanya beberapa orang saja dibenarkan dan perlu memakai helmet keselamatan (terasalah macam arkitek-arkitek gitu 😁)

Akan ada pebimbing yang bawa korang dan akan menerangkan serba sedikit tentang sejarah kapal korek ni. Macam-macam soalan korang boleh aju untuk tahu tentang kapal korek zaman British. Bila masuk situ rasa macam nak kembali masa tu nak tengok macam mana pekerja-pekerja lombong ni bekerja. Memang korang akan sangat-sangat kagum dengan ciptaan kapal korek ni. Satu teknologi yang tak pernah dibayangkan. Korang juga akan dapat menimba ilmu baru.

Lepas dah habis satu trip, di luar kapal korang akan diberi pengalaman menimang timah. Yeah sungguh seronok. Pengalaman yang tak pernah dirasai.

Timang-timang timah 😙





 Luar dari TT5 tu, ada kiosk kecil-kecil. Yang paling best LH suka dekat situ, tak lain tak bukan bahulu telur itik. Yes! Bahulu yang diperbuat dari telur itik. Jujur LH cakap, LH bukan penggemar bahulu, tapi bahulu telur itik ni memang LH sorang boleh habiskan satu bekas. 😂 Siapa-siapa yang sama macam LH, boleh try bahulu telur itik ni. Rasanya memang sangat sedap dan lain. Percayalah.

Lepas dah melawat TT5 tu, kami bergerak mencari makan. Maklumlah lapar. Tapi nak makan makanan signature oghang Peghok aje. Hehe 😁. So, apa lagi yang terkenal kat Perak ni selain mee udang. Ye benar, mee udang. Tapi mee udang bukan sebarang mee udang woo. Ni mee mak udang. Udangnya sekor-sekor besaq lah.  

Atas sikit dari TT5, akan ada satu gerai besar, penuh tempatnya. Dikatakan oleh orang-orang situ merupakan tempat mee udang yang sedap. Tapi disebabkan LH tak makan situ, jadi LH tak tau. 🤷🏽‍♀️ Kalian mesti pelik kan, habis tu kat mana LH makan mee udang. 

Ha! Dalam 3-4km macam tu, ada satu kedai mee udang, sederhana saja kedainya, menyediakan sajian mee udang. Dipanggil mee udang tronoh. Mee Udang Tronoh Perak memang betul-betul padu. Masa LH makan tu, harga pun sangat murah, dengan udang yang segar-segar dan besar-besar. Fuhh. Siapa aje yang taknak kan. Tapi, jangan tertipu, memang nama mee udang tronoh tapi ia bukan di tronoh. 

Mee udang tronoh ni kalau korang nak tau, lagi banyak udang dari mee tau. Kuahnya pekat likat berwarna merah-merah jingga. Bukan tu saja, rasanya pun manis ala-ala udang. Manis udang lah. Memang puas hati kalau makan. Fuhh! Dengan rasa kuah manis udang bukan buat-buat, lepas tu likat pekat, dengan udang pun sebesar dua jari, mau tak sedapnya. Masa tu korang akan merasai nikmatnya mee udang tronoh ni. 

Tapi, yang LH ada dengar, Tronoh ni nama satu tempat di Perak. Nama Mee Udang Tronoh, cumanya tempatnya bukan di Tronoh lah. LH pun sebenarnya tak pasti nama kampung tu, tapi memang menghala ke Pasir Salak. Tuan kedai ada cerita pada kami yang sebelum ni dia berniaga mee udang di Tronoh. LH pun ada terbaca satu entry juga di blog orang lain yang pernah makan di situ. Boleh lihat di sini http://dayanafezura.blogspot.com/2018/06/makan-mee-udang-tronoh-di-warung-selera.html?m=1

Hampir LH lupa, kedai mee udang ni ada jual nasi lemak juga. Satu aje pesanan dari LH, korang kalau nak merasa nasi lemak ni datanglah pagi-pagi buta ya. Sebabnya nasi lemak ni pukul 10 pun dah habis weh. LH berani bet nasi lemak dia mesti sedap kaw-kaw, sebab tu habis awal tu. Masa kami sekeluarga sampai tu dah masanya makan tengahhari, tak sempatlah merasa keenakan dan kepaduan nasi lemak makcik tu 😭

Apa pun, bersebelahan kedai mee udang/nasi olemak tu, ada satu kedai yang jual laksa Perak.  Nama kedai LH tak tau apa namanya, tapi yang pasti LH tau laksa dia memang sedap. LH bukan penggemar laksa tau tapi LH berani cakap laksa akak tu memang power. Kuah dia pekat serius pekat. Laksa dia pun kenyal siot. Dan seperi orang utara lain, orang Perak pun memang suka makan laksa potong cili padi. LH memang suka makan pedas, jadi terpaksa lah LH katakan sungguh sedap laksa Perak akak tu. Memang tak dapat dinafikan. Harga pun tak mahal. Tak silap LH masa tu cuma 5 ringgit je harga harga laksa Perak tu. Tapi tulah sayangnya, LH pergi ke tempat yang underrated, cuma tempat makan yang underrated ni sebenar-benarnya yang sedap. Trust me bro and sis. Kalau korang pergi tempat orang, carilah warung-warung yang underrated. Serius sedap, murah, quality tinggi. Yang penting tak kedekut. Haha. 

Lepas dah kenyang perut, kami pun masuk kereta dan kembali meneruskan perjalanan. Kami terus menghala ke Pasir Salak tanpa segan silu. 

Bergeraknya tayar kereta kami, membawa kami ke satu tempat yang menyimpan pelbagai sejarah dan kisah orang-orang yang telah menjadi lejen di Perak. Siapa lagi kalau bukan Dato' Maharajalela dan sahabat-sahabatnya. Satu tempat yang bernama Kompleks Sejarah Pasir Salak. Menyimpan seribu satu kisah dan dan legenda negeri Perak. Ceh wah...



Pintu gerbang kompleks *image google


Untuk pengetahuan korang, Pasir Salak ni lah merupakan tempat di mana bermulanya perjuangan pahlawan-pahlawan Perak.

Kompleks Pasir Salak ni merupakan tempat yang sangat sesuai untuk pelancongan dan pempembelajaran sejarah. LH memang sangat mencadangkan pada sekolah-sekolah yang nak buat lawatan sambil belajar tu, boleh berkunjung ke Pasir Salak ni. Sebab apa? Sebab dekat sini, ada macam-macam. Ada rumah Dato' Maharajalela, kubur beliau, rumah Si Putum, rumah Si Putum. Ada juga tapak pembunuhan J.W.W Birch, istana Sultan Perak zaman-zaman dulu, tugu-tugu pahlawan Perak dan British. Tak lupa juga, ada pameran dan kapsul masa dari mula tamadun Perak hingga lah ke abad ini. Di situ juga ada menara tinjau yang dah berusia 100 tahun. Boleh kata sejarah-sejarah di situ berusia 100 tahun ke atas. 


Bertentangan dengan Kompleks Sejarah, ada sebuah galeri sejarah juga di situ. Galeri Sejarah tu tutupnya jam 5, jadi kalau nak masuk kenalah cepat-cepat tau. LH hari tu tak sempat masuk dah sebabnya kami kami keluar dari Kompleks sejarah tu pun dah lewat. 😢 Tak dapatlah LH nak menceritakan pengalaman di situ. Maaf ya semua. 🙏🏼

LH lupa nak sebut tadi, untuk masuk ke Kompleks Sejarah Pasir Salak ada tiket yang perlu di beli dulu, baru boleh masuk. Tapi jangan risau, tiketnya tak mahal pun. Murr murr sahaja. Harganya sangat lah murah kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang kita perkita peroleh guyss. 

Apapun, belajarlah dari sejarah agar sejarah tak berulang kembali. 

Habislah sudah pengembaraan LH dan keluarga di Pasir Salak. Untuk next post, LH akan ceritakan pula pengalaman di Teluk Intan. Kalau korang nak tau apa yang menarik di Teluk Intan, tunggu post seterusnya dari LH tau. Jangan lupa untuk subscribe dan komen k. 😊





Post a Comment

38 Comments

  1. Sis buka gambar tak keluar LH..
    Oo mee udang Tronoh tu masih ada ke? Sis pernah dengar Kakaknya Suami sebut, mereka duduk Perak area dekat Pasir Salak tapi kampung apa lupa plak namanya...cuma Sis tak pernah singgah, ni pun lama tak balik sana...nak tengok gak rupa mee Tronoh tu, gambar tak keluar plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorrylah sebab gambar crash sis lin. Dulu dia menjual di Tronoh tapi skrg dah pindah Pasir Salak. Katanya senang nak dpt udang. Kalau sis lin nak tengok gmbr boleh tekan link yang LH kongsi tu. Sedap bebenor mee udangnya

      Delete
  2. Seronok lah dpt jalan2 tengok tempat2 bersejarah kan? Bawak anak dan tunjuk sejarah moyang2 dulu mcm mana. Rindu nk travel. Hopefully boleh explore lebih byk tmpt lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, jauh perjalanan luas pemandangan

      Delete
  3. alahai terliur pulak bila baca bahulu telur itik tu, syukurla sis tak pregnant kalau tak meleleh airliur hahaha. lepas tu mee udang, nasi lemak. memang trip ni sangat best sebab sambil tengok sejarah, dapat makan best-best lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Even sampai skrg LH cari cari bahulu telur itik tu pun tak dapat. Nak bahulu telur itik je

      Delete
  4. Oh baru tahu mengenai Kapal Korek tu hehe thanks yea for sharing! Sedapnyaa mee udang, terbayanh2 dah rupanya haha. Huu dah lamanya tak berjalan-jalan mcm ni, rindu pulak lah lagi2 tgh musim mco ni kan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Siapa sangka keadaan jadi macam ni kan. Kalau tak qeela boleh masuk kapal korek tu. Masa tu mmg kagum gila sebab orang yang hidup 100 tahun lepas dah fikir teknologi ni semua. Pekerja kapal korek masa tu antara gaji mahal tau. Macam orang yang keje offshore tu

      Delete
  5. 35 tahun hidup kt malaysia, tak tahu pun tempat ni best. Habis pkp nak melancong dlm malaysia lah.. Round semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya banyak tmpt menarik di malaysia ni, cuma kita je tak tau. Bila kita travel barulah tau

      Delete
  6. Bestnya travel..mmg dah tak sabar nak travel balik nie..mmg akan travel dlm negerilah untuk 2 3 tahun nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel mmg seronok. Dapat tmbh ilmu dan dan pengalaman baru

      Delete
  7. Sis pernah pergi Pasir Salak tapi dah lama dah. Mgkin skg ada banyak perubahan... nak pergi lagi tak tau bilamsbb out pf the way bila nak balik kpg ke Ipoh dan kpg suami di Taiping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dekat Pasir Salak tu sayu je tengok pengorbanan pahlawan² perak.

      Delete
  8. Pernah pergi Perak tapi tak pernah jejak Pasir Salak, Saya tahu tentang sejarah Pasir Salak ni semasa dibangku sekolah tentang Lombong bijih timah, seronok kalau dapat pergi sana.. dan explo sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tengok dalam buku sejarah. Ni tengok depan² pulak kan. Lain benor rasanya

      Delete
  9. bestnya boleh timang timah. tak pernah try dan tak pernah tengok lagi. perak ni best macam2 boleh discover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best pun. Tempat timang timah tu, tempat orang-orang dulu menimang di situ. Sendirian berhad punya timang

      Delete
  10. teliti sungguh aida membaca. tak pernah berjalan di perak secara betul2.
    sessi ke kapal korek tu amat aida suka utk bwk anak2.
    diorang da besar kan. so akan mudah faham tentang sejarah dan buat aktiviti tu semua.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi LH, memang sesuai untuk ke perak ni untuk bljr tentang sejarah. Nak² lagi kapal korek tu.

      Delete
  11. Wow banyak tempat ni yang kene teroka dekat perak..boleh save kot lepasni nak pergi..hehee..selalu pergi yang biasa orang pergi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Bila kita lalu jalan kampung, baru tau banyak tmpt menarik rupanya

      Delete
  12. saya rasa tak pernah ke Pasir Salak. menarik tempatnya penuh sejarah kan

    ReplyDelete
  13. Marina yang duk ipoh pon tak pernah pergi kapal korek tu. Tengok dari jauh je. Hihi

    ReplyDelete
  14. Seronok kan bila dapat lihat dan experience macam mana atok moyang kita bekerja kapal korek. Kampung saya di sana. Tangjung Tualang aje. Selalu lalu dan pernah masuk untuk buat some research. Nanti nak bawa anak-anak pula ke sana. Bleh mereka tahu macam-macam. Bijih timah tu macam mana mana peneroka tahu pun menarik kisahnya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Mmg menarik. LH masuk pun banyak soalan yang LH tanya. Diorang sbnrnya ada radar yg membolehkan diorang detect kedudukan timah tu. Menarik kan

      Delete
  15. Best nyer cuti cuti Malaysia, kalau Perak I pernah pergi ke Ipoh jer tak sampai Pasir Salak lagi. Maybe after MCO ni nak start travel Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah pasir salak. Mrk famous dgn mee udang sekali. Selain dpt jalan, dapat juga makan

      Delete
  16. This looks so fun!! Enjoy yourself and stay safe!
    Can't wait for MCO to end.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's always fun to have new experiences. Can't wait for mco to end too. I want to discover lot more after this. 😁

      Delete
  17. Menariknya, saya memang suka sejarah. Rasa mcm tak pernah lagi explore Pasir Salak ni. Semoga malaysia dapat pelihara tinggalan sejarah ni dengan baik. Bestnya jalan2 kan. Tak sabar pula bila fikir family trip akan datang. Semoga cepat lah berlalu musim Covid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka skrg ni PKP sebab tak pernah terfikir akan jadi macam ni

      Delete
  18. iena suka makan puding roti tapi tak pernah buat sndri..thanks share resepi hehe tapi xde oven pulak nk uat..dok umah bujang je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari cari resepi yang guna periuk kukus tu. Atau yang bakar atas dapur. 👍🏼

      Delete
  19. Bestnya andai dapat ke sana menarik

    ReplyDelete

Recent, Random or Label