Idea Dessert Ramadan: Roti Puding Mudah

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye,

Hari ni 24/4/2020, hari pertama Ramadan 1441. LH mengucapkan Selamat menyambut ramadan kepada semua umat Islam yang membaca entri ni. Semoga ramadan tahun ni kita semua akan dicurahkan dengan penuh kebaikan dan semoga kita dipermudahkan untuk memperbaiki diri kita. 

LH tahu, semua mesti buntu bulan-bulan puasa ni nak masak apa, buat kuih apa, dessert apa. Kan? 

Hari pertama ramadan ni, dessert pertama yang LH buat dan dan entri resepi pertama yang LH nak post. 

Selama ni LH tak pernah post entri resepi, sebab masak tak berapa sedap, tapi kali ni LH nak post cara buat roti puding mudah. Resepi ni LH dapat dari rancangan Food Magic yang bersiaran di RTM. Tv2 tak silap LH. 

LH taknak cakap banyak, jom kita mulakan. 

Bahan-bahan untuk buat puding:
Roti (beberaoa keping) ikut berapa orang makan
Butter (untuk disapu pada roti)
Hiasan (seperti kismis, kacang, buahan seperti strawberi pun boleh)


Roti apa-apa saja



Butter pun boleh apa saja



Caranya: 
Sapukan roti dengan butter. LH sapu depan belakang. 

Roti yang sudah disapu butter


Kemudian, butter yang disapu tu, dipotong-potong dan disusun dalam loyang. 

Roti yang disusun dalam loyang, lalu ditabur hiasan di atasnya.

Roti tu kena susun berlapis-lapis tau. Setiap satu lapis tu, tabur hiasan di atas roti tu. Ulang sampai roti habis tau. 

Lepas tu, kita berpindah pula pada langkah kedua seterusnya. 

Bahan kedua yang diperlukan:
Telur (2 biji)
Gula kastor 100gm (ikut roti banyak mana)
Susu 700ml (ikut roti juga)
Esen vanilla sedikit

Masukkan telur dan gula dulu, gaulkan sebati

Kalau takde gula kastor, boleh pakai gula biasa tapi blend kering. 

Lepas dah gaul sebati, masukkan susu dan esen vanila sikit dan kacau lagi sampai sebati. Kemudian, tuang ke atas roti yang telah disusun dalam loyang tadi. Prepkan 30-1jam sampai roti menyerap. 

Bancuhan yang dituang atas roti dalam loyang.


Sambil-sambil tunggu roti menyerap semua bancuhan tadi. Kita boleh lah buat sos untuk puding roti pula. 

Bahannya:
Tepung kastard satu sudu
Gula satu sudu
Garam sedikit
Satu tin susu cair
Sedikit esen vanilla

Caranya:
Bancuh tepung kastard (satu sudu), gula (satu sudu) dan sedikit garam serta esen vanila dengan sedikit air (cukup untuk melarutkan kastard sahaja. Pastikan pekat). Lepas bancuh, masukkan ke dalam kuali di atas dapur. 

Bancuhan kastard tadi 


Masak di atas kuali sehingga mendidih. Pastikan ia tidak mengeras. Kalau mengeras, terus tuang susu cair satu tin sebelum dia jadi puding kastard pula. 😬 Kacau sampai kuah jadi pekat.

Kuah kastard LH 😙


Ok, berbalik semula pada roti kita. Pastikan roti dah menyerap hampir semua bancuhan susu yang dituang. Boleh lah masukkan roti ke dalam oven. LH bakar pakai periuk La Gourmet. 

20 minit pertama, suhu 160 darjah. 10 minit terakhir suhu 200 darjah. Kalau korang nak pakai oven, korang boleh rujuk dekat instagram Food Magic.

Rupa roti puding LH dalam La Gourmet

Biarkan roti puding ni sejuk dan kuahnya juga. Kemudian bolehlah dipotong kecil-kecil dan dan dimakan. Tuang kuah atas puding roti tu ya. 

Hasil akhir puding roti LH. Separuh tu sebab LH potong kecil-kecil masukkan ke dalam bekas. 


Bolehlah dimakan bila berbuka puasa nanti. 😋😊

Apa pun, sekiranya ada kekurangan LH minta maaf ya. Ini kali pertama LH tulis entri berkongsi resepi. Tapi apa pun LH harap dapat membantu semua lah. Selamat berpuasa ya semua. 

Jangan lupa untuk komen dan subscribe blog LH ya. 😚

Post a Comment

33 Comments

  1. sedapnya nampak..dulu dah try buat. tak menjadi. Nasib baik buat kuah kastard..sedap la sikit.hahaha. Nanti boleh la try sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Family pun semua cakap sedap. Dah buat jangan lupa share ya

      Delete
  2. Susah nak dapat roti sekarang ni, nanti mngkin lepas PKP boleh la cuba resipi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti jenama apa-apa pun boleh. Boleh cuba buat bulan puasa ni

      Delete
  3. Memang nak kena buat gak satu hari nnati, sebab anak yang sulung suka makan puding roti ni..

    ReplyDelete
  4. wa thanks for the simple and easy recipe. Didn't manage to get roti tapi will try when I manage to get it

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should try it. It very simple and easy. I am someone who can't cook, that's why I go with a simple recipe.

      Delete
  5. ini antara dessert favourite sebab mudah nak buat haha. haritu before puasa dah buat

    ReplyDelete
  6. bulan puasa ni, dessert gini memang syok makan samada time berbuka or nanti2 after abis terawikh, LH.
    aida lom dpt buat lagi ni. roti da abis plak. kat kedai depan rumah, stok roti lom sampai. baru sempat buat puding karamel je. tu pun guna 2 keping roti je, LH.

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak buat puding roti. Ari tu memang plan nak buat tapi roti pulak dah habis. Nanti nak suruh suami beli roti. Yang bahan lain semua ada

    ReplyDelete
  8. Saya memang suka makan puding roti ni. Nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Pastu terjumpa pulak resepi mudah macam ni. Tu yang buat tu

      Delete
  9. Terima kasih share resepi, semalam ada orang sedekah puding roti. Memang sedap rasanya! Nanti nak buat sendiri pula ;)

    ReplyDelete
  10. Suka makan puding roti ni especially bila dengan sos custard ! Sedap sangat. Guna roti hampir expired, tak membazir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau crust roti tu pun boleh pakai juga untuk yang tak makan crust tu. Dari membuangkan

      Delete
  11. Suka gak mkn puding roti tp tak rajin buat tp menantu mmg rajin buat jd dptlah rasa mkn puding roti

    ReplyDelete
  12. Memang senang je buat puding roti. Za selalu buat ni tapi za tk pakai roti ni.. Pakai roti bun.. Lembut dan manis.

    ReplyDelete
  13. I've seen this a lot of times, and Vee tak pernah try! I think I should try this too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should try it. Very easy peasy to make. And yang penting sedap

      Delete
  14. wah nampak sedap kak. saya tak permah makan puding roti. nanti nak cuba buat. hehehe.

    ReplyDelete
  15. Dah banyak kali try buat puding roti ini. Sekali jadi, sekali sebaliknya.
    Nampak macam simple saja resipinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebaliknya tu asal sedap ngap aje. Haha.

      Delete
  16. Macam sedap je puding roti ni. Saya tak pernah cuba lagi. Baru perasan yg LH dari Kuantan. Sy pun blogger Pahang juga😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah buat. Betul-betul sedap resepi simple macam ni. Jannah pahang dekat mana?

      Delete
  17. Oh yumsss, i pernah buat bread pudding at home, senang juga nak prepare and sedappp

    ReplyDelete

Recent, Random or Label