Assalamualaikum dan hye semua,
Memandangkan kita masih di dalam mood ramadan, LH mengucapakan selamat menyambut ramadan... Sekali.... Lagi. 😬
Bila bulan ramadan ni lah, macam resepi makanan, minuman, kuih semua keluar kan. Dari tak terror terus jadi terror. Bulan ramadan ni, dari tak pernah masuh dapur, terus jadi wife material. Ada baiknya juga semasa PKP ni ditambah lagi dengan bulan ramadan. Jadi pandai macam-macam.
Kali ni, LH nak kongsikan resepi lain pula, iaitu *dududududud (drumroll) 🥁* Murtabak maggi! Plus mee sedap. Biasanya dengar murtabak maggi aje kan, tapi kali ni LH combine dengan mee sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Maggi dan mee sedap korea (2pack) |
Bawang merah (ikut maggi) dimayam halus dan tiga ulas bawang putih dicincang |
Telur empat biji (sebab maggi empat paket). Satu biji telur untuk satu paket maggi |
Ayam kisar satu buku. Daging pun boleh 😊 |
Ok, bahan dah ada. Sekarang kita tengok cara-caranya pula.
Pertama; rebus maggi kosong.
Kedua; pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan bawang-bawang, cili (kalau nak pedas), tabur white pepper sikit.
Ketiga; goreng daging kisar untuk keluarkan air dan masukkan ke dalam campuran tadi.
Keempat; gaulkan campuran tadi.
Campuran yang sudah dikacau |
Seterusnya, jangan dilupakan maggi yang kita rebus tadi. Bila maggi dah lembik, boleh lah angkat dan toskan sekejap. Dan kemudian campurkan maggi ke dalam campuran tadi.
Campuran murtabak maggi LH |
Bila dah gaul sebati, bolehlah amik pan rata, sapukan dengan minyak sedikit, dan masakkan di atas pan. Masak sikit-sikit tau sebab kalau masak banyak-banyak takut nanti tak masak pula. Balik-balikkan ia supaya masak depan belakang.
Dah masak bolehlah dihidang sebagai juadah berbuka puasa. Makan ramai-ramai dengan keluarga.
Maaf LH tak ada gambar yang sudah siap, tak sempat tangkap sudah habis. Haha 😁
Lh ucapkan selamat mencuba, selamat berpuasa ya.
37 Comments
walaupun maggi dalam kalangan protein tapi dalam kategori dessert jugak kan hahaha sebab tak kenyang kalau makan saja..
ReplyDeleteKalau LH maggi tu mmg dessert je sebabnya tak kenyang dan penyedap rasa. Haha 🤣
Deletemurtabak maggi husband dh pernah buat juga sebelum puasa aritu..bole la buat lg utk bln ramadhan ni
ReplyDeleteApa salahnya makan makanan sedap banyak-banyak kali. Haha
DeleteRamai sungguh buat murtabak maaggi, sampaikan kat komuniti rumah pun ada yang menjual murtabak maggi ni..boleh cuba nanti sesekali...
ReplyDeleteSebab senang dan sedap. Haha 😂
Deletesebenarnya akak kurang makan megi, tapi tidak pada anak-anak, diorang memang hantu megi. murtabak plak kan, memang berebut katanya. owh dah habis tapi x sempat snap gambar ya hihi, sure sedap sangat ni
ReplyDeleteMemang sedap. Nak-nak lagi makan dengan sos roti john atau sos cili. Memang sedap.
DeleteRawlins pun buat murtabak megi aritu - ikut style Sheila Rusly. Laju je habisnya time berbuka haha
ReplyDeleteStyle sheila rusli macam mana? Share lah nanti. Nak try juga
DeleteNampak terliur tengok resipi simple sangat ni. Banhan2 semua ada ni. Boleh cuba. Hehe
ReplyDeleteSimple dan jimat bahan
DeleteMurtabak Maggi memang kesukaan kami sekeluarga, tapi belum buat lagi sepanjang seminggu Ramadhan ni, nanti teringin jugak nak masak.. he he he makan panas-panas sedap kan!
ReplyDeleteBetul. Memang sedap makan panas-panas
DeleteResipi ni memang kita buat dulu suka sangat makan murtabak megi kita kalau buat akan isi banyak bahan seperti daging ayam dan juga sayur hehehehe wakakakak itu kegemaran kita...
ReplyDeleteAyam tu yang sedap tu sbnrnya
DeleteDulu masa study selalu buat murtabak megi. Lepas habsi study tak buat dah..hahaa..Nanti nak kene buat la..senang je..
ReplyDeleteSimple dan sedap. Pastu boleh lah berlagak sikit. Haha
DeleteNanti boleh cuba ni buat makan moreh. hehe. tak pernah lagi guna mee sedap. nanti nk try.
ReplyDeleteTulah. LH pun nak cuba-cuba aje tu. Sedap pula.
Deletesedapnya..terliur..
ReplyDeleteSedap sedap.
Deletewah dapat idea juga ni, thanks sharing, mesti sedap cara masakan ni
ReplyDeleteWelcome. Idea untuk berbuka kan
DeleteSsmua bahan ada di rumah. Boleh buat maryabak maggi ni nanti. Bahan bahan ada elok guna sebaiknya kan. Martabak maggi memang sedap.
ReplyDeleteBetul tu. Kalau simpan lama-lama pun nanti tak elok kan
DeleteLama dah eiza tak buat murtabak maggi. Bila terbaca resipi ni, imbau kenangan dulu-dulu. Salam Ramadan LH. Stay safe. Kita jaga kita.
ReplyDeleteEiza pun stay safe di rumah.
DeleteMurtabak magi, sedap tu, pernah try buat sebelum ni, tapi resipi hentam sajalah. haha ikut suka je nak letak apa masa tu. thanks ya share resipi 😋
ReplyDeleteYang penting sedap kan
DeleteYes senang je nk buat murtabak maggi ni ikut selera masing2.. Za suka buat ada cheese sbb anak2 suka makan..
ReplyDeleteTak pernah try letak cheese tu. Kena cuba ni. Haha.
DeleteMesti sedap tu.. x sempat tujnuk yang siap. Nampak.mudah nak buat.. nanti boleh cuba
ReplyDeleteKat rumah ni macam piranha. 😂
DeleteSedapnya tu, nampak mudah buat je. Nti aku try recipe nie
ReplyDeleteSedap! Boleh try
DeleteTak pernah buat lagi.
ReplyDelete