Daun pandan (untuk dimasukkan dalam dadih) dan bekas plastik (untuk isi gula)
Jag yang ada sukatan (untuk sukat air)
Ok. Dah ada semua bahan untuk buat dadih. Boleh lah proceed.
Caranya: - masukkan air sebanyak 2.5 liter ke dalam periuk besar. Kalau dalam resepi 3liter. Tapi selalu LH buat 2.9 liter saja. Disebabkan nak campur dengan jeli, jadi kena kurangkan lagi air. -masukkan gula (sukat gula di dalam bekas plastik/cawan. Kurangkan gula kepada 3/4 sahaja. Biasanya satu cawan tu, tapi macam LH cakap, nak buat dengan jeli kan). Lepas tu simpul daun pandan dan masukkan ke dalam periuk. Tutup periuk untuk cepat gelegak
- Lepas air dah gelegak, masukkan serbuk dadih dan gula dadih (jika ada), kemudian masukkan susu cair satu tin. Gaulkan sikit. -Biarkan dia gelegak sedikit (sekali buih saja takut susu jadi biji-biji. Masukkan garam sikit (untuk naikkan rasa lemak susu). -Bila dah mendidih, boleh tutup api. Boleh angkat periuk sebab nak masak jeli pula 😊
Rupa dadih Lh atas dapur
Bahan-bahan untuk jeli: Jag air (LH gunakan jag air sama) Bekas untuk isi gula (sama juga) Daun pandan
Serbuk agar-agar (bahan penting ni 😅)
Nata de coco
Caranya: - Sukat air biasa sebanyak 700ml air dan tuang ke dalam periuk. (Kalau dalam resepi 1liter tapi LH kurangkan sebab nak campur dengan dadih). Kemudian, tuang air nata de coco 100ml dan campur dengan air dalam periuk tadi. Jadi airnya 800ml termasuk air nata de coco - Timbang gula sebanyak 240g dan tuang ke dalam periuk. (Dalam resepi 250g, Lh kurangkan takut manis) - Simpulkan daun pandan dan campur sekali dalam periuk. - masukkan serbuk agar-agar. Tutup periuk dan biarkan mendidih
Sambil-sambil tunggu mendidih tu, bolehlah siapkan bekas untuk isi dadih.
LH isi dalam bekas plastik ni aje. Kalau nak isi dalam bekas lain pun boleh
Susun bekas dan tuang dadih ke dalam bekas. Jangan tuang penuh, tuang separuh je sebab nanti nak isi jeli pula.
Dadih yang LH dah tuang
Lepas jeli dah mendidih, tutup api, biarkan sejuk sedikit. Tunggu dadih menjadi pejal sikit, boleh tuang jeli atasnya pula. LH masukkan dadih dalam peti sekejap nak bagi dia cepat memejal. 🤣
Dah tuang jeli, bolehlah di hidang untuk berbuka.
First impresion dari adik-adik LH, "keladi (dadih) campur mango(jeli)?" Tapi bila makan semua puji sedap. Haha
LH ucapkan selamat mencuba dan selamat berpuasa semua. Harap entri kali ni dapatlah LH tolong sikit-sikit beri idea baru. Hehe.
Apa pun jangan lupa untuk komen, share dan subscribe blog LH ya. |
36 Comments
Sejukkan dalam peti ni lagi terasa nikmatnya. Hehe
ReplyDeleteJadi sejuk perut bila makan. Nak-nak lagi makan time panas-panas pula
Deletekalau dadih ni atay agar2 memang menu wajib time bulan puasa ni. makan pula sejuk2 sedap tu..baru je habis buat agar2 puding beberapa hari lepas
ReplyDeleteBoleh cuba combine macam ni pula. Mesti lagi laku
DeleteAdudududuu.. Kegemaran anak nad dadih nie. Klu buat msti 2 perisa yg laku strawberi ngn coklat.. Keladi pn sedap jgk.. Lama xbuat dadih nie.. Tggu ank balik bru nk buat..suka tgok diowg mkan..
ReplyDeleteKalau LH favourite dadih coklat dengan vanila. Tapi semua dadih sedap aje makannya. Hehe
Deletebanyaknya dapat sekali buat ya. terpikir jugak nak buat makanan apa la banyak dan boleh bagi jiran tetangga. yang ni mudah
ReplyDeleteSatu pack tu boleh berniaga. Memang dapat banyak. Satu pack tu boleh dapat dalam 12 bekas plastik dadih tu.
Deletesedapnya, LH. nyaman nyer bila makan sejuk2. aida suka.
ReplyDeletekebetulan ada stok serbuk dadih kat dapur tu. susu cair ada...
hmmmm tgk la esok lusa nak buat. tq la for sharing ni. baru teringat nak buat dadih :)
anak-anak aida suka 2 je, perisa coklat & jagung.
Betul betul. Sejuk perut makan tambah-tambah pula dengan sedapnya. Hehe
Deletekalau buat agar2 /dadih paling risau sukatan air tu. takut terkurang or terlebih. thanks share resepi
ReplyDeleteGabungan dadih dan jeli memang tak sedar diri bila makan. Sedar-sedar dah habis satu bekas. Kah kah kah...
ReplyDeleteBetullah tu. LH pun makan sampai satu bekas. Haha
DeleteSiapa yg minat dadih mesti suka baca cara membuatnya ni.
ReplyDeleteDadih sedap tau
DeleteSedap kalau dapat makan dadih ni. Buat mudah je, rajin dapatla buat macam2 ni. Pastu makan sejuk2.. Bgusla buat macam2 jenis. Sukala anak2
ReplyDeleteBuat mudah dan tak lama. Sebab tu suka buat
DeleteTerima kasih share. Lepas ni bolehlah buat. Tak pernah try lagi sebelum ni.
ReplyDeleteBoleh try. Sedap makan panas-panas, lepas berbuka. Buat moreh pun sedap
DeleteSedap ni makan dadih jeli waktu berbuka. Sejuk tekak dapat makan. Semua bahan ada kat rumah. Bila baca entry ni rasa nak buat juga lah dadih jeli ni.
ReplyDeleteMemang sejuk je tekak dan perut.
DeleteDadih jelly sedap ni..ada masa nanti boleh lah buat tapi kene beli susu cair dulu sebab jarang beli susu cair kat umah ni :D
ReplyDeleteGud luck 👍🏼
DeleteSamalaaa, Sis kalau buat Dadih guna serbuk Happy Grass tu haaa, banyak perisa ada...kalau jelly tu pun sama...ni lama tak buat, ingat nak buat juga nanti...
ReplyDeleteLH kadang-kadang tukar juga jenama lain. Tapi happy grass ni dia banyak pilihan perisa. Sebab tu dia laku kot
DeleteDadih ni memang kena ada. baru lah seronok anak-anak. Ruby pusing-pusing buat coklat aje. Hahahahaha
ReplyDeleteCoklat tu yang sedap tu
DeleteSenangnya dessert macam ni pon kadang dah cukup sedap bila buat berbuka kan. Kena try ni nanti haha
ReplyDeleteMakan secara sederhana sebenarnya lagi nikmat. Betul tak
DeleteLa senang je nak buat dadih ni ye. Bolehlah try untuk menu dessert berbuka puasa ni nanti..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSenang je buatnya. Dekat belakang pack pun ada bagi resepi. Tapi LH kurangkan air takut lembik
DeleteGabungan perisa yang luar biasa. Alhamdulillah sedap ya.
ReplyDeleteNice idea, senang je buatnya rupanya dan makan pun sedap. Terima kasih sharing. Cuma saya kurang minat sikit makan dessert, kalau ada oragng buatkan makan je
ReplyDeleteOk za ada dadih kt rumah nnt bole beli jeli plak nk buat resipi ni.. Thanks share ye
ReplyDeleteNanti nak cubalah buat untuk makan berbuka petang ni. kejap lagi boleh p cari bahan kat kedai runcit.
ReplyDelete