Kisah Kelas Online

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye semua,

Alkisahnya masa PKP hari tu, kelas semua kena online. Baik sekolah, matriks bahkan IPTA. LH yang merupakan pelajar IPT pun tak tertinggal merasa kelas online ni. 

LH jadi tergerak hati nak ceritakan pengalaman LH semasa kelas online. Ada pros and cons, tapi LH lebih suka berada di kampus, depan-depan.Biasanya LH suka cerita pasal travel macam entri Trip to Perak: Episode Ipoh. Tapi kali ni, LH nak ceritakan sikit pengalaman LH menghadapi kelas online. Memandangkan ini pertama kali dalam sejarah Malaysia, pembelajaran dibuat sebegini. Boleh melakar  sejarah baru ni. 



Ok macam biasa, semua benda dalam dunia ni ada baik buruknya. Pros and cons, betul tak. Macam tulah juga dengan kelas online nya. 

Pros

Ok mula-mula sekali LH akan berikan pros nya dulu kelas online ni. Sebab apa-apa mestilah benda baik dulu yang kita nak, kan?

Pertama; kelas online ni best sebab dapat duduk rumah. Haha 😄. LH pula balik awal-awal lagi, memang sedaplah di rumah. Siapa aje yang tak suka balik rumah kan? Walaupun ada student-student yang tak dapat balik runah tu termasuklah kawan-kawan LH sendiri, tapi pada akhirnya mereka dihantar balik dan melalui kelas selebihnya hanya di rumah.

Kedua; di mana saja. Kelas boleh dihadiri walau di mana kita berada. Kedai makan? Atas katil? Dalam bilik? Tengah bercuti pun boleh datang kelas. Itu yang seronoknya kelas online ni.

Ketiga; fleksibel. Apa yang LH maksudkan fleksibel di sini bukannya macam freelancer tu ya. Maksud LH fleksibel di sini tu bangun-bangun tidur aje terus pergi kelas. Tak perlu nak bersiap-siap atau berkejar-kejar. Yang paling best, sambil makan pun boleh pergi kelas. Tak ada hal lah. 

Keempat; memudahkan. Ni pendapat LH sajalah. Bagi LH kelas online ni macam memudahkan pelajar. Sebab pelajar tak perlu berkejar-kejar ke kelas. Tak perlu berebut bas atau cari pengangkutan lain kalau lambat. Banyak lah yang tak perlunya so macam mudahlah. Ni cuma pendapat LH. Mungkin kalau kalian ada pendapat masing-masing boleh kongsikan dengan LH di ruangan komen tau.

Cons

Semua perkara akan seimbang. Memang itulah lumrah setiap kejadian dan ciptaan di atas dunia ni. Begitu juga dengan kelas atas talian, ada kebaikan dan keburukannya juga. 

Bagi LH pula keburukan kelas online ni macam berikut

Pertama; kurang fokus. Mungkin disebabkan ketiadaan suasana pembelajaran tu, menyebabkan LH jadi kurang fokus. Senang kata fokus terganggu sebab ambil masa dan tenaga sikit untuk lebih fokus sewaktu kelas dijalankan. 

Bayangkanlah saja, LH boleh pula melayang fikirannya ke tempat lain semasa sedang kelas. Tapi ini pengalaman dan pendapat LH saja, kalau orang lain LH tak tau. Tapi kalau nak berkongsi, macam biasalah diruangan komen. 

Kedua; kerja bertambah dua kali ganda. Disebabkan kelas online ni, agak payah untuk para pensyarah dan pihak uni menilai pelajar-pelajar mereka. Jadi, antara cara lain, homework dan assignment makin ditambah dan bertambah. Apatah lagi, final pula kena jawab atas talian jug. Fuhh, memang bercinta lah. Lain rasanya bila final secara fizikal dengan exam final secara maya. Yang pentingnya, exam final secara maya ni membuatkan kerja semakin bertambah. 

Ketiga; sibuk tapi tak nampak macam sibuk. Ha! Yang satu ni paling susah. Bila kelas online ni, pelajar-pelajar memang nampak macam tak sibuk. Mana taknya, tak perlu siap-siap nak ke kelas, tak perlu naik bas, tak perlu berkejar dan tak perlu macam-macam lagi lah. Tapi sebenarnya kerja makin bertambah. Kami tetap kena masuk kelas macam biasa, cuma online. Dan kerja assignment pun makin makin bertambah. Homework pun makin bertambah. Kerja kursus pun bertambah-tambah juga. Jadi, kami memang nampak macam tak sibuk sebab tak perlu susah pergi kelas. Tapi kami sebenanrnya sibuk sebab tetap kena masuk kelas dan buat kerja yang bertambah-tambah tu. Jadi harap ibu-ibu kalau anak-anak berkurung dalam bilik tu, harap faham lah ya. Hehe 😬

Kelima; internet mesti kena ada. Ni benda paling wajib dan asas. Sebabnya kalau tiba-tiba saja ketiadaan atau kehabisan internet atau data, automatik tak hadir kelas. Meskipun dah ready nak masuk kelas. Ni payah ni. Jadi, ibu-ibu ayah-ayah boleh lah lepas ni support data anak-anak ya. Kalau tak anak tu tak hadir kelas automatik dan tak buat assignment. 

Keenam; stress terlebih. Yang ni mungkin LH saja yang rasa. Bila assignment terlampau banyak  meningkat mestilah stress pun turut sama meningkat. Kalau yang senasib dengan LH tu 😭...

Ketujuh; jadi suri rumah. Bila dah duduk rumah ni, mestilah kena tolong mak dekat rumah kan. Nak-nak lagi mama kerja, jadi LH lah yang kena buat kerja rumah. Dan kadang-kadang LH pula kelas, jadi tak boleh nak tolong. Tak pasal-pasal kena bebel sebab tak tolong buat kerja rumah. Kadang-kadang bila assignment terlampau banyak pun, LH langsung tak keluar bilik, kurang makan dan sebagainya untuk siapkan assignment. Kena marah juga sebab berkurung aje dan tolong buat kerja rumah. 😭 Apalah nasib 😭 Point ni berkait dengan point ketiga tadi. 

Kelapan; bila semua online ni kan, kalau nak hantar assignment pun mesti kena tepat cepat dan padat. Yelah, kalau lewat seminit pun sistem dah tutup (sebab uni LH semua pakai sistem). Bila sistem dah tutup, tak boleh hantar dan tak ada lah markah untuk kita. Sedihnya 😭 Tapi, lecturer LH setakat ni baik-baik lagi, dia orang bagi hantar walaupun lambat sebab dia orang faham akan keadaan kita. Kalau kelas fizikal, time exam final tu biasanya LH lah orang last sekali yang hantar. Maklumlah, banyak sangat benda yang nak ditulisnya (course yang LH ambil perlukan banyak menulis).

Kesembilan; masalah komunikasi. Bila semua online ni kan, kalau tak faham apa-apa payah. Tak boleh jumpa lecturer, walaupun boleh tanya melalui whatsapp, tapi tak semua benda boleh diceritakan dan diterangkan dalam talian. Betul tak?

Kesepuluh; kefahaman kurang. Bila seorang di utara, seorang di selatan memang agak susah untuk faham dalam subjek yang dipelajari tu. Nak-nak lagi dengan masalah komunikasi dan gangguan fokus.

LH rasa itu saja untuk entri kali ni. Mungkin entri kali ni sedikit sebanyak tak dapat membantu korang yang membaca, tapi LH berniat agar dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat bersama kalian yang membaca. LH juga harap entri ni dapat menjadi lakaran sejarah suatu hari nanti. 



Apa pun jangan lupa untuk like, comment share entri kali ni. Dan jangan lupa juga untuk follow blog LH 🤗

Penafian- Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perubahan dari pengalaman-pengalaman yang dinyatakan di dalam entri ini.



Post a Comment

30 Comments

  1. Kelas online ni ada pro ada cons. Pro ni kita tak payah la ke tempat tersebut. Cukup sekadar berada di tempat sekarang. Cons nya kalau capaian internet macam siput. Memang tension.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Pernah sekali tengah-tengah kelas internet habis. Haa sangkutlah sampai ke sudah

      Delete
  2. betul, class online punya disadvantage lagi byk dari advantage.. paling tepat.. tak boleh nak focus langsung..sbb tadak siapa perhatikan kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Time kelas kadang-kadang boleh pula buat benda lain.

      Delete
  3. agree with all your points. convenient tapi kalau saya pun lebih suka pi kelas. rasa puas bila dapat tengok lecturer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa puas dapat dok dalam kelas tu. Lain macam lah rasanya

      Delete
  4. online study actually is not any normal things since WOU started it but for primary n secondary school might be first for many... it is good and bad thou but still need to follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usually students doing pjj studies will going through online class right? I respect them a lot cause they could bear with it

      Delete
  5. Yep, online class has pros and cons. I pun dpt experience join online class last PKP. I participated in loads of creative writing classes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sikit nak focus kan? Kalau LH pula belajar law online. Dia punya nak faham tu terkebil-kebil biji mata

      Delete
  6. kelas online prob utama tak fokus. nampak mudah tapi untuk lecturer berpeluh juga nak siapkan content. ramai yg terjejas teruk dengan permakahan gred dr student

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun satu yang LH takut. Nilai gred jatuh

      Delete
  7. Betul sangat part tak fokus tu. Lagi bertambah hilang fokus bila ada bunyi bising sebab masing-masing online dekat rumah. Kalau dalam kelas/dewan kuliah dah tahu dah takkan ada yang bising

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tambah pula adik-beradik saja nak datang mengacau. Peninglah kepala 💆🏻‍♀️

      Delete
  8. Part tak fokus jika kelas terlampau besar kan. And pasal internet tu - tak semestinya memang semua lokasi ada capaian yang bagus kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang macam kelas kuliah kan memang ramai yang join. Tak juga internet tu. Macam dekat tempat LH ni TM taknak pasang wifi, so kena pakai data aje. Kalau time test ke quiz ke memang nasib lah tersangkut. Kadang tak submit, LH pun pernah kena

      Delete
  9. Kelas online mmg ada pros dan cons. Bestnya sebab tak pernah sesak2 jem untuk ke kelas. Bangun pagi terus live haha. Siap boleh makan lagi dalam kelas. Kalau kelas betul mahu kena ketuk kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu. Bangun-bangun aje terus masuk kelas. Breakfast pun time kelas. Kalau kelas fizikal mana boleh makan nasi lemak dalam kelas

      Delete
  10. Ni la pdugaan yang dihadip pelajar.. Kelas online.. Biasa memg ade pro and cons.. Bebas buat apa sahaj, tapi tak dpt fokus sgt.. Semoga dieprmudhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semoga semua baik-baik saja. Menanti juga bila nak kelas macam biasa ni

      Delete
  11. Kelajuan dan coverage internet juga penting bila kelas online. Bila line slow memang nangis, habis mood kelaut 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Kena pula masa kelas tu line slow, lecturer ingat tak masuk kelas. Allahu

      Delete
  12. Kelas online ni bagus. Cuma, pokok pangkal diri kita nak fokus ke tak kan. Seronok kelas online ni. Lokasi selesa di rumah sendiri. Tapi itulah, lain org, lain keadaannya. Kalau yang rumah serabut bising kids ramai. Memang kelaut dalam. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dekat rumah ni jadi banyak benda nak buat. Tu yang payah nak fokus tu

      Delete
  13. yups setuju sangat kelas online ni memang ada pros and cons nya. kalau iena lebih suka belajar depan mata :D

    ReplyDelete
  14. yup memang ada pro and cons apa benda pun dlm dunia ni..tapi utk keep positive try to manage masa and space sesuai utk kelas online supaya more focus.

    ReplyDelete
  15. Macam banyak cons je kelas online ni. Haha. Takpe, kalau kita pandang semua dari sudut positif, maka positif la jadinya. Selamat berjaya!

    ReplyDelete
  16. Setuju sgt bkn bdk2 kolej jer.. yg tadika bljr online pun buat ibubapa pening kepala

    ReplyDelete
  17. Online class and elearning ada pro and con juga. Its very convenient coz we can learn anywhere and dont have to travel but kena ada commitment and focus.

    ReplyDelete
  18. sabar jerlah yer LH ,anak buah akak pun sekarang belajar macam ni, adakalanya mudah adakalanya lebih susah.Cikgu2 nak ngajar pun dah pening agaknya.Tapi nak buat camnerkan its new normal.

    ReplyDelete

Recent, Random or Label