Assalamualaikum dan hye semua,
Hari ni 24 May 2020 bersamaan 1 Syawal 1441 Hijrah merupakan Raya Aidilfitri bersejarah untuk seluruh manusia di dunia ini.
LH mengucapkan selamat hari raya semua. Dah lama LH tak post entri di blog ini. Lh agak sibuk kebelakangan ni, dengan exam dan assignmentnya. Nak kena kejar semua. Tapi, hari ni, LH nak catatkan sejarah di sini, Aidilfitri 2020 merupakan aidilfitri pertama yang kita semua terpaksa memecah tradisi.
Raya PKP tahun ni memang agak berbeza. LH nak berkongsi pengalaman Raya Aidilfitri 2020 supaya menjadi sejarah dan iktibar buat semua.
Beraya hanya dirumah
Biasanya kalau hari raya, jalan raya mesti penuh dek kereta-kereta. Semuanya pakat nak pergi beraya rumah kawan lah, rumah saudara lah, rumah siapa-siapa yang kita kenal.
Tak lupa juga, dijemput kenduri dan menjemput kenduri. Semua pakai baju cantik-cantik, mekap lawa-lawa.
Tapi tahun ni, kita cuma kena beraya di rumah saja. Boleh melawat dan menziarah, tapi itu pun cuma adik-beradik dan saudara dekat sahaja. Tak ada lagi dijemput kenduri atau menjemput kenduri. Menziarah pun hanya boleh melawat rumah dekat-dekat saja. Lepas tu balik tidur.
Makan sederhana
Dek kerana tradisi beraya kita diterhadkan, nak sediakan makanan banyak-banyak pun tak boleh. Nanti membazir siapa nak makan kan? Jadi, terpaksalah kita sediakan makanan yang sederhana saja untuk santapan keluarga dan saudara-mara yang datang menziarah.
Kalau LH pula, kami hanya menyediakan rendang daging kerbau, nasi impit, ketupat nasi dan lemang (itupun diberi orang). Makanan-makanan ni semua pun tak disediakan banyak seperti hari biasa. Kuih pun tak banyak kuih yang keluarga kami buat. Hanya dua tiga jenis kuih saja. Tak macam tahun-tahun sebelum ni empat lima jenis kuih.
Solat raya di rumah
Ini pertama kali seumur hidup LH, laksanakan solat raya dirumah. Tarawih pun sebulan dirumah juga. Biasanya tarawih di masjid, begitu juga Solat sunat raya. Dilakukan dirumah sahaja. Imamnya ayah LH, khatibnya juga, ayah LH. Bilal pula adik lelaki LH. Yang menjadi kenangan indah buat kami sekeluarga, ayah LH jadi khatib, sambil pegang kayu hutan. 😂
Mama LH pula siap suruh tangkap gambar solat raya, berkhutbah semua dirumah. Nak buat kenangan katanya.
Tiada drama dipagi raya
Kalau tahun-tahun sebelum ni, selalu ada drama pagi raya. Drama bangun lambat, drama siap lambat, drama mandi lambat, drama tak makan lagi. Macam-macam sampai kecoh satu rumah. Dahlah LH selalu lambat bersiap. Maklumlah perempuan. 😁
Tapi tahun ni, tenang saja perjalanannya. Tak ada drama-drama pagi raya. Tak mandi lagi pun tak ada hal lah. Masih boleh solat sunat raya.
Raya tetap raya
Walaupun Aidilfitri tahun ni ditimpakan dengan pelbagai dugaan, tapi raya tetap raya. Kita mesti kena raikan kemenangan setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu. Kerana menang tetap menang.
Tahun ni LH tetap beli baju raya baru. Walaupun, tak macam selalu (selalunya tempah tapi raya kali ni beli), baju raya tetap kena ada. Untuk kita meraikan kemenangan kita tahun ni.
OOTD Raya
Setiap tahun LH akan ootd raya. Tapi tahun ni, ootd raya rasa lain pula, sebab LH hanya beli baju untuk ootd saja. Biasanya baju raya pakai kemana-mana untuk ditayangkan depan saudara-mara. 😆
Tapi tak apa, setiap tahun ootd raya tu wajib.
Apa pun, bersyukurlah kita masih dapat bertemu ramadan dan syawal. Tahun seterusnya belum tentu menjadi rezeki kita untuk bertemu dua bulan mulia ini. Mungkin terjadinya semua ini untuk kita muhasabah diri kita supaya tidak terlalu mengikut nafsu semasa beraya.
Dan jangan lupa untuk follow LH dan komen entri LH ya.
30 Comments
Inilah pengalaman yg x akan dilupakan sampai bila2 sebab kena solat sunat Aidil Fitri secara bermeaah di rumah aje.
ReplyDeleteBetul. Tapi sekurang-kurangnya ada pengalaman baru. Nak-nak lagi yang baca khutbahnya pun kalangan keluarga aje.
DeleteKelainan raya tahun ni semua orang dapat rasa . Persiapan hari raya pun ala kadar sahaja
ReplyDeleteYa betul. Tapi sederhana lah yang sebaik-baiknya
Deletesama lah tak banyak sangat buat kuih raya. Yang ada pun orang bagi. Tak pernah lagi makan rendang kerbau. Macam best je rasa dia
ReplyDeleteKuih pun jadi malas nak buat. Haha.
DeleteBiasanya orang-orang pahamg nak-nak lagi yang belah tengah memang akan makan rendang kerbau hari raya. Tradisi katanya.
Deleteselamat hari raya..mmg raya thn 2020 berbeza dgn raya thn2 sudah tp apa2pn kita tetap meraikan jua walaupun tak dpt kunjung mengunjung dan tk bole blk kampung
ReplyDeleteTak boleh balik kampung tu sedih juga lah. Tapi bersyukur dapat habiskan ramadan tahun ni.
DeleteSelamat Hari Raya LH. Semoga semuanya kembali seperti sediakala, dan berjumpa lagi Ramadan dan Syawal tahun depan.
ReplyDeleteSelamat hari raya juga. InsyaAllah semuanya akan baik-baik.
DeleteI understand how you feel. I celebrate my raya the way as you too. Nak buat camne. I also write a blog post during hari raya. Hehehe.
ReplyDeleteHahaha... Lot of time raya ni kan sebab tu sempat aje update blog.
DeleteSelamat Hari Raya LH. moga2 syawal tahun depan kita tak beraya pkp lagi hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya bae. InsyaAllah tak berulang dah begini.
DeleteYa tahun ini semua pakat hadapi Raya dalam norma baharu. Tahun ini semua pertama kali baik bab sokat terawih, solat Raya dan lain lain... semua di rumah.. yang hikmahnya dapat mrlakukan terawih penuh sebulan.. jika tidak kadang miss juga huhu
ReplyDeleteBetul juga tu. Ramadan ni penuh sebulan takde miss tarawih. Hikmah disebaliknya.
DeleteSamalah kita raya sangat sederhana .. Raya tetap raya tp suasana tu rasa dia berbeza sangat. Apakan daya.. PKP hee
ReplyDeleteBetul. Yang penting hati kena gembira bila beraya kan?
DeleteTahun ni memang kita semua beraya secara sederhana saja kan. Feelnya lain dari raya sebelum ni kan. Sayu sangat rasa.
ReplyDeleteDan bosan sebenarnya. Tak rasa rasa nacam raya
Deleteraya paling berbeza dalam sejarah. saya sendiri tak kemana. just pergi ziarah nenek dan terus balik.
ReplyDeleteMemang betul-betuk melakar sejarah. Nenek saya yg berumur 85 tahun pun cakap dia tak pernah ada pengalaman beraya macam ni.
DeletePengalaman raya yang akan sentiasa di ingati tahun ni. iena pun tak keluar rumah pergi ziarah saudara pun. cuma ade makcik yang datang rumah. nak tolak pun makcik kan..maybe tak semua yang dapat kesedaran utk stop ziarah menziarah ni.sebab makcik kene la layan..ada budak2 kecik yang tak kenal datang raya memang kami tak bagi masuk huhuhu..
ReplyDeleteMmg tak kemana pun. Paling kuat pun pergi beraya rumah adik-beradik. Tu ajelah.
DeleteYerrr tak kira laaa PKP ke kann, raya tetap raya, sebab kita dah puasa, so ini masanya kita raikannyaa...
ReplyDeleteBetul. Walaupun tak meriah macam tahun-tahun sebelum ni, kita tetap kena sambut kemenangan kitakan.
DeleteRaya PKP 2020 tahun ni memamg agak mencabar bagi kita semua, mencabar perasaan dan jiwa kita sebenarnya
ReplyDeleteMencabar tahap kesabaran juga.
Deletesalam syawal 2020., maaf zahir batin ;p
ReplyDelete