Trip To Perak: Episode Ipoh

New Post From LampuHijau

Assalamualaikum dan Hye, semua.

Jadi, alkisahnya, hujung tahun lepas (2018), LH bercuti di Perak Darul Ridzuan. Sungguh LH tak tipu, Negeri Perak memang negeri yang indah dan banyak tempat menarik. Nak-nak lagi sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan yang berani tu.

Jadi, bagi kalian di luar sana, tak tahu nak bercuti di mana? Apa kata kalian datang Perak ni dan lihat sendiri keindahan Negeri Perak.

Boleh tengok juga tempat-tempat menarik di Perak.

LH pergi sana selama 3 hari 2 malam.

Yang pertama-tama sekali, sebelum kita berjalan ke mana-mana, mestilah kena cari hotel dulu kan. Cari tempat untuk berteduh. Jaaadi, LH sarankan dekat korang semua Hotel Dragon & Phoenix (D&P). Hotel ini kedudukannya di tengah-tengah bandar Ipoh dan dekat dengan tempat-tempat menarik di Ipoh. Merupakan hotel bajet bertaraf lima bintang. Harga pun tak ada lah mahal mana.

Motto hotel ni 'Clean, Comfortable, Convenient'. Bagi LH semua motto hotel ni dipenuhi. Memang seronok dapat tidur hotel ni.

Ini beberapa gambar Hotel D&P;

Related image

Related image
Sekitar-sekitar Hotel Dragon & Phoenix
*credit image to google.

Image result for hotel dragon phoenix
Bilik di Hotel D&P
*image credit to google

Habis part penginapan, kita beralih pula ke tempat makan. Kalau pergi tempat orang, benda yang wajib cuba adalah makanan setempat.

Perak memang terkenal dengan kepakaran mereka membuat Nasi Ayam Hainan. Satu kedai makan yang memang terkenal di Ipoh tak lain tak bukan Ipoh Hainan Chicken Rice. Makanan dia serius memang sedap. Nasi ayam sini memang betul-betul sedap. Rasa nasi ayamnya memang betul-betul naik dengan rempah-rempah. LH sekeluarga ambil menu set untuk family. Dua ayam diberikan untuk set ini, roasted chicken dan hainan chicken. Lauk ayam yang dihidangkan sangat sedap. Sup pula didatangkan dalam mangkuk kecil-kecil. Tapi sup terasa agak masin sikit. Tapi, bila dimakan dengan nasi, rasa masin itu diseimbangkan dengan rasa manis kicap pada ayam, rasa pedas sambal dan rasa rempah nasi. Satu jag air sirap. Manakala dessert dihidangkan ayam lemon madu dan satu lagi dessert yang LH tak ingat. Ayam madu sini patut mendapat pujian. Rasa rangup ayam tu masih terasa walaupun dicucur madu. Lemon dipotong bulat-bulat dan perlu diperah sendiri oleh pelanggan. Rasa manis-manis masam dengan kerangupan ayam serius sedap. LH bagi 4 bintang untuk ayam lemon madu di sini. Bagi keseluruhan makanan di restoran ini, LH rate ❤❤❤❤. Servis dia pula LH rate 🌑🌑🌑🌑🌓

Cuma part harga, LH rate 🌑🌑🌑. Boleh dikatakan agak mahal juga tapi berbaloi dengan makanan yang sedap dan layanan yang tip top.


Related image
signboard Ipoh Hainan Chicken Rice
*image credit to google

Image result for ipoh hainan chicken rice
Bangunan kedai
*image credit to google

Tempat makan kedua yang LH nak ceritakan, tempat makan ni antara tempat yang paling famous juga di Ipoh, Perak iaitu Nasi Ganja. Orang-orang luar yang datang Ipoh memang tak lengkap kalau tak makan Nasi Ganja ni.

Apa itu Nasi Ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kandar ayam merah. Ha, biasanya nasi kandar kan makan dengan ayam goreng berempah kan tapi yang ni keunikan dia nasi kandar makan dengan ayam merah.

Nasi Ganja ni agak pedas kuah ayam merah tu, jadi bagi sesiapa yang tak makan pedas tu, jangan makan kuah dia banyak-banyak sangat lah. Rempah ayam merah tu memang terasa, begitu juga kuah kari yang memang lengkap rasa rempahnya.

Untuk air pula, LH minum air teh tarik. Teh tarik sini memang betul-betul kaw. Kena dengan taste LH. teh tariknya kurang susu dan kurang manis, dan terasa teh. Bau teh pun naik. Tehnya juga pekat, bukannya cair macam warna tanah campur air. 😂

Sebelum LH lupa nak bagitahu, kedai nasi ganja ni bahagian makanan mamak yang jaga. Bahagian air taukenya cina.

Image result for kedai nasi ganja ipoh
Papan tanda kedai nasi ganja
*sumber dari google

Nama kedai memang nampak macam nama cina, tapi jangan tertipu. 😂 Sebab yang masak nasi ganjanya mamak, tapi mungkin taukenya cina.

Image result for kedai nasi ganja ipoh
Rupa nasi ganja ipoh
*sumber gambar google

Tempat makan ketiga, LH sarankan Restoran M.Salim di Ipoh. LH tak pergi makan situ tapi apa yang LH dengar cerita dari orang tempatan dan orang-orang yang pernah datang ke Ipoh, restoran ni memang sangat terkenal dengan keenakan makanannya.

Image result for restoran salim ipoh
Bangunan Restoran M.Salim
*sumber gambar dari google


Ok, cukup dengan makan. Asyik makan je kan, lama-lama kembung perut. 😂

Kalau kita pergi tempat orang, mesti kita nak bawa balik cenderahati yang unik dari tempatan yang menjadi signature tempat tu.

Jadi, LH sarankan kalian singgah ke Sama-Sama Kaya.

Apa sebenarnya ada di kedai ni? Ha! Nama pun Sama-Sama Kaya mestilah ada kaya kan. Tapi, kaya dari kedai ni bukan biasa-biasa tau. kaya dari kedai ni homemade dan handmade punya. Buatan rumah dan buatan tangan. Bukan saja tu, tapi kaya dari kedai ni memang sedap dan takkan boleh didapati dari mana-mana tempat lain selain kedai Sama-Sama Kaya ni. Yang paling menariknya, kaya dari kedai ni resepinya rahsia tau. Maklum lah, resepi turun temurun. Walaupun tauke kedai ni cina, tapi yang tukang buat kayanya pekerja melayu, jadi tak perlulah ragu-ragu kalau nak beli, nak bagi pada family dan bawa balik makan sendiri kat rumah.

Selain kaya, yang menjadikan kedai ni unik ialah roti kopinya. Roti kopi yang LH maksudkan ni bukan roti kopi yang biasa-biasa tu tau tapi roti buku yang kita selalu makan tu tapi dicampur dengan kopi. Tapi jangan risau, roti ni kalau makan takkan rasa pahit cuma bau wangi kopi yang akan menambahkan selera korang nak makan roti tu. Roti tu pula gebu-gebas rasa macam nak gomol-gomol juga. Memang sedap untuk dimakan. Roti bakar pun ada dijual di sini. Roti yang digunakan semestinya roti kopi yang LH tengah cakap dan dibakar bersama kaya homemade handmade tu.

Oh ya! Kedai Sama-Sama Kaya juga ada jual air strawbery blend madu. 100% pure strawberry dan madu tau, tanpa ais tanpa air. Strawberry yang dibekukan, diblend dengan madu. Sangat sedap dan sihat. Tanpa gula tambahan semestinya.

Image result for sama-sama kaya
Kedai Sama-Sama Kaya
*sumber imej Google

Image result for sama-sama kaya
Kaya perisa pandan
*sumber image google

Kaya ni ada dua perisa, pandan dan ori. Tapi gambar kaya perisa ori LH tak jumpa lah pula. Gambar pun lupa nak tangkap 😰

Image result for sama-sama kaya ipoh
Ni roti bakar yang LH maksudkan. Yang atas pinggan tu dah dibakar. Roti asalnya yang luar pinggan tu. Lebih tepat lagi roti kopi yang LH sebutkan tadi.
*sumber image google

Image result for sama-sama kaya strawberry madu
Iklan strawberry madu di Sama-Sama Kaya

Image result for sama-sama kaya strawberry madu
Strawberry madu yang dah siap

Kita beralih pula tempat-tempat menarik di Ipoh. Taman Rekreasi Gunung Lang. Mesti ramai yang dah tahu tentang tempat ni kan? Asalnya LH tak tahu pun tapi sebab LH jalan-jalan pusing Ipoh, kemudian ternampak tempat ni. Nampak macam menarik, jadi kitorang pun singgah. Ramai keluarga datang sini beraktiviti.

Apa yang menariknya dekat Taman Rekreasi Gunung Lang ni, adalah pemandangan dan aktivitinya. Dah nama pun gunung, jadi tempat ni memang dikelilingi gunung. Sebuah tasik yang dikelilingi gunung. Memang sangat indah ciptaan Tuhan. Seberang tasik tu ada mini zoo. Nak pergi ke zoo kena naik bot. Bayarannya tak mahal pun dalam 2-3 ringgit (LH tak ingat) 😬. Dekat kaunter tu juga, kita boleh beli makanan untuk ikan dan roti untuk beri makanan pada haiwan-haiwan di zoo tu. Tapi kene ingat, tak semua haiwan yang dibenarkan untuk diberi makan tau.

Image result for gunung lang ipoh
Gunung Lang

Image result for gunung lang ipoh
Bot-Bot di taman rekreasi

Image result for gunung lang ipoh
kawasan zoo di Gunung Lang

Image result for gunung lang ipoh
Tasik di Gunung Lang

Apa yang LH suka dengan Taman Rekreasi Gunung Lang ni, kawasan ni mendekatkan kita dengan flora dan fauna. Mother nature gituh.

Tempat yang terakhir yang LH pergi masa di Ipoh, ha tempat ni semua orang tahu kan. Tempat ni sangat trending sekarang di sosial media iaitu Tasik Cermin. Yeah, tempat ni memang terkenal dengan keindahan tasiknya yang mencerminkan flora dan faunanya.

Kalau korang nak melihat keindahan tasik ni, jangan pergi malam-malam tau. Sangat-sangat bahaya. Pergi waktu siang terang benderang. Sebabnya sebelum nak masuk tasik ni korang kena jalan merentasi batu-batuan dan laluan masuk ke tasik ni, kena melalui sebuah gua dulu. Jangan risau, gua tu pendek je dan tak ada apa-apa pun dalam gua tu. Tapi sejuk, LH suka dan selesa 😉😊

Image result for tasik cermin
Tasik Cermin

Image result for tasik cermin
Laluan masuk gua untuk ke tasik cermin

Tak dilupakan juga, tasik cermin ni  ada disediakan macam jeti di tebingnya. Tangkap gambar dekat situ macam ala-ala model antarabangsa. Macam dalam filem Pinjamkan Hatimu kan. Hehe 😬

Akhir sekali, dalam episode Ipoh ni, mestilah tak boleh lupa gerbang malam Ipoh. Apa yang menarik di gerbang malam ni selain kecantikan pemandangan malam, gerbang malam ni menyediakan banyak barang yang berpatutan harga dan makanan-makanan jalanan di Ipoh. LH yakin korang mesti suka dan seronok berjalan di gerbang malam. LH berjalan sampai longlai. Betul-betul penat. Sudahlah gerbang malam ni panjang gila. 😂

Jadi, itu saja untuk Trip to Perak: Episode Ipoh. LH harap dapat membantu kalian di luar sana sebanyak sedikit. Minggu depan LH akan kongsikan bersama dengan kalian di luar sana Trip to Perak: Episode Pasir Salak.

*sumber gambar dikreditkan oleh google

Jangan lupa subscribe dan dapatkan info-info terbaru dari LampuHijau tau! 😊









Post a Comment

51 Comments

  1. I visited many sites but the audio quality for audio songs present at this website is
    truly excellent. Thank you for the good writeup.
    It in fact was a amusement account it. Look advanced to more added
    agreeable from you! By the way, how could we communicate?

    Amazing! This blog looks exactly like my old one! It's on a completely different
    topic but it has pretty much the same page layout and
    design. Excellent choice of colors! http://foxnews.net/

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Laundry detergents are seriously complicated.

    ReplyDelete
  4. Molly's is available in powder and liquid detergents.

    ReplyDelete
  5. Can I just say what a relief to uncover a person that genuinely knows what they are discussing
    online. You certainly know how to bring a problem to light and
    make it important. More and more people have to read this and understand this
    side of the story. It's surprising you aren't more popular since you most certainly have the gift.

    ReplyDelete
  6. I loved as much as you'll receive carried out right here.
    The sketch is attractive, your authored material stylish. nonetheless,
    you command get bought an edginess over that
    you wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again since exactly the
    same nearly very often inside case you shield this increase.

    ReplyDelete
  7. It's fantastic that you are getting ideas from this paragraph as well
    as from our argument made here.

    ReplyDelete
  8. Wahh menariknya episod ni.. Manoi episod pasir salak ye kak oiii 😜

    ReplyDelete
  9. Menariknya Ipoh. Nanti nak plan ke sana. Rindu kampung dah ni. Seronok baca artikel awak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ni mesti selalu makan nasi ayam or nasi ganja kan. Sedapnya nasi ganja

      Delete
  10. Wah bestnya berjalan-jalan, nampak menarik semua tu thanks for sharing yea hehe.

    ReplyDelete
  11. dah 3 kali singgah ipoh just utk beli nasi ganja.
    tapaw, then singgah the nearest r&r, makan. sedap. terbaik. memang 'ganja' lah :)
    lain2 tempat di ipoh, lom lagi rayau. lom berpeluang.
    pkp plak ni hah. next year lah kot plan jjcm Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah singgah nasi ganja tu, try lah pula kaya dengan roti kopi. Anak tauke nasi ganja tu juga yang buat. Resepi kaya pun resepi keluarga

      Delete
  12. LH suka pergi ipoh. Sebab bndr dia menarik, tersusun. Tapi baru² ni dah sibuk sikit dah bndrnya.

    ReplyDelete
  13. I pernah ke ipoh baru2 ini tapi i xpuas meronda sebab i hanya fokus 2-3 tempat sahaja. Rupanya banyak tempat yg i tak pernah jejak lagi... Save entry ni dulu nk rujuk kemudian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan sis. Seronok berjalan di Ipoh. For me, it's a new experience in life.

      Delete
  14. rindunya ipoh. nasi ganja, ipoh hainan dan roti kopi tu memang list wajib kalau saya ke ipoh. roti kopi tu tahan lebih seminggu, tak berkulat dan masih lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, rindu roti kopi tu. Dan kayanya juga. Nak pergi jauh 😭

      Delete
  15. banyak nye tempat best kat ipoh. rasanya 4-5 hari baru puas berjalan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau habiskan dalam masa sehari, lemau lah ceritanya.

      Delete
  16. This post brought me down the memory lane. Used to go ipoh a lot but now hardly go there

    ReplyDelete
  17. Saya suka pergi Perak, makanan dekat sana boleh tahan banyak yang popular juga. Saya suka try makanan yang viral dan yang popular dari duku lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan oghang peghok sedap-sedap semuanya.

      Delete
  18. Tak jauh dah Perak dari Hulu Selangor ini. Kebetulan anak bujang pun bekerja di Ipoh. Nanti ada masa boleh berjalan-jalan dengan dia.

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing!
    Cannot wait for the end of MCO, Im so going to travel with my daughter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes you should vee. I am sure it would be the best moment in her life.

      Delete
  20. Tak pernah lagi jenjalan sangat dekat bandar Ipoh.

    Kalau pergi pun , pergi sungkai . Ada nenek sedara situ.

    Kalau nampak papan tanda Ipoh pun sebab balik ke Kedah. Hahahha

    Nanti2 boleh la mommy jenjalan ke Ipoh sambil tgk article ni

    ReplyDelete
  21. Marina pon suka makan kat ipoh hainan chicken rice ni. Sedap. Tasik cermin tu tak pernah jejak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan hainan chicken rice tu. Tasik cermin tu mmg cantik. Kena pergi tapi hati-hati tau sebab tempat tu terpencil dan dan bahaya sikit

      Delete
  22. Ok boleh letak list utk jalan2 di ipoh nnt. Kita mmg nk kesana patutnya nk ziarah kawan tapi PKP plak. Lpasni amk cuti jalan2 la

    ReplyDelete
  23. Dulu ada jugak lah beberapa kali ke ipoh tapi just sekitar town aje sb cari makan, tak pernah lagi ke gunung lang, taman cemin dan lain2, byk jugak ya tempat menarik. Lps pkp ni bolehlah nanti terjah

    ReplyDelete
  24. Tak pernah lagi berjalan sakan ke Ipoh, lalu atau ke rumah kakak ipar je biasanya...dan tak pernah gak makan nasi ganja tu, nak kena cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib cuba tu. Tips nak makan nasi ganja, jangan pergi masa hari cuti. Pergi masa hari kerja tau. Nasi ganja tu kalau jam 10 pagi 1km beratur.

      Delete
  25. The Tasik di Gunung Lang is the place i wanted to visit in Perak after MCO, there are so many places i want to explore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope you'll get what you wanted for. Good luck kelly

      Delete
  26. Terima kasih share pengalaman ni. Saya pun suka pergi ke Perak sebab ada banyak makanan-makanan yang sedap kat situ.. hehe rindu nak jalan2

    ReplyDelete
  27. Dah berbelas tahun juga saya tak betul-betul explore negeri Perak walaupun ayah saya memang merupakan anak jati Teluk Intan... bila baca dan hayati episod trip kali ni, wow... kena amik cuti pi pusing satu Perak ni... banyak lagi tempat yang belum saya kunjungi rupanya... thanks for the superb write up ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Happy jalan. Hehe, post teluk intan tak siap lagi.

      Delete
  28. Wow!banyak menarik y di Perak...tqvm infor

    ReplyDelete
  29. Waalaikumussalam sy rabia
    Done follow blog ini

    ReplyDelete
  30. Ada singgah Ipoh tapi belum terima betul tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga tempat menarik di Ipoh. Lepas pergi baru tau

      Delete

Recent, Random or Label