"Setia itu perit dan untuk terus setia itu sakit. Hanya orang yang paling berhemat, mengetahui betapanya setia itu nikmat"
🌻🌻🌻🌻
Assalamualaikum dan hye semua 🌻
Untuk puisi kali ni, LH dapat ilham setelag memerhatikan rumput yang ditup oleh angin. Masa tu pula, angin bertiup sangat kuat dan rumput-rumput semua macam nak tercabut. Tapi, apa yang menarik perhatian LH, rumput-rumput semua masih kukuh berada di tanah.
Latar belakang
Puisi ini diberi tajuk Setia Si Rumput, mengisahkan tentang pasangan dilanda masalah dan mula berpaling. Atas sebab tak sanggup untuk mengharungi susah senang dalam kehidupan bersama. Puisi ini juga mengisahkan tentang manusia yang hanya reti berjanji untuk susah senang bersama, tetapi menghilangkan diri apabila benar-benar dilanda kesusahan. Tidak pernah ada ketika susah dan hanya muncul ketika senang.
Pengajaran
1. Menyayangi seseorang itu ketika susah dan senang
2. Masalah yang datang itu adalah perkara biasa dalam setiap perhubungan. Carilah jalan untuk sama-sama menyelesaikan masalah tersebut
3. Ingat, masalah datang untuk menguji cinta kita pada seseorang. Bukti bahawa diri kita mampu menghadapi dugaan yang yang mendatang.
Baca di sini: Hidup Adalah Suatu Pengembaraan
Puisi
Biarkan angin melengkung,
Menghembus setiap sudut rumput,
Tidak kenal makna setia,
Tidak tahur erti teguh,
Sering saja selingkuh pada arah angin,
Namun sering juga ia berpegang,
Memaut pada janji yang tak pasti,
Terhadap tanah yang merata,
Terhampar menyembah bumi,
Terlihat kotor tetapi bukan,
Sepertinya jihik hanya seketul tanah,
Hanya seketul tanah,
Bahkan rumput juga tahu setia,
Bahkan rumput juga,
Tahu setia.
LH harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat sedikit sebanyak kepada kalian di luar sana.
Apa pun, jangan lupa untuk share entri ni, follow blog LH dan subscribe channel LH lepas full view video LH ☺️ 👉🏼 LHijau Official
P/s: Salah thumbnail 😬
#musikalisasipuisi #puisimuzikal #puisikehidupan #sasterapuisi #sastermalaysia #sasteraindonesia #sajakpuisi #soundpoetry #musicalpoetry #sadness #poetry
38 Comments
Thanks for sharing this poem. You are right . Love should be pure and unconditional. We should shower our love and affection to the one we have chosen regardless of the circumstances. True love will endure.
ReplyDeleteWhat a great saying 🤩
Deletedah lama tak berpuisi. rindu nak melirikkan pena, inshaaAllah ada moga2 ilham kembali haha
ReplyDeleteBoleh tu. Akan ada ilham nanti
Deletebtw nice puisi LH...terkadang bukan janji dimungkiri tapi manusia yang memautkan diri pada tali yang tiada dari awalannya
ReplyDeleteManusia selalu meletakkan harapan
Delete"Setia itu perit dan untuk terus setia itu sakit. Hanya orang yang paling berhemat, mengetahui betapanya setia itu nikmat" alamak dalamnya maksud dia dan sangat2 best lak..haha..terngiang2 dibuatnya
ReplyDeleteKata-kata menusuk
DeleteWow pandainya LH berpuisi
ReplyDeleteMasih belajar sikit-sikit
DeleteBeautiful poem! This poem has a deep meaning. Keep up the good work dear.
ReplyDeleteThank you honey. Will do
DeleteRawlins suka juga menulis puisi tatkala sendirian dan tika fikiran perlu dilapangkan dari masalah.
ReplyDeleteBetul - rumput juga kenal setia. Teruskan berkarya
Teringin pula nak baca puisi rawlins. Heee
Deletewah pandainya berpuisi!!!! kalau saya ni, nak susun ayat biasa pun berterabur. kagum dengan mereka yang kreatif dan pandai berpuitis ni! :)
ReplyDeleteMasih belajar lagi. Ada yang lebih hebat dari saya
DeletePandainya tulis puisi.. ya setuju kita perlu Menyayangi seseorang itu ketika susah dan senang.
ReplyDeleteBetul. Susah senang bersama
DeleteBestnya baca puisi ni.. Betul setia masalah ada penyelesainnya.. Jangan lari. Tak suka kata sush sennag bersama tapi time sush taknak sush sama2 pulak
ReplyDeleteLH dah banyak kali kena. Nak-nak lagi kawan-kawan yang datang time senang
DeleteIndahnya puisi,
ReplyDeleteSesuatu yang perlu diselami,
Maksudnya berisi,
Alunannya bagaikan bermimpi,
Dah terbalas pulak pantun. Hahaha. Susah nak jumpa dah berpantun ni especially kat generasi Z. harap perkongsian ni dapat mengembalikan lagi arena pantun pada generasi terkini.
Ni lagi hebat ni. LH pantun ni pun terkial-kial 😂.
DeleteBukan mudah nak jadi dan mencari yang setia.. tapi bila dah jumpa, jaga dan bajailah hatinya moga ianya kekal subur dan setia seperti rumput. Walau di pijak, tapi tetap setia menghijau...
ReplyDeleteDoa sentiasa supaya dikelilingi orang ysng setia
DeleteLumrah kehidupan kan? Bila senang ramai yang nak berkawan. Bila kita susah, kawan yg rapat dulu pon tak ngaku kawan
ReplyDeleteBetullah tu. Lebih parah lagi tinggal macam tu aje
DeleteMenarik. Biasanya orang lihat rumput atau lalang itu dari sudut pandangan yang negatif. Dikatakan tak tetap pendirian. Ditiup ke kanan, ke kananlah dia. Ditiup ke kiri, ke kirilah dia.
ReplyDeleteKali ni kita tengok dari sudut pandang positif pula
DeleteSetia Si Rumput. Indah puisi yang LH cipta ni. Terima kasih atas pengajaran puisi yg LH kongsikan. Moga bermanfaat untuk orang lain juga :)
ReplyDeleteHarapnya begitu lah
Deletethis is so beautiful. touches my soul with its depth and meaningful choice of words :)
ReplyDeleteThank you. I hope I could inspire you more
Deletesangat mendalam.. kita baca pun boleh terbawa-bawa sekali perasaan ni. Terima kasih untuk puisi yang cukup indah ni.
ReplyDeleteSama-sama ☺️
Deletethis is beautiful :')
ReplyDeleteThank you kai ☺️
Deleteits a nice poems. Good effort from you, keep up the good work ok
ReplyDeleteWill do to keep up the good work. Still enhancing myself
Delete