Trip to Cameron Highlands Part 2

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye semua,

Kembali lagi bersama LampuHijau dalam Travel n Discover. Alkisahnya entri sebelum ini, LH dah ceritakan tentang trip bercuti di Cameron Highlands. Tapi, LH belum habis ceritakan, so LH akan sambung pula dalam entri kali ni. Sebelum LH melalut ke benda lain pula, baik LH sambung cepat-cepat. 😂

Disebabkan cuaca dan suhu yg sejuk dingin nyaman segar. Memang itulah waktu terbaik untuk tidur. LH dengan adik-adik tidur memang sampai tak ingat dunia lah. Sampai ke zohor baru bangun. Yang seronoknya tak terasa panas langsung. Lepas aje mama habis meeting, kami satu keluarga bersiap nak keluar berjalan.


Taman Sedia

Tempat pertama yang kami sekeluarga tuju pada hari ke-2 adalah Taman Sedia. Taman Sedia merupakan tempat yang menempatkan beberapa kedai menarik seperti kedai makanan unik, kebun strawbery dan beberapa kedai cenderamata lainnya. 

Tapi yang paling banyaknya di Taman Sedia ni adalah resort, chalet dan homestay. Memang sebelum nak masuk ke kawasan pasar tu, beratur rumah-rumah penginapan yang cantik dan unik. Rumah-rumah penginapan ni pula ada menyediakan pelbagai aktiviti untuk tetamu-tetamu mereka. Jadi, kalau korang nak menginap di Taman Sedia ni kena call dulu tau untuk booking. Apa-apa hal boleh tanya adik Google. 

Ok sekarang ni, LH taknak cerita panjang pasal penginapan di Taman Sedia sebab LH tak duduk situ pun. 😂 LH nak cerita tentang pasar di Taman Sedia ni. 

Yang paling famous di Taman Sedia ni adalah nasi lemak strawbery. Ada pelbagai jenama nasi lemak strawbery ni, Nasi Lemak Abang, Nasi Lemak Opah, dan yang paling pentingnya ia unik seban dihidangkan dengan sambal strawbery. 

Nasi Lemak Strawberi Abang

Ok, yang LH pergi dengan family ialah Nasi Lemak Strawberi Abang. Sebenarnya nama kedai tu adalah 200 Seeds Cafe. LH tak tahu pula macam mana boleh lekat Abang. 


Nampak tu. Bannernya sebesar-besar alam di situ



Nasi Lemak Strawberi Abang ni bukan saja cuma ada ada nasi lemak sambal strawberi aje, ada juga scones, kedai cenderamata, kebun strawberi dan beberapa signature lain yang LH pun tak tau (tak sempat nak makan sebab habis). Ada juga aiskrim dan jus strawberi tau. 




Pink teruk kan nasi lemaknya. Bagi LH untuk presentation nasi lemak ni memang menarik perhatian dan sangat cantik. LH suka dengan warna nasi lemak tu, unik. Tapi, rasa nasinya kurang lemak. Nasi lemak ni ada dua sambal, sambal biasa dan sambal strawberi. Sambal biasa nasi lemak ni agak pedas sikit (untuk orang yang tak makan pedas), manakala sambal strawberi dalam nasi terlalu sikit. Rasa strawberi pun cuma sikit saja, tak berapa nak rasa. Bahan-bahan seperti kacang, ikan bilis pun terlalu sikit sedangkan harganya agak mahal. Rasa dan harga bagi LH tak berpatutan. Tapi kalau kalian nak cuba, dialu-alukan sebab sambal strawberi tu rasa masam-masam pedas dan manis macam tu. Oh ya, buah strawberi di atas nasi tu pun agak kecil ya. Sepatutnya dengan harga sebegitu pihak Abang boleh berikan yang lebih baik. Jadi, LH harap pihak Abang boleh perbaiki lagi kualitinya. 

Kalau korang taknak try Abang pun tak apa. Sebab sederet kedai tu ada opah. 😆 Maksud LH Nasi Lemak Strawberi Opah.



Ini pula scones dari kedai Abang. Comel lotte kan. Bulat comel dan cute. 

LH rate scones ni 3/5. Bagi LH scones di Bharat dalam entri Part 1 lebih sedap dan berlemak. Scones dari Abang ni pun agak kecil berbanding Bharat Group. Kalau di Bharat, inti scones yang disediakan cream cheese, jem strawberi dan butter. Kalau yang Abang punya, korang boleh rujuk pada gambar. Yang LH boleh cakap, pendapat LH scones Abang ni agak mahal dibandingkan dengan kualitinya. Tambahan lagu, scones Abang ni agak liat rasanya. 

Sebenarnya bukan scones aje yang ada, kedai Abang pun ada menyediakan cookies, roti, donut, muffin, kek slice tapi sebab masa tu banyak yang dah habis,scones pun tu yang terakhir, jadi kitorang cuma makan scones aje lah. Hehe.



Aiskrim. Even sejuk-sejuk pun aiskrim mesti ada di mana-mana. Haha 😆😬😁. Korang nampak tak wiping cream atas aiskrim tu. Pergh sedap dia bukan main. Dengan strawberi tiga ketul mewakili tiga aiskrim, coklat vanila strawberi. Aiskrim strawberi tu sangat sedap, sangat terasa strawberinya, tapi lagi dua aiskrim lain tu LH rasa seperti aiskrim biasa saja. Dan harga aiskrim tu pun agak mahal, tak berpatutan dengan rasanya. 

Tapi LH nak ingatkan, ni berdasarkan pendapat LH aje. Mungkin taste kalian lain. Citarasa manusiakan lain-lain. LH juga tidak mewakili sesiapa melainkan diri sendiri dalam meluahkan pendapat.

Kedai abang ni turut menyediakan tempat untuk bergambar (bersebelahan kedai cenderamata). Hiasan kedai abang ni pun menyedapkan mata dan memang kondusif untuk para pelancong berswafoto sana sini. Hipster, elegan dan eksklusif. 

Sekitar-sekitar kedai abang;



Gambar candid aje mampu 😬

Berdekatan dengan Kedai Abang, ada juga kedai-kedai lain seperti Nasi Lemak Strawberi Opah, Kedai Air Smoothies dan macam-macam kedai lain. Kebun strawberi pun ada beberapa juga. 


Kedai cenderamata di Kedai Abang ni ada jual macam-macam. Korang tak puas makan sambal strawberi, nak bawa balik rumah, kedai cenderamata ni ada jual tau. Coklat strawberi Cameron, Teh strawberi,vanila,lavender semua ada. Kopi pun sama. Dan cenderahati yang lainnya juga.

Kea Farm

Seterusnya kami menuju ke Kea Farm, sebab LH yang nak pergi sangat (memandangkam LH selalu kena tinggal kalau family pergi Cameron 😭). Kea Farm ni pun salah satu tarikan di Cameron juga. 

Kea Farm sekarang dibahagikan kepada dua. Masing-masing berhadapan menghadap jalan. Disebabkan berlakunya tanah runtuh, sebahagian kedai-kedai terpaksa dipindahkan ke seberang jalan. Parking pun turut disediakan di tapak kedai seberang jalan tu. 


Macam-macamkan ada jual di sini. Buah jambu epal, buah strawberi, sweater, knitwear, beg dan bermacam lagi. Sayur-sayuran pun ada jual. 

Kalau tapak Kea Farm lama pula, ada jual pelbagai jenis jagung. Jagung susu, macam-macam jagung. Macam mana nak tau mana satu tapak baru mana satu tapak lama? Ok yang tapak lama ada signboard Kea Farm depan-depan, yang baru pula ada tempat parking. Korang kena lintas jalan untuk pergi ke tapak baru atau lama. 

Di Kea Farm tu, mama sempat grab buah jambu epal, strawberi kering, buah strawberi dan jem strawberi dan bluberi pure. 


Mama beli jem dan strawberi kering di kedai ni. Sebenarnya kedai mana-mana pun ok sebab harganya lebih kurang saja. Tapi kalau korang pandai nego, mungkin dia boleh bagi murah sikit lah.

Sebelum beredar, kitorang makan aiskrim dulu. 


Raha(adik) makan aiskrim greentea. Yang warna hijau tu. Iddin(adik) makan aiskrim vanila orea which is obviously warna putih. Mama makan tiramisu yang warna coklat tu. LH dengan abah makan aiskrim strawberi. Aiskrim dekat kedai ni tiptop LH bagi 5/5. Dekat harga, rasa sangat berpatutan. Aiskrim besar, tak kedekut. Yang paling penting aiskrim strawberi yang LH makan tu rasa biji-biji strawberi dan buah strawberinya. Memang sah menggunakan buah strawberi pure. 


Kedai aiskrim ni kecil aje kan, tapi aiskrimnya sedap baq hang. Raha beli milkshake and sedap teruk. Sebab dia blend dengan yogurt dan susu. LH tak boleh minum susu banyak-banyak nak termuntah. Strawberi milkshake. Lain kali kalau datang LH nak try milkshake kedai Puku ni. Bukan kaleng-kaleng ni. 


Lepas kami menyejukkan badan yang dah memang sejuk bersama aiskrim sedap-sedap di Puku, kami singgah kejap kedai-kedai di seberang pula, lepas tu kami semua berangkat pulang ke homestay. Esok bangun pagi kemas-kemas dan berangkat pulang.




Oh ya, sebelum LH lupa, sebelum kami balik tu, kami ada singgah satu kedai cenderamata dan kraftangan. Souvenirs dia serius cantik-cantik dan yang penting handmade tau. Siap ada lukisan ATAS KAYU 😱 Tapi korang kena tempah lah. Ada yang readymade juga. LH tak ambil gambar tapi nama kedai tu Berryous Shop, terletak di bangunan Umno Tanah Rata. Tengok facebook sini .

Itu saja dari LH kali ni. Harap dapat membantu kalian untuk pelan next percutian destination kalian dan sedikit sebanyak membantu kalian mengenali Cameron Highlands. Maaf atas segala kekurangan 🙏🏼

Apa pun, jangan lupa untuk follow blog LH, share dan comment entri ni ok.😉

Kenangan-kenangan di Cameron;





#cameronhighlands #travel #travelog #travelblogger #traveltocameron #LHO
Baca sebelumnya: Trip to Cameron Highlands Part 1
Penafian: Pihak LampuHijau tidak akan berkanggungjawab sekiranya terdapat apa-apa perubahan dari yang dinyatakan di dalam artikel

Post a Comment

28 Comments

  1. Jealousnya dia jalan2 ke cameron... Nasi lemak Strawberry tu nampak sedap la.. and unit... hopefully dpt try one day

    ReplyDelete
  2. tahun lepas dah pergi cameron, memang best bercuti ke sana. tahun ni dah plan nak ke sana tapi tak sampai lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. Rindu kat Cameron Highlands. Dah lama tak pergi ke situ.

    Ya. Ice cream tak kira ke mana pun akan ada walaupun ketika sedang bersalji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ice cream paling sedap dinikmati bila-bila masa

      Delete
  4. Hmm......dah bertahun x visit Cameron Highland. Rindu juga nak visit Sana. Tringin nak rasa nasi Lemak strawberry tu. X pernah rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You got to visit it once. Scones paling sedap.

      Delete
  5. Rindunya nak pergi bercuti kat Cameron siapa nak ajak kita nak makan nasi lemak pink tu hehehehehe nak rasa kesejukan udara dan kesegarannya hurmmm rindu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap lagi dapat makan scones panas. Boleh buat trip ni

      Delete
  6. Huwaaa rindunya lahai tengok semua makanan tu. Nasi lemak strawberry dan ais krim tu best. Bila la akak nak pi. Kalau balik hari, jenuh hadap jem. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cameron memang tengah sesak sebab satu malaysia bercuti kan

      Delete
  7. Rindu plak nak ke cameron, dulu pergi anak kecik-kecik lagi, memasing tak pandai nak berOOTD, sekarang agaknya kalau pergi, mau happy semua hehehehe.. ni time sejuk best ni gi..cuma takut hujan le plakk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time hujan tu nasib lerr. sebab LH pergi tu musim hujan dia bulan 6-7 camtu

      Delete
  8. best yer baca pengalaman holiday ke CH. haish, kena plan jugak ni holiday ke sini tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes memang kena plan. Best teruk bercuti cameron. Rasa tenang aje

      Delete
  9. rindu strawberi..sebab lama x ke sini..mesti macam2 makanan terutama berasaskan strawberi dan teh dicubakan..bestnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strawberi dengan teh memang tempat tarikan cameron.

      Delete
  10. Dulu masa pergi Cameron, ada nasi lemak strawberry je. Menu lain semuanya habis so tak boleh la nak rasa. Pergi sana kenyang sangat dengan strawberry haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul. Beli strawberi berplastik-plastik kan

      Delete
  11. Rawlins tak pernah lagi explore Cameron Highlands sebegini - menarik juga places kat sana kan. Nanti nak ajak my friends explore la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawlins kena juga explore. Memang banyak tempat best. Itupun LH tak sempat pergi banyak tempat.

      Delete
  12. Wahhh... Bestnya! Dah lama tak pi jengjalan Cameron Highland. Nasi lemak strawberi tu menggoda sungguh! Nanti nak bawak family holiday CH laaa

    ReplyDelete
  13. Seronoknya jalan-jalan di Cameron Highlands... kalau nak diikutkan, baru-baru ni kalau tak ke Genting Highlands, kami sekeluarga pun nak ke Cameron Highlands... tapi hotel semua full house... tu yang maintain Genting Highlands je... menarik tempat-tempat yang LH lawati tu... nevertheless, insyaAllah kalau ada rezeki, akan kami jejaki Cameron Highlands jua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang buat masa sekarang ni cameron tengah penuh semacam

      Delete
  14. Waaaaaaah. Bestnya. Tengok tempat-tempat menarik buatkan kita rasa geram je nak pergi sana. Bagus sharing yg lengkap. Senang nak plan.

    ReplyDelete

Recent, Random or Label