Assalamualaikum dan hye semua,
Sudah lama LH menyepi dari dunia blogging ni. Sebabnya kelas online dan assignment yang sememangnya membukit menggunung macam tak pernah habis. Nak-nak lagi, bila kelas online ni, assignment meningkat dua kali ganda dan semua orang berfikiran kalau student-student yang macam LH ni tak banyak kerja pun sebab semuanya online. Hakikatnya tak begitu ya. Free-free boleh lah baca serba sedikit pengalaman LH sepanjang kelas online ni di sini . Bila habis aje final, terus LH pergi bercuti Cameron Highlands.
Alkisahnya,LH dan keluarga pergi bercuti ke Cameron Highlands. Mama ada mesyuarat di sini, jadi LH pun jadi ekor. Satu family datang sini, alang-alang tu kami bercuti juga dekat sini.
Serba sedikit tentang Cameron Highlands, musim sejuknya adalah pada bulan 6-7, dan suhu memang jatuh pada bulan tersebut, jadi pastikan bawa sweater yang cukup tebal dan mencukupi kalau kalian tak tahan sejuk. Peringatan juga, elakkanlah mengunjungi Cameron Highlands pada hari Jumaat-Ahad untuk mengelakkan jam yang amat.
Baca di sini: Segmen bloglist: Pengalaman PKP
Afida Homestay
Tempat tinggal kami selama 3 hari 2 malam di Afida Homestay memang tak dapat dinafikan sangat lebih dari berpuas hati. Tapi sayangnya LH tak sempat ambil gambar sebab telefon LH selalu tak ada bateri di atas sana.
Apa yang LH boleh gambarkan, Afida Homestay merupakan apartment, mempunyai tiga bilik (satu master bedroom) dan dua bilik air. Berserta dapur dan ruang tamu yang cukup selesa. Homestay ni lengkap serba-serbi dari rice cooker sampai lah sekecil-kecil sudu. Sebuah meja makan di ruang makan juga turut diletakkan. Yang pentingnga Afida Homestay ni sangat selesa dan sesuai sebagai penginapan buat seisi keluarga yang datang bercuti ke Cameron Highlands. Jangan risau, homestay ni tak ada kipas atau aircond. Jadi tak perlu risau dgn kesejukan. Selimut tebal turut disediakan. Sememangnya untuk Afida Homestay ni LH rate 4.9/5.
Afida Homestay ni juga terletak di kawasan yang serba serbi lengkap dengan kedai runcit/serbaneka, kedai makan, kedai kek dan juga kedai cenderamata. Kalau tak sempat beli cenderamata, boleh saja beli di kawasan homestay sekiranya menginap di situ. Bukan cuma tu, kedai steambot dan grill pun ada di sini. Sungguh WOW!
Kawasan persekitaran Afida Homestay
Cameron Valley
Lepas aje check in homestay, kami sekeluarga pun terasa nak cuci mata di tempat pelancongan terkenal ni. Kalau sesiapa yang datang Cameron Highlands memang takkan terlepas lah melawat Cameron Valley ni.
Serba sedikit mengenai Cameron Valley ni, merupakan jenama dari Bharat Group. Bharat Group pula merupakan satu jenama juga yang turut bernaung di bawah Shuparshad and Son. Sebuah syarikat yang mengeluarkan teh Cameron Valley dan Bharat Group. Kalau selalu kita tengok teh-teh yang berwarna-warni (seperti warna pink, kuning) dan dan wangi yang datang dari Cameron tu, itulah teh yang dikeluarkan oleh syarikat Shuparshad ni.
Sejauh mata memandang, ladang teh Bharat tea ni memang memukau dan cantik. Tempatnya sangat sesuai untuk berootd dengan ladang teh. Sayangnya masa LH pergi tu hujan, jadi cuma dapat tengok dari jauh saja.
Cantik sungguh kan keindahan alam ni. Jadi, pada sesiapa yang nak tenangkan fikiran, boleh lah ke Cameron Highlands, melawat ladang teh Bharat Group di Tea House 2.
Memandangkan nama tempat itu juga merupakan tea house. Jadi, semestinya disediakan tempat untuk para pengunjung menikmati teh dan juga kudapan enak. Seperti scones, kek dan sebagainya. Teh juga tak kurangnya berinovatif dan banyak perisanya. Contohnya, LH minum vanila teh bersama scones.
Untuk scones dari Bharat, LH rate 4.5/5. Ia sedap, besar dan memuaskan. Agak padan dengan harganya RM14.00. Kalau untuk vanila teh pula bagi LH biasa saja. Tapi lain orang, lain citarasanya kan. LH rate 3/5.
Bawah ni LH sertakan gambar sekeliling tea house Bharat Group;
Disebabkan oleh kekangan hujan dan masa, LH sekeluarga meneruskan acara jalan-jalan kami pada sebelah malamnya pula. Petang itu kami balik berehat-rehat dulu.
Pada waktu malamnya pula, kami pun keluar mencari tempat yang menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands. Banyak kedai yang sudah tutup di Tanah Rata memandangkan peniaga-peniaga hanya membuka kedai sehingga jam 7 malam sahaja. Tetapi kalau di Brinchang itu sungguh sesak sekali dan masih banyak kedai yang buka.
Kami sekeluarga menuju ke Tanah Rata, sebab mama nak sangat berjalan ke Tanah Rata, jadi kami pun ikutkan saja lah.
Di Tanah Rata, terdapat satu pusat beli-belah aka mall yang diberi nama Cameron Square. Mall tu kalau nak dibandingkan dengan mall-mall di bandar-bandar besar memang tak terbanding lah. Tapi kalau ditempat seperti Cameron, LH rate 3/5. Di dalamnya ada beberapa kedai baju dan kasut, kedai makan dan Mr.DIY, kedai gajet dan beberapa kedai lain lagi. Bersebalahan dengan bangunan Cameron Square ada fun fair dan pasar malam yang sederhana juga.
Setelah pulang dari Tanah Rata malam tu, kami pun kembali ke apartment merangkap homestay kami. Strategiknya Afida Homestay ni, terletaknya apartmennya di dalam pekan atau kawasan yang sememangnya banyak kedai yang pelbagai seperti kedai makan, kedai kek, kedai runcit/serbaneka dan kedai cenderamata juga. Menarik kan?
Jadi, sebelum pulang ke homestay, kami pun terasa nak makan satay, apa lagi kalau bukan singgah beli. Di mana? Di Fara Taste, sebuah kedai makan di bangunan apartment Afida Homestay. LH rate satay dari Fara Taste 3.9/5.
Baca juga: Cara membuat murtabak maggi+mee sedap
Apa pun jangan lupa untuk follow blog LH, komen dan share entri ni. 🤗
Baca sebelumnya: Pengalaman kelas online
Penafian: Pihak LampuHijau tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang perubahan dari yang dinyatakan
38 Comments
Plan nak ke CH juga hujung tahun nanti.
ReplyDeleteDah boleh siapkan list la ni. Hihihi
Boleh boleh. Tapi dinasihatkan jangan hari cuti, sesaknya bukan main
Deletehari tu atie ada booked hotel dekat cameron, nak pegi march.. THEN TGK2 PKP :(
ReplyDeletesedih yang amat.. so now masih tak plan nak pegi cameron pun lagi.. sbb ramai org pegi at the moment kan
Ya sebab nak ke luar negara tak boleh. So nak pergi tempat sejuk cameron lah
Deletetagged you in one giveaway !! join la ye :)
Deletehttps://zieyaweasley.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html
Ok nanti LH join. Giveaway tu pun regarding books amd LH suka books.
DeleteKg Eina tapah je kot.. Tapi laki bini tak pernah lagi dating berdua kat atas tu.. Bercinta sungguh nak naik atas.. Yela.. Jem gila kan..
ReplyDeleteKalau hari jumaat-ahad mmg jem.
Deletedah lama tak ke cameron. Sekarang ni pula rmai yg pergi bercuti kat cameron, taknak bersesak dengan jammed. kalau ke sana tak pernah masuk mall..sllu ke pasar je.hehe
ReplyDeleteSekarang memang orang tengah pakat bercuti kat cameron. Jam tu yang tak tahan tu
ReplyDeleteAlhamdulillah , cameron best saya pernah pergi tapi sehari jelah . Orang best kalau backpackging tapi sebab my parents ikut sekali kami tour naik kereta je . Pergi tempat madu , strawberry . Tapi tak sempat pula pergi taman lavender . Ladang teh yang selalu orang pergi pun kami tak pergi . sedih betul hahhaa , mungkin next time kena pergi lagi . tapi kena kenal pasti tempat dan jalan dulu
ReplyDeleteCameron kalau pergi bercuti best. Kalau LH tak larat nak backpack. Tak tahan sejuk. 😬 Tapi Cameron jalan dia pusing-pusing situ juga. Cuma kena lalu jalan yang betullah.
DeleteBanyak juga perubahan di CH ya. Tq sharing sebab K.Sal maybe nak ke sana suga bawak anak². Lama tak bercuti..hehe
ReplyDeleteBanyak dah yang baru. Nanti next entri LH akan ceritakan salah satu hal yang baru berlaku di Cameron.
Deletebest bercuti, huda dah lama sangat tak terjah CH, teringin sangat nak rasa suasana dingin dan view yang mendamaikan
ReplyDeleteCameron best sebab sejuk, hati pun tenang aje dengan cuacanya.
DeleteLama dh tak pergi Cameron. Last masa anak kedua baby lagi.. Kene repeatpergi la ni. Banyak tempat kat sana tak pergi lagi
ReplyDeletePergilah nad. Tapi jangan hari cuti. Jam teruk
Deletelama x pergi cameron highlands...suka dengan ladang teh dia yang menghijau...mmg rasa seronok kalau dapat bermalam di sini
ReplyDeleteLadang teh dia tu sejauh mata memandang. Mendamaikan
DeleteRamai suka pegi cameron. Cadang nak pegi juga. Tapi pk jammed tu, tak gagah nak tempuh
ReplyDeleteKalau waktu-waktu cuti macam sabtu ahad, tak digalakkan sebab jam. Jumaat petang tu dah start jam.
DeleteKawan ada pergi minggu lepas, katanya pack juga ramai yg tgh naik. Maklumlah kl pon tgh panas sekarang kan. Nak juga trAvel cameron weekdays lepas ni
ReplyDeleteBetter travel weekdays
DeleteBila lah dapat pergi sana. Teringin nak bercuti. Tempat yang ramai suka pergi
ReplyDeleteSebab tu jam tu. Haha
Deletelamanya tak perg ke cameron highland/ nak pergi malas sebab kena hadap jammed. tak sanggup tersangkut lama2 dekat jammed.
ReplyDeleteMemang jam. LH pergi tu hari Khamis. Hari Jumaat petang dah start jam.
DeleteNak pergi lagi Cameron rindu nak rasa kesejukan dan juga kehijauan kat sana hehehe thank you banyak sharing berguna kat sini bestlah tapi time cuti jem teruk situ hurmmmm..
ReplyDeleteKat situ memang. Time cuti jam dia bukan main.
DeleteBest kan bebangun dalam keadaan tenang dan nyaman je kan. Pastu tengok kabus dan cuaca yang sejuk - memang Rawlins akan tarik selimut semula hehe
ReplyDeleteMemang tidur sampai tengahhari pun tak terasa. Haha
DeleteLama dah tak pergi cameron highland. Pergi masa honeymoon dulu je last. Dah 5 tahun dah. Nnti nk ajak husband repeat cameron la.
ReplyDeleteRepeatlah. Cameron ni sesuai untul orang honeymoon.
DeleteCameron Highlands ni memang destinasi akak plan sehab suka situasi di sana. Hahaha. Sejuk dan semuanya segar bugar.
ReplyDeleteSalam, blogwalking here. done follow blog ini. Belum pernah ke cameron highland lagi dan mmg teringin nak ke sana. huhu
ReplyDeleteSebelum PKP AM sempat ke cameron bersama dgn mak, adik dan anak2.. mmg best menginap kat sana.. bukan main sejuk anak2 tido berebut nak peluk AM sbb keadaan yg sejuk d sana.. mmg best bila dpt spent bonding time dgn family n anak2..
ReplyDeleteLamanya tak jejak kaki kat Cameron Highland 😉 nanti ada rezeki nak pergi lagi, boleh buat hilang stress datang sini
ReplyDelete