Segmen Bloglist PKP 2020

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye,

Kali ni LH join Segmen Bloglist PKP 2020 dari blogger The Wonderful Jannah. LH masih baru di dalam bidang blogging ni, harap semua dapat sokong LH ok. Good vibes only.

Klik di sini untuk join segmen ini

Alang-alang LH ni baru saja lagi menceburi dunia blog ini, jadi LH nak menceritakan serba sedikit pengalaman LH semasa PKP ni. 

Disebabkan PKP ni, LH pun jarang keluar rumah. Paling-paling pun, LH keluar ke kedai runcit depan tu aje. Tapi sebenarnya kalau tak PKP pun, LH tak keluar sangat pun. Cuma LH akan keluar bila-bila masa yang LH nak .

Sepanjang PKP ni, nenek LH duduk dengan keluarga kami, sebabnya nenek dah tua dan tak larat nak berjalan. Biasanya kalau LH cuti sem, LH kena ulang-alik ke rumah nenek. Tapi, PKP ni, tak boleh macam tu. Jadi abah pun ambil nenek dari rumah dan tinggal di sini.

Sepanjang itu, menjaga orang tua ni memang nak kesabaran yang penuh dan maksima. Biasalah orang tua, macam-macam pantang larangnya. Kalau dulu, bila pergi ke rumahnya tak buat, kita buat di rumah sendiri. Sekarang, dekat rumah sendiri pun tak boleh buat. 

Tak kira lagi macam-macam permintaannya. Kadang-kadang pening kepala nak mencari, PKP ni pula dahlah payah nak cari barang. 

Tambah pula, hari-hari minta nak balik. Cakaplah tak boleh sekali pun, tetap minta nak balik. Tak tau dah nak buat apa, sabar aje lah yang mampu. 

Bulan ramadan ni pula, memang kena betul-betul banyak bersabar. Kadang-kadang tu perlukan kesabaran yang melebihi had maksima. 

Bulan ramadan ni juga, LH dapat praktis skil memasak LH. Kadang-kadang nenek yang tengokkan, sebab orang-orang tua kan pandai buat kuih lah, masak sedap-sedap lah. Iye dok?

Jadi, itu saja dari LH untuk entri kali ni. Jangan lupa untuk sama-sama join segmem bloglist kali ni.

Apa pun jangan lupa untuk share dan komen setiap entri LH dan subcribe blog LH ok?

Post a Comment

6 Comments

  1. Terima kasih atas sokongan,LH😊

    ReplyDelete
  2. hi,, all the best ber-blog ni.. have fun.. niat berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nisa. InsyaAllah, untuk berkongsi dan membantu

      Delete
  3. Nanti nak join segmen ni juga lah

    Done follow #1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom pakat-pakat join. InsyaAllah kita berjaya. Terima kasih atas follownya

      Delete

Recent, Random or Label