My View of Product Review- Innisfree Daily Mild Suncscreen

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye semua 🌻

Alkisahnya hari tu LH beli satu sunscreen ni dari satu jenama. So, LH nak reviewkan produk ni sebab LH rasa mesti ramai di luar sana nak tau kan? 

Ok, macam LH cakap tadi LH cuba sunscrenn kan? Now, LH nak bagitau korang semua kenapa sunscreen/sunblock tu penting k. Penting sebab sunblock/sunscreen ni melindungu kulit kita dari sinaran uv. SINARAN UV! Sebab tu time hujan ke, dalam rumah pun kena pakai pakai. Bukan sebab taknak gelap, tapi sebab sunscreen ni penting untuk meindungi wajah korang dari dari pigmentation, penuaan, kanser kulit dan penyakit kulit lainnya. Kalau korang sayang kulit korang, pakailah sunblock/sunscreen k 😊.

Untuk yang freehair, sunscreen/sunblock ni kena pakai dekat telinga korang, leher dan tempat-tempat lain yang terdedah pada matahari. Ok? LH pun pakai kat tangan, hehe 😬.







Product: Innisfree Daily Mild Sunscreen

My review

Sunscreen ni didatangkan dalam bentuk tiub (macam dalam gambar). Berserta kotak untuk mengisi tiub tu. Terisi dalam tiub tu sebanyak 50ml isi sunscreen.

Bagi LH, LH suka dengan tiub ni sebab satu hygiene tu memang lah. Dan satu lagi, agak secure sebab bila tekan tak terkeluar banyak macam sesetengah produk lain. Dia cuma keluar berapa banyak produk yang nak keluar aje. Tapi bergantung pada tekanan kita lah. Kalau tekan banyak2 sangat tu, mestilah banyak keluarnya 😅.

Lagi satu, tube macam ni kan senang nak bawa ke mana-mana. Memang agak besar tapi sebenarnya boleh aje selit-selit dalam beg poket kalau nak pergi travel tu. Boleh aje selit juga dalam handbag. So memang convenient ✌🏼.

Yang LH sukanya produk ni tahan lama. LH pakai berbulan-bulan padahal pakainya hari-hari tapi nak dekat setahun pakai tak habis-habis lagi 😂. Memang berbaloi beli walaupun harganya agak mahal sikit. Dan paling penting sunscreen ni ada SPF 50 PA++++. SPF tu yang memainkan peranan dalam melindungi kulit kita ya anak-anak. 

Dari segi texture pula, texture sunscreen dari Innisfree ni bersifat pekat dan likat. Mild and creamy gitu. Agak likat juga ya texturenya. Ia tak meninggalkan kesan tompok putih macam sesetengah sunscreen lain. Lepas sapu terus meresap dalam kulit. Itu yang LH suka tu.


Cuma yang LH tak suka dengan produk ni, dia agak berminyak bila LH pakai. Kulit muka LH ni dahlah jenis acne dan oily. Tak boleh pakai apa-apa produk yang berminyak. Mungkin sebab produk ni texture likat, jadi memang agak berminyak lah kan. 

Bila LH pakai, kulit jadi makin berminyak siap kalau sapu dengan jari tu, macam boleh goreng ikan 😂. (Saja nak over kejap).

Jadinya, LH terpaksa berhenti pakai sunscreen ni dan cari sunscreen lain. Nanti LH akan reviewkan lain kali ok 😘.

LH rate untuk Innisfree Daily Mild Sunscreen 3.5/5 sebab walaupun dia berminyak, bagi LH dia antara sunscreen yang melindungi kulit sepenuhnya. LH dapat rasa tu bila selalu bawah matahari. 

Tapi, Lh tak rekomen untuk orang kulit berminyak atau acne macam LH. Untuk orang yang tak kulit normal atau dry, LH rekomen 👍🏼.

Repeat atau tak? Sebab pakai muka jadi makin berminyak, kemungkinan tak kot 🤣.

Untuk harga pula, kalian boleh rujuk di website Innisfree.

Jadi, LH harap entri ni sedikit sebanyak dapat membantu kalian di luar sana. 

Apa pun, jangan lupa share entri ni dan follow blog LH k 😘.


#innisfreesunscreen #innisfreedailymildsunscreen #innisfreeproduct #innisfreesunscreenreview #innisfreekorea #producreview


Post a Comment

29 Comments

  1. Sebelum beli produk skincare tu, ada sesi skin analysis ke? sebab kadang-kadang seronok baca review orang ttg produk tu. nampak berkesan dan elok. Tapi bila sendiri yang guna, habis muka.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takde skin analysis pun. Sebab produk ni kita kene try dulu macam-macam mana pun. Kalau muka kita react tak elok. Maka tak elok lah tu

      Delete
  2. Suka sunblock yang jenis tiub jugak. Sebab senang nak bawak pergi mana-mana.

    ReplyDelete
  3. Oh brand Innisfree ni bagus juga kan dgrnya..so far tak pernah try lg, tp baca mcm menarik jugak yea hehe..thanks for sharing this review 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi LH brand ni ikut kesesuaian muka juga.

      Delete
  4. Oh. Kalau jenis berminyak memang Rawlins takleh pakai. Bahaya sebab nanti muka jadi cermin lepas pakai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH pakai pun memang cermin lah muka. Not recommended for oily type face

      Delete
  5. Memang bagus LH...produk anak Sis guna setelah 2 tahun rasanya. Sis hanya guna eye cream aje.. lagi satu bagusnya sebab dia organik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produknya bagus aje. Ikut atas kulit orang. LH pakai jadi berminyak

      Delete
  6. I also use Innisfree Suncreen. But this daily mild one. Yep, sunscreen is important for our akin. It also make a good makeup base.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I takut kulit I rosak aje 😂. That's why kalau tak pakai sunscreen dia punya risau tu macam apa dah

      Delete
  7. Sy dah pakai innisfree sejak 2017 memang bagus produk2 dari innisfree ni..sesuai dgn kulit saya

    ReplyDelete
  8. dulu rajin juga guna produk innisfree ni. my favourite compact powder yg mineral ultrafine tu tapi harga dia makin mahal sekarang ni, tak mampu nak beli selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak pernah try make up range dia. Maybe nanti nak try sekali

      Delete
  9. Yang penting tak tinggalkan tompok putih. Sunscreen lain kebanyakannya ada. Nampak tak natural.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tompok putih tu yang tak suka tu. Suka yang menyerap

      Delete
  10. Tak pernah try lagi sunscreen innisfree tapi brands ni memang stand out kan.. Will try this next time.. Thanks for the recommendation...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang famous brand ni. Just try kalau ok dengan muka you

      Delete
  11. Sama lah skin type kita. Nak kene pakai produk yang x berminyak baru rasa kulit dapat bernafas. Kene cari yang sesuai baru lah skin kita pon happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari yang sesuai tu ibarat menjelajah kulit. Haha

      Delete
  12. Ni yg best dengar dia takde tinggalkan kesan tompok lepas pakai sbb cepat meresap dlm kulit. Geram kalau yg jenis bertompok. Rasa comot je muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka juga yang bertompok tu. Bila mekap pun sakit hati aje

      Delete
  13. Innisfree kita kena tgk jenis dia.. Either sesuai tak dengan kulit kita or not.. Sunscreen dia kita xserasi tp akk kita serasi.. Nice sharing!

    ReplyDelete
  14. Bagus juga innisfree ni lagi-lagi orang yang suka bercuti dekat pantai macam saya. Ada sunblock macam ni takdelah kulit menjadi hitam

    ReplyDelete
  15. innisfree byk dengar review bagus tapi tak kesempatan cuba lagi... tapi tu la baca yg sheet mask dia best.

    ReplyDelete
  16. Bagus sangat jujur dan iklah review ni bila kita baca tahu bahawa ia adalah penulisan seorang yang sedang review hehehe. Produk untuk orang perempuan kan wakakakka..

    ReplyDelete

Recent, Random or Label