Puisi Kehidupan- Pulau Yang Telah Mati: Sebuah Puisi Muzikal

New Post From LH


"Di saat kekejaman dunia menghentak sifat belas di dalam hati, maka tiada lagi kebaikan yang menetap di sanubari"

             ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»

Assalamualaikum dan hye semua 🌻

Alkisahnya, beberapa bulan yang lepas LH sedang melalui fasa-fasa sukar dan tertekan. Dek kerana sikap-sikap manusia yang melulu saja menghukum orang lain sesuka hati, memandang rendah orang lain, memandang serong dan macam-macam lagi sehinga meletakkan LH dalam keadaan yang sangat tertekan. Tak kira lagi yang tukang menambah tekanan tu. 

Oleh kerana rasa yang amat tertekan, LH merasakan seperti hati LH telah mati dari rasa insani. LH dah rasa tak mahu kesiankan sesiapa, atau mengasihi sesiapa lagi. Sepertinya rasa kemanusiaan itu sudah mati.

Dari itu, terbitlah ilham buat LH untuk menulis puisi ini.

Latar belakang

Puisi yang diberi nama Pulau Yang Telah Mati mengisahkan tentang sikap-sikap manusia yang kejam telah mematikan rasa keperimanusiaan seseorang sehingga menyebabkan hati bertukar menjadi batu. Tanpa sedikit pun rasa kasih atau belas.

Kini hanya tinggal hati yang tahu untuk membenci dan mencaci tanpa mengasihi.

Pengajaran

Banyak yang dapat dipelajari dari puisi ini. Antaranya, tanpa kita sedar kadang-kadang perbuatan kita telah menyakitkan hati orang lain. Maka, berjaga-jagalah dalam setiap perilaku kita termasuk perbuatan dan percakapan. 

Begitu juga, sikap suka menghukum manusia lain tanpa kita sendiri mendengar cerita disebalik yang berlaku. Tak usahlah kita hanya menghukum orang lain, kerana kita sendiri tak tahu apa yang dihadapinya. Sekiranya mampu, hulurkanlah saja bantuan atau lebih baik berdiam diri saja.

Jangan lupa juga untuk memahami kesengsaraan orang lain. Letakkanlah rasa empati terhadap kesusahan orang. Belajarlah meletakkan tempat kita ditempat orang. Kalau tak mampu, sekurang-kurangnya bersimpati lah dengan mereka yang sedang menderita.

Apa yang penting, teruslah bersemangat untuk berkasih sayang di dunia ini. Dunia ini memerlukan kasih sayang kita, sekiranya tidak kita yang menghulur kasih sayang, siapakah lagi yang akan melakukannya. Pedulikan apa orang kata, yang penting kita sudah menyumbang sesuatu. Janganlah hanya menanamkan kebencian di dalam hati. 

Puisi

Badai laut membelasah pulau,
Ombaknya menghakis habis,
Sifat kemanusiaan di tebing pantai,
Pulau terpencil yang kosong,
Tidak berhasil dan berhuni,
Berkecailah direntak ombak nan kejam,
Tidak berperisa dan berperasa,
Hanya tawar mengisi lalu mengikis,
Segenap isi di pulau ini,
Maka berkecai menjadi serpihan,
Yang berkecai-kecai,
Itulah aku sebagai pulaunya.

Semoga post kali ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk kalian semua 😉😊.

Apa pun, jangan lupa share entri LH kali ni dan follow blog LH. Subscribe juga youtube channel LH lepas view video sampai habis. Channel LHijau Official.




#puisikehidupan #puisimuzikal #musikalisasipuisi #puisisedih #sajakpuisi #sasterapuisi #sasteramalaysia #sasteraindonesia #pulauyangtelahmati




Post a Comment

24 Comments

  1. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Banyak maksud peribahasa ini. Sama dengan puisi LH buat tu. Apabila sudah tiada apa di dalam circle kita. Carilah persekitaran positif yang lain. Bukan bermakna berkawan dengan sebarangan orang. Love youself. Fahami diri. Appreciate diri kita. Takda siapa boleh comfort kita melainkan diri kita. Orang lain boleh menghukum tanpa usul periksa dan happy dengan tindakan mereka. Kenapa kita tak boleh gembira dengan perkara kita buat baik dan jujur. Betul tak? Sayangi diri LH terlebih dahulu k. Solat dan berdoalah. InsyaAllah ada yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Sebab tu jangan sesekali mengalah untuk mengasihi

      Delete
  2. wow even for someone who is not a fan of literature, i am falling in love with this. thank you!

    ReplyDelete
  3. I totally can feel you, LH. And you are not alone. I am also having the same anxiety. The feeling come and go. I pun x pnah paham why people likes to judge others. Sedangkan depa pun bukan nyer perfect and probe into making mistakes. I also don’t understand why people hate to kind these days. Padahal kindness to free dan x susah pun nak buat. Tapi dosa juga yg dipilih. Kdng2 ada juga I rasa nak pindah duduk dlm gua jauh dari manusia lain. Hmm........

    ReplyDelete
    Replies
    1. I nak pindah duduk kat pulau terbiar 😂

      Delete
  4. Wow puitisnya dia hahah sy fail bab2 puisi ni so salute la baca puisi ni

    ReplyDelete
  5. deep nya puisi ni! i can feel every bait dia. apa pun stay strong kalau down dapatkan nasihat from someone etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. I getting stronger everyday. Terima kasih atas sokongannya

      Delete
  6. Sabar lah LH kita hidup bukan untuk orang tapi kita kena ambil kira juga orang sekeliling kerana kita juga perlu bermasyarakat. Moga kehidupan kita lebih tabah dah kuat dalam hadapai semua ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi boleh menyumbang sesuatu pada dunia, kita buat kan

      Delete
  7. Itulah pandangan orang lain terhadap diri kita. Ada yang suka, ada yang mencerca. Saya juga pernah merasa keadaan begini. Saya cari yang positif, Alhamdulillah perkara positif yang dapat.

    ReplyDelete
  8. Walau telah berlaku pelbagai kesukaran, sentiasa fikir positif. Stay strong ya awak! Pasti ada hikmah disebaliknya tu awak.

    ReplyDelete
  9. I also feel sad when some people especially relatives or friends that like to judge. Well no one is perfect, we deal with our own problems right.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah that's right. I even have a stress ball to help me handle all the stress

      Delete
  10. Terus kuat LH.. abaikan toksik2 di sekeliling kte ni. Sisyat pun pernah lalui yg sama.
    Jalan terus je. Lantakan semua org 😊

    ReplyDelete
  11. Our circle ni can be very toxic and at the same time lovable.. Just kena kuat dan jangan terjerat dengan judgemental mindset sesetengah netizen... Take it and leave it.. Move on and seek our own happiness, doing what we love and ignore the negativity

    ReplyDelete
  12. Bila hati sudah mati, walau permata depan mata pun, tetap tidak nampak sinarnya di mata...

    ReplyDelete

Recent, Random or Label