My View of Book Review- Hadi Mengejar Pencuri

New Post From LH

Assalamualaikm dan hye semua 🌻

Baru-baru ni LH baca satu buku novel pendek atau disebut sebagai novela. LH dapatkan buku ni sebenarnya dah lama dah iaitu di event Big Bad Wolf 2019 yang diadakan di UMP Gambang, Kuantan Pahang. LH baru saja habis baca semalam. Meskipun ia sebuah novela, LH mengambil masa 2-3 minggu untuk habiskan oleh kerana komitmen lain-lain terpaksa dipenuhi.

Sebuah buku yang menarik yang membuatkan LH ingin berkongsi dengan kalian semua.




Masih berbungkus ya buku tu 😬.

Tentang buku

Nama diberi Hadi Mengejar Pencuri. Sebuah nama yang menarik. Disebabkan tajuk buku nilah yang menarik LH untuk beli buku ni. 

Hadi Mengejar Pencuri ditulis oleh Hatta Kain Kapan. Hatta Kain Kapan berjinak-jinak dengan penulisan ni apabila beliau tolong kawan-kawannya menulis surat cinta. Apa yang LH boleh nampak melalui penulisan beliau, sungguh beliau seorang yang luas ilmu pengetahuannya dan seorang yang prihatin terhadap masyarakatnya. Korang boleh check di sini sosial media penulis. Instagram Hatta Kain Kapan.

Novela ini terbitan Buku Pojok pada tahun 2016. Buku Pojok merupakan salah satu syarikat penerbit buku alternatif yang berada di bawah Karangkraf. Kiranya Buku Pojok ni Karangkraf punya alternative publisher lah. 

Buku Pojok didirikan pada tahun 2015 dan menerbitkan buku jenis santai dan sempoi tetapi penuh mesej. Menerbitkan samada fiction atau non-fiction. Korang boleh baca lebih lanjut di Tentang Buku Pojok.

Kalau korang nak tau, Buku Pojok juga menerima karya manuskrip juga selain memberikan kalian ruang untuk mendapatkan buku-buku terbitannya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati laman web Buku Pojok. Follow juga akaun sosial media Buku Pojok di Facebook Buku PojokTwitter Buku Pojok dan Instagram Buku Pojok.

Novela ini mengandungi 168 muka surat tidak termasuk kulit buku, penghargaan, penutup dan lain-lain. Keseluruhan bab ada 15 bab semuanya.

Harga pun tak mahal mana. Hanya RM20 (SM) dan RM 23 (SS). Kalau beli di BBW hanya RM10 sahaja. Kalau korang beli masa Buku Pojok buat sale pun akan dapat harga lebih murah. Jimat kan? 🤑

Yang LH sukanya buku ni menggunakan kertas seperi kertas kitar semula tu. Eco-friendly gitu. Dalam boleh menyelamatkan alam, boleh mengurangkan sakit mata sebab banyak sangat membaca juga. Hehe 😁.

Novela Hadi Mengejar Pencuri merupakan jenis fiction yang membawa genre dan unsur kemasyarakatan, santai dan religius.

Sinopsis

Hadi merupakan seorang lelaki metro seksual yang tinggal lama di luar negara, sehinggakan apabila dia pulang ke Malaysia, dia menjalani kehidupan seperti orang Barat. Langsung tidak bangga dengan asalnya, malahan dia tidak pernah mendengar atau menonton lagu filem buatan Malaysia.

Dia seorang yang tidak mementingkan agama dan sama sekali tidak pernah peduli soal masyarakat sekelilingnya. Baginya, orang-orang miskin dan gelandangan hanyalah mereka yang malas dan tidak mahu berusaha.

Sehinggalah dia berkenalan dengan Janice, seorang wanita Cina yang begitu minat dengan Islam dan begitu menghargai budaya di negara sendiri. Janice tidak pernah melupakan asal-usulnya. Pendek kata, sifatnya kontra dengan apa sahaja sifat Si Hadi tu. Dia ingin mengahwini Janice, Janice pula mengenakan syarat padanya bahawa Hadi perlu menjadi seorang Muslim yang sejati. Hadi perlu solat lima waktu berjemaah di masjid. Janice mahukan seseorang yang boleh membimbingnya apabila dia sudah memeluk Islam.

Ceritanya bermula pada suatu hari, sewaktu Hadi sedang menunggu masuknya waktu Asar (ketika itu dia baru saja pulang dari menunaikan Zohor berjemaah di masjid), dia terpaksa mengejar seorang pencuri yang berumur 12 tahun, Abu. Setelah dia berjaya menangkap pencuri itu, siapa sangka pencuri itu mempunyai intelek yang sangat tinggi dan paling tak disangka dia melalui banyak hal kerana bersama pencuri itu. Yang paling terkejutnya, dia berkawan pula dengan Si Abu ni. Setelah mengenali Abu, pandangan Hadi terhadap dunia berubah 360° darjah sekelip mata. Hanya dalam beberapa jam saja, Abu mampu mengubah persepsi buruk Hadi terhadap realiti masyarakatnya. Hal yang berlaku menyebabkan Hadi mula prihatin terhadap masyarakatnya. Walaupun melalui banyak hal yang membuka matanya tentang realiti keadaan masyarakatnya, Hadi tetap perlu mencari masjid. Itulah misi utamanya. 

Reviu

1.LH bagi rate 4.8/5. Plotnya agak perlahan pada mulanya apabila penulis cuma menceritakan tentang masa lalu Hadi dan bagaimana Hadi dan Janice bertemu. Plot semakin menarik apabila Hadi terpaksa mengejar Abu dan berkenal dengan Abu. Sepertinya watak Abu itu yang menghidupkan jalan cerita ni. 

2. Apa yang menarik perhatian LH, setiap bab di dalam novela ini menanam pembacanya dengan tanda tanya. Semakin ke bahagian tengah cerita, semakin menarik. Semakin menimbulkan tanda tanya pembaca dan membawa pembaca untuk menghabiskan buku secepatnya. LH pun beria nak tahu apa jadi akhirnya. Dia sempat ke tak ke masjid tu 😂.

3.Setiap babak yang berlaku pasti akan dimulakan dengan waktu. Menunjukkan Hadi memang memerhati waktu setiap masa kerana takut tak sempat ke masjid setelah melalui pelbagai kejadian-kejadian aneh. Penulis berjaya menerapkan isu risau lambat dalam hati Hadi ke dalam jalan cerita.

4. Apabila cerita sudah semakin ke tengah, bermacam perkara yang dilihat dan ditempuhi oleh Hadi dan Abu, jalan cerita semakin menyeret. Tetapi, penulis berjaya membawa jalan cerita kepada asalnya daripada lari melencong entah ke mana. Kerana, jalan cerita utamanya ialah Abu perlu menunjukkan jalan untuk Hadi ke masjid. 

5. Terdapat babak-babak dan kata-kata yang menyentuh hati LH kerana novela ini berkaitan dengan isu realiti keadaan masyarakat kita kita sendiri. Tapi, ada juga part yang kelakar ya 😂. Budak Abu tu memang kelakar.

6. Penulis berjaya mengetengahkan pelbagai isu masyarakat seperti isu gelandangan, isu agamawan dan isu politikus. Bagi LH, penulis cukup kreatif kerana berjaya menyampaikan isu-isu hakikat seperti ini dalam bentuk non-fiction.

7. LH memang sangat-sangat rekomen buku ini untuk dibaca. Kita sendiei boleh melihat realiti masyarakat kita yang sakit. Namun, tak semua begitu. Korang memang kena baca 👍🏼.

Pengajaran

Terdapat beberapa pengajaran dari novela ni yang LH senaraikan;

1. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tak semua orang miliki apa yang kita miliki. Sesetengah mereka itu tidak mempunyai apa-apa termasuk harta.

2. Berhentilah menghukum orang lain. Tak usahlah kita pula yang buat kerja Tuhan. Setiap orang mempunyai cerita tersendiri. 

3. Saling bantu-membantu sesama kita. Jadilah orang yang prihatin terhadap masyarakat. Cukuplah masyarakat kita yang sakit, jangan kita pula menyakitkan pula. Hulurkanlah bantuan kepada setial orang yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit pun.

4. Lakukanlah kebaikan seikhlasnya. Bukan sebab ingin dapatkan sesuatu. Kerana keikhlasan itu yang membezakan amalan kita.

6. Membaca jambatan ilmu memandangkan dalam cerita ni, Abu tidak bersekolah tetapi sangat suka membaca. Kalau dilihat dari dari segi IQ, nampak seperti Abu lebih bijak dari Si Hadi ni. Membuktikan membaca sememangnya jambatan ilmu. 

5 Akhir sekali, jalankanlah tanggungjawab dengan sebaiknya. Jadilah insan yang bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan dan agama.

LH harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian pembaca di luar sana. 

Apa pun, jangan lupa untuk follow blog LH dan share entri ni ya 😊


#reviubuku #bukupojok #hadimengejarpencuri #hattakainkapan #novelamalaysia #fiction

Post a Comment

38 Comments

  1. Nampak menarik sinopsis novel ni. Cuma tajuk dia twist betul. Heheheh. Mesti banyak pengajaran dal novel ni. Nanti akak nak cari lah. Tq share.

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ye jalan cerita dia.
    Memang betul dalam hidup kita akan ada satu titik yang akan mengubah segalanya kan. Rawlins sekarang suka baca novel seram dari Buku Prima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek seram buku prima. LH pun suka juga membaca projek seram dari buku prima

      Delete
  3. Semua point di atas sangat tepat dan betul..jika kita amalkan dalam kehidupan seharian, pasti perjalanan hidup kita dipermudahkan..terima kasih atas perkonmgsiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Tapi kadang-kadang kita terlupa. Betul tak?

      Delete
  4. Bagusnya review buku. Sy dulu2 mmg suka baca novel tebal2 dah tua2 ni kurang sikit hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH baca aje tebal ke nipis. Yang penting buku tu kena best kalau tak bosan. Hahaha 😂

      Delete
  5. Wah unik juga style buku ni yea, tajuknya nampak simple je tapi bila baca sinopsisnya tu, macam menarik! Bagus betul karakter Janice tu hehe 👍🏻

    ReplyDelete
  6. Sangat jelas sekali ini reviewnya, mulai dari penjelasan, sampai plot. Ceritanya terlihat ringat, tapi membuat menarik minat baca jadinya :D. Bestlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceritanya sangat ringan tapi mesejnya sangat mendalam

      Delete
  7. Wow......what an interesting novel. The title and the storyline sounds interesting. Something I would like to read as well. Btw, thank you for sharing some information on Buku Pojok. I need to check out about them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes you need. Their books quite interesting too. I have some of their books and will review soon

      Delete
  8. Bagus Lh ni, rajin membaca novel2 ya. Tengok penceritaan LH pon rasa dh menarik , suka tgk part pengajaran tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama berkongsikan pengajaran. Setiap buku yang kita baca pasti ada pemgajarannya

      Delete
  9. Sarat dengan mesej yang kita kena pelajari kan.. Jangan katakan Hadi yang baru balik dari oversea, actually within our local community pun terlalu banyak toxic people, judgemental! You can see our socmed flooded with more negativity than good! We need to change that!

    ReplyDelete
  10. Lama dah tak baca novel. Dari review LH ni memang menarik novel ni untuk dibaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sangat. Kalau orang yang jenis membaca laju tu, sehari dah habis kot buku ni

      Delete
  11. Alhamdulillah madam percaya ini buku yang menarik dan mesti baca bagi penggemar buku dan pencari kebahagiaan hidup ini. Unik nya nama pena penulis. Tertarik babak dan peranan Janice yang mahukan Hadi berubah jadi muslim beriman. Menginspirasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ni sangat dekat denga masyarakat kita. Itu yang menariknya. Realiti masyarakat

      Delete
  12. Baca tajuk pun dah boleh agak buku ni menarik. Dah pernah baca beberapa keluaran Buku Pojok, pun not bad juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku-buku dari Buku Pojok ni dia informatif tapi dalam masa sama dsama dia santai.

      Delete
  13. Cover dia menarik. Wah, boleh tahan menarik jalana cerita dia. Review yang sangat details. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cover, tajuk, jalan cerita buku ni memang menarik

      Delete
  14. unik juga tajuknya. saya ni dah lama gila dah tak baca buku fiksyen. dulu mesti beli setiap bulan. adooii

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH pula suka membeli buku bertimbun-timbun lepas tu tak tau bila nak habiskan

      Delete
  15. Minat baca novel yang tak tebal sebab nak jimat masa. Hehe. Plot cerita nampak menarik dan isinya padat. Berbaloi untuk baca

    ReplyDelete
  16. menarik juga buku ni ya.. nampak gaya nak kena cari n baca sendiri la baru lagi syok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak aje buku ni kedai buku. Contact buku pojok pun boleh

      Delete
  17. Wow bagus novel ini sangat membimbing ke arah yang baik. Kan sometimes kita terbabas dan hilang arah.

    ReplyDelete
  18. title dia simple but catchy ...buat kita tertarik utk membaca... za kena start membaca balik lah ni.. semua review buku best2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pulni pula ramai penulis-penulis. Memang makin rancak

      Delete
  19. Tajuk dia tu comel laa. Haha.. Hadi mengejar Pencuri.. Kalau TB jumpa buku tu mesti nak baca isi dalam dia jugak.. Sebab tajuk tu menarik perhatian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk dia yang menarik perhatian LH nak beli buku ni 😁

      Delete

Recent, Random or Label