"Jika merdeka itu hanya satu kalimat, maka mudahnya kita mendapatkannya. Jika merdeka itu hanya satu sebutan, maka mudahnya kita dilepaskan".
🌻🌻🌻🌻
Assalamualaikum dan hye semua 🌻
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63, LH ada tulis satu puisi ni. Merdeka kali ni membuatkan LH terfikir, apa definisi merdeka sebenarnya bagi LH. Ni dah kali ke-63 Malaysia merdeka. Bertahun-tahun kita sambut merdeka, tapi yang kita tahu, cuti, berarak dan tengok beberapa siaran tv yang patriotik sikit.
Sebenarnya apa definisi merdeka dalam diri LH? Merdeka yang macam mana yang LH nak? LH kerap tanya soalan-soalan macam tu pada diri. Adakah merdeka ini cuma bebas dari penjajah? Bagaimana pula kalau kita asyik terikat dengan kesibukan dunia? Tak habis-habis terikat dengan masalah dunia, adakah itu merdeka kalau kita asyik memikirkan tentang masalah?
Kebetulan pula, masa hari merdeka ni, pelbagai masalah di dalam benak kepala LH. LH langsung tak menikmati hidup ni sebab asyik fikirkan masalah. Itu bermakna kita masih belum merdeka dari segi hati, minda, dan jiwa. Betul tak? Kerana merdeka itu bukan hanya luaran atau panggilan, tetapi juga pada hati, minda dan jiwa.
Latar belakang
Puisi ini dinamakan " Apa Sebenarnya Merdeka?" kerana merdeka itu bukan hanya suatu perjanjian. Merdeka itu bukan sekadar pada luaran.
Merdeka yang sebenarnya adalah pada hati. Ini kerana, manusia yang mempunyai hati yang merdeka dapat melalui hidup yang tenang. Merdeka itu bukan sahaja bebas dari dijajah oleh sesebuah kuasa. Tetapi juga bebas dari diikat oleh mana-mana perasaan, masalah bahkan manusia sendiri. Yakinkah kalian sudah merdeka tanpa ketenangan di dalam hati? Tanyalah pada diri apa kaliam mampu menjalankan hidup ini dengan penuh tenang? Pernahkah kalian melihat orang yang hatinya tenang itu macam mana hidupnya? Terasa bebas seperti burung tanpa perlu merisaukan apa-apa.
Dengan ketenangan di hati, ia memberi kita ruang untuk menikmati alam semula jadi ini. Tanyakanlah pada diri sendiri, mampukah kita menikmati alam semula jadi ini tanpa terasa beban di hati? Mampukah kita menghirup udara segar di tepi pantai dalam kesibukan kehidupan kita? Mampukah kita meluangkan masa tanpa di fikiran terlintas masalah dunia?
Read also: My View of Book Review- Aristokra
Pengajaran
Apa yang kita semua sepatutnya jadikan pengajaran, ingatlah bahawa merdeka itu bukan hanya bebas dari dijajah. Tetapi, merdeka itu sendiri membawa maksud bebas dari diikat. Tetapi bagaimana pula kalau kita terikat dengan masalah dunia? Masalah kehidupan? Hati selalu resah memikirkan masalah, terlalu sibuk dengan keduniaan, adakah itu yang kita katakan bebas?
Diberikan anugerah merdeka juga, sama seperti diberi anugerah ketenangan. Seorang insan yang mampu melalui kehidupannya dengan penuh ketenangan, itulah manusia yang merdeka hati dan fizikalnya. Itu kerana merdeka itu bukan hanya diluaran, tetapi juga hati yang bebas.
Selagi mana, alam semula jadi itu kita tak mampu nikmati dengan hati yang terbuka, maka kemerdekaan itu belum lagi milik kita kerana, kemerdekaan membawa maksud ketenangan. Hati yang merdeka ialah hati yang tenang.
Lepaskanlah bebanan yang memberatkan hati kita. Hidup ini bukan hanya untuk memikirkan masalah semata-mata.
Perhatikan alam ini, kerana alam semula jadi ini mampu memberikan ketenangan yang kita dambakan. Carilah ketenangan kita sendiri di dalam hidup ini.
Janganlah kita terlalu menyibukkan diri dengan masalah, kerja dan perkara-perkara yang membebankan. Bebaskanlah diri kita untuk menikmati hidup. Percayalah, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Hanya orang yang tenang akan menemui jalan penyelesaian untuk apa masalah sekali pun. Kerana minda yang tenang, akan melahirkan fikiran yang sejahtera. Betul tak?
Read here: My View od Web Review- z-library
Puisi
Kita terbang,
Seperti yang lainnya,
Mereka terbang tinggi hingga melepasi langit,
Tetapi kita pula,
Hanya terbang di bawah awan,
Apakah ertinya bebas itu bagimu,
Perjuangan yang selama ini digembar-gembur,
Hanya diperkotak-katikkan sahaja,
Mampukah kau mendepakan tangan di pesisir pantai,
Menghirup udara laut yang bayu,
Tanpa mindamu harus menjadi pelarian,
Dan tanpa akalmu perlu menjadi korban,
Mampukah telinga merakamkan,
Bisingnya bunyi ombak,
Yang kembali pada pasangannya pantai?
Kiranya merdeka itu bagimu hanya pada sarung?
Tapi bukan isinya hati yang terletak,
Bukanlah maksud ia sebenar yang aku cari,
Bahkan merdeka itu bebas,
Bukan dijajah, bukan berlari,
Mampukah kau bebas membuka dadamu,
Bertemu laut luas yang tiada awal akhir?
Jangan lupa untuk tonton video penuh dan subscribe channel Lh di sini. Klik sini 👉🏼 LHijau Official.
LH harap entri kali ni sedikit sebanyak dapat membantu kalian di luar sana 😊.
Apa pun, jangan lupa untuk kongsikan entri ni dan follow blog LH tau 😘.
Di bawah ni, LH letakkan video puisi 😁.
Read previously: Giveaway by ejulz&raydah
#merdeka2020 #merdekake-63 #puisimerdeka #puisimuzikal #musikalisasipuisi #musicalpoetry #sajakpuisi #sasterapuisi #sasteramalaysia #puisikehidupan
34 Comments
All in all, I need peace.
ReplyDeleteThat's what we all need right?
ReplyDeletemasyaAllah, thank you for sharing this <3
ReplyDeleteWelcome 😉
DeleteMerdeka ini banyak pengertiannya, pada diri, pada keluarga, pada jiwa dan pada agama. Dan jangan memenjarakan orang lain dengan pengertian yang sempit. Betul tak?
ReplyDeleteWah rawlins! Betul sungguh! Suka part last tu jangan memenjarakan orang lain dengan pengertian yang sempit
DeleteI need peace too ! good writing LH, tak semua ada bakat tulis puisi kan.. keep going :)
ReplyDeleteThank you for the support 😃
DeleteWalaupun kita dah merdeka bertahun lamanya.63 tahun! Tapi sekarang kita masih belum merdeka sepenuhnya gara-gara pandemik covid-19 yang semakin mengganas ni. Masih menantikan kebebasan sebenar.
ReplyDeleteBetul tu. Kita rasa diikat dan terseksa. Sebab tu pokok pangkalnya kita kena merdekakan hati dulu
DeleteMalaysia memang dah merdeka tapi pemikiran rakyat kebanyakkan masih dijajah. Merdeka hanya pada sebutan saja. Hehe
ReplyDeleteSebab tu masyrakat kita semakin sakit
DeleteBest puisi ni kena hadam dalam-dalam maksud yang tersirat... Malaysia tidak aman... kembalikan ketenangan
ReplyDeleteTenang itu datangnya dari hati
DeleteLama tak buat puisi macam ni hehehe dulu masa sekolah menengah kita pernah produce puisi untuk majalah sekolah wakakakakkaka seronok sekarang malas dah kurang idea..
ReplyDeleteWah! Masa zaman sekolah tu, siapa-siapa karyanya diterbitkan dalam majalah sekolah tu kira best dah tu
DeletePuisi yang penih pengisian. bagi merenungkan apa yang sebenarnya kita mahu dalam hidup ini.. . teruskan menulis LH, jadikan penulisan kita sebagai motivasi kepada orang lain..
ReplyDeleteTerima kasih sis lin support 😊
DeleteBestnya.. lama bethol tak hayati puisi2 macam ni.. keep going and produce more! serious rindu zaman sekolah.. Ambang Merdeka event yang dinanti2kan... semua berlumba2 nak join competition bersajak berpuisi berdrama dan macam2 lagi.. Zaman itu. tiada yang persoalan isu perbezaan agama dan bangsa pun dalam persahabatan... tapi semuanya berubah bila dah masuk universiti, minda dah mula diracuni bila kita dah terlalu expose kepada berita2 negative yang cuba mengadaikan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.. ada yang termakan racun, ada yang masih berpegang kepada prinsip perpaduan yang dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.. So ya,, keep it up... produce more good vibes puisi.. go for it LH.. #VirtualHug
ReplyDeleteWah, bakat berpuisi masih tajam ni 👍🏼
DeleteLama tak baca puisi macam ni.. Sedap didengar.. Ya Malaysia dh merdeka tapi disebabkan perangai manusia yang berbeza.. Macam2 hal jadi
ReplyDeleteTerima kasih. Sikap tu sebenarnya yang menyebabkan kita ni belum merdeka
Deletebeautiful poem! rindu menulis puisi begini. suka dengar video puisi tu juga. tenang dan buat kita terfikir juga. semoga terus menghasilkan karya-karya yang menjentik rasa!
ReplyDeleteTerima kasih. Saya akan terus menulis selagi mampu
DeleteUntuk tahun 2020 ini yang penting kita haris memerdekakan diri daripada gejala COVID1-9...
ReplyDeleteItulah perjuangan kita kali ini
DeleteSangat puitis..kita mmg suka dengan puisi.. mmg baca dalam dan dari hati
ReplyDeleteWaaahh!! Makin semangat pula nak nak menulis ni
DeleteSedap puisi ni. Saya tak mampu tulis, mampu baca dan hayati je. Betul, ramai yang fikir mereka merdeka tapi sebenarnya tak.
ReplyDeleteTerima kasih. Ramai yang buat-buat faham maksud merdeka
DeleteRajinnya menulis puisi dulu kak pun rajin menulis puisi di sini kita dpt luaskan perasaan rasa cinta kita pd negara, kemerdekaan diera zaman 2020 lg mencabar kerana kita tidak nampak bahawa negara kita secara diam dijajah melalui pelbagai cara suma kita tidak perasan
ReplyDeleteMemang suka sangat-sangat menulis puisi
DeleteMerdekakan hati in sha allah boleh merdeka kan yang lain.
ReplyDeletePuisi ni sedap di baca. Sampai kehati terus 😊
Merdeka adalah hati yang merdeka 😊
Delete