Puisi Kehidupan- Kesempatan Yang Kejam: Sebuah Puisi Muzikal

New Post From LH

"Dunia ini tidak pernah meminjamkan isinya dengan apa pun kesempatan. Bahkan, kitalah yang harus menciptakan kesempatan tersebut".

            🌻🌻🌻🌻

Assalamualaikum dan hye semua 🌻

Dunia ni kejam kan? Susah untuk berikan kita apa-apa peluang. Betul tak? LH dah update puisi baru do youtube channel LH. Nanti boleh korang subscribe kalau korang berminat ya. 

Ok, ilham puisi untuk kali ni LH peroleh apabila sangat susah LH nak dapatkan sesuatu. Tak macam orang lain, kawan-kawan LH yang LH tengok. Senang saja dapat. Tapi, abah pernah cakap orang yang ujiannya besar adalah orang yang hebat. Jom, LH ceritakan lebih lanjut tentang puisi ni. 


Latar Belakang

Puisi ini mengisahkan tentang dunia yang tidak pernah memberikan peluang buat manusia isinya. Dunia ini hanya tahu menyakiti dengan kekejaman dibandingkan memujuk dengan kesempatan. 


Ada sesetengah masa, langsung tak bermula tapi sudah berakhir. Pengakhiran cerita tanpa permulaan. Itulah sifat dan adat dunia. 

Pengajaran

1- Dunia ini tidak pernah menyediakan kesempatan buat penduduknya, tetapi kita yang harus menciptanya sendiri

2- Jangan terlalu mengharapkann dunia kerana ia nampak indah tapi sebenarnya kejam

3- Peluang itu terletak pada kita, bukan pada dunia

4- Jangan terlalu memikirkan tentang peluang jika kita tidak memulakan apa-apa. 

5- Mulakan sesuatu tanpa peluang, setelah itu barulah kita dapat mencipta peluang dan tentukan nasib kita sendiri. 

Puisi

Langit yang aku sandang,
Jatuh berkecai,
Belum sempat ditiangkan pun,
Benih yang aku semai,
Mati layu sebelum lahirnya daun,
Belum sempat pun aku siram,
Awan yang daku hembus,
Cair terus menjadi hujan,
Belum sempat juga aku,
Buat apa-apa,
Belum sempat aku tatang,
Belum sempat aku kata apa,
Semuanya belum sempat,
Kerana kejamnya dunia ini,
Lebih parah dibanding kesempatan aku,
Kejamnya dunia ini,
Lebih parah untuk aku,
Kejamnya dunia,
Lebih parah untuk aku lakukan apa-apa,
Semuanya musnah,
Sebelum sempat mulanya,
Semuanya musnah,
Sebelum sempat aku mula,
Ia semaikan aku harapan,
Tetapi mengheretku ke lembah kesempatan,
Yang hanya tipu,
Tanpa sedikit pun kecalitan.


Harap entri kali ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada kalian di luar sana. 

Apa pun, jangan lupa share entri dan follow blog LH ok. Jangan lupa untuk subscribe juga channel LH lepas dah full view video LH di youtube. Channel 👉🏼 LHijau Official



#musikalisasipuisi #puisimuzikal #musicalpoetry #puisikehidupan #sasterapuisi #sajakpuisi #soundpoetry #sadness #kesempatanyangkejam #sasteramalaysia

Post a Comment

34 Comments

  1. i love it , you are talented 💛 keep it up

    ReplyDelete
  2. Rasa last berpuisi zaman sekolah . Lepas ni selalu la K.Sal jengah lampuhijau sebab anak kerap gak tanya tentang puisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. dipersilakan. sebenarnya belajar berpuisi ni seronok

      Delete
  3. So inspiring ! Good luck in your writing and they are really good! Keep it up!

    ReplyDelete
  4. Lama tak berpuisi. Tinggalkan puisi dari sekolah menengah. Marsha suka dengar puisi dan berpuisi. Keep it up!

    ReplyDelete
  5. terbaiklah! banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada puisi ni. in shaa Allah saya pun mungkin akan berpuisi selepas ini? hehe :)

    ReplyDelete
  6. Dunia ini kejam cuma bila kita berada di bawah. Bila kita di atas, kita lupa ttg kejamnya dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan manusia bila di atas dia pula yang melakukan kekejaman terhadap orang lain

      Delete
  7. Sisyat suka baca puisi2 LH.. dalam maksudnya 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sisyat. harap dapat banyak ilham lagi lepas ni untuk menghasilkan puisi yang terbaik

      Delete
  8. Cantik bahasa puisinya. Dunia ini ada pelbagai ragamnya. Iya, pentas lakonan yang sementara dengan macam-macam watak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH masih belajar lagi. sememangnya dunia ni hanya sebuah ilusi

      Delete
  9. Hehe..tinggi betul bahasa dia ye. Pandai berpuisi..saya memang fail! Tak berjiwa sastera la katakan hehe..keep it up ye

    ReplyDelete
  10. Huhuhu pandainya berpuisi dan menafsir puisi.. sis mmg fail bab ni. Tahniah

    ReplyDelete
  11. Huhuhu pandainya berpuisi ... sis mmg fail bab ni. Bahasa blog pandai lah hahaha

    ReplyDelete
  12. Jangan sia-siakan peluang yang ada depan mata. Mungkin ada peluang kedua, tapi mungkin juga ianya tak indah seperti peluang pertama.. maka rebutlah selagi ada peluang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang cuma datang sekali. Kalau tak ada, cipta! 👍🏼

      Delete
  13. Banyak pelajaran yang Boleh dapat kat article ini! Thank you so much for sharing! I love this puisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga kita sentiasa dapat menjadikannya iktibar

      Delete
  14. Adui... baca puisi ni ibarat luahan sorang bayi yang tak diberikan kesempatan untuk melihat dunia atas kekejaman parent mereka.. (maybe terlalu banyak baca artikel tentang kekejaman itu, terus relate kat situ).

    ReplyDelete
  15. yea.. mulakan sesuatu tanpa peluang.. kalau nak tunggu peluang tu datang kita tak tahu bila.. just try your best untuk capai cite-cita dengan cara kita sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Sangat setuju. Peluang tak datang bergolek

      Delete
  16. Terharu dan juga menyentuh jiwa bila kita baca puisi ni hurmmmm rasa nak nangis lah hehehehe lama tak buat puisi yang menyentuh jiwa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH suka baca puisi yang menyentuh jiwa ni. Fefeeling gitu

      Delete

Recent, Random or Label