My View of Product Review- Garnier Micellar Cleansing Water

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye semua 🌻

Ok kali ni LH nak review satu produk micellar water ni. LH memang pakai micellar water dalam skincare routine LH walaupun LH tak mekap seharian dan duduk di rumah saja. 

Asalnya, mama yang yang beli dulu dan dia suruh LH pakai sebelum cuci muka malam nak tidur tu (sebab dari kecil memang mama yang pastikan skincare products dan skincare routine LH 😬). LH pun dah disuruh mama untuk pakai, LH pun pakai lah dan rupanya betul kata mama, micellar water ni sangat bagus. LH banyak suka lah 😍.

Sebenarnyakan, micellar water ni sangat penting ya, pakai sebelum cuci muka malam untuk mengangkat kotoran-kotoran dan debu dalam kulit tu. Tak semestinya membersihkan mekap saja. LH pakai ni, walaupun tak mekap, kapas tetap hitam sebab debu-debu masuk. Padahal duduk rumah aje pun hitam kapas ya. 





Products: Garnier Micellar Cleansing Water

My reviews

Micellar water by Garnier ni didatangkan wujudnya dalam botol, LH tak berapa suka sebab incovenient bila nak bawa travel atau ke mana-mana. Kena pindahkan dulu dalam bentuk kecil. Tapi, micellar water ni ada dijual dalam travel size kalau korang malas nak tukar-tukar botol.

Jenis water based so memang sesuai untuk orang yang kulit berminyak 👍🏼. Yang penting, tahan lama dan boleh pakai berbulan-bulan ya. Sebab micellar water ni tak pakai banyak pun. Kalau korang pakai berkapas-kapas (kalau time mekap), still tak luak pun LH rasa. Sebab LH sendiri pakai hari-hari. 

Produk ni sangat efektif membuang kotoran-kotoran pada muka dan mengangkat debu-debu dalam pori tu. Ya, efektif dan berkesan. Lepas pakai tu, terasa kulit bersih dan lembut 🧖.

Ok, kalau soal harga pula, sangat berpatutan dan mampu milik. Sedangkan student macam LH pun mampu beli lah. Hanya belas-belas ringgit saja, dan kalau time sale tu lagi lah, sangat murah 🤑.



LH rate 5/5 dan LH sangat rekomen buat korang diluar sana.

LH dah berkali-kali repeat Garnier Micellar Water ni. Korang bila lagi 😏?

Kalian boleh dapatkan Garnier Micellar Water di sini 👉🏼 Watsons Malaysia atau Guardian Malaysia.

LH harap entri kali ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada kalian di luar sana. 

Apa pun, jangan lupa share entri ni dan follow blog LH k 😘.


#garniermicellarwater #reviewgarniermicellarwater #reviewproducts #reviewgarinierproducts #garnierproducts #garnierMalaysia

Post a Comment

34 Comments

  1. sama la kite guna brand ni. dulu memang tak guna makeup remover macam ni sebab jarang keluar rumah. tapi bila fikir balik kena juga beli untuk pakai sekali sekala pun..kalau x muka asyik naik jerawat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makeup remover ni walaupun tak pakai makeup still kena pakai

      Delete
  2. Selalu jugak dgr review yg bagus2 dari penggunaan makeup remover Micellar by Garnier ni, mcm best jee kan! nampaknya kena try jugak ni sebab belum try lagi hehee

    ReplyDelete
  3. I never used or tried any Garnier product. Thank you for your sharing your review with me.

    ReplyDelete
  4. Saya memang pakai yang ni, sebab rasanya antara yg termurah di pasaran. Kualiti pun bagus, gentle, tak mengeringkan kulit. Dah banyak kali repeat purchase.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Produk ni memang sedap pakai di muka selain harganya memang antara yang mampu milik

      Delete
  5. Ooo ni sama yang anak Sis pakai LH.. anak tu bermakeup, so memang dia pakai yang ni, lagi satu kadang buat cuci makeup pun yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH kalau time tak makeup pun pakai juga. Buat double cleansing sebelum cuci makeup

      Delete
  6. Garnier pun not bad juga brand for facial skincare, pernah guna yang Garnier Men, i think should be the same kot.. :) Bab harga memang berpatutan la.. mampu milik kan masa zaman study dulu.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garnier antara produk yang ada kualiti tapi mampu milik

      Delete
  7. Belum pernah lagi guna jenama ni. Marina jarang guna micellar water sebab tak make up

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH time tak makeup pun pakai. Sebab double cleansing

      Delete
  8. Baguskan bila kita akhirnya temu yang paling tepat bagi kulit bermasalah. Mdm gunakan yang sama sebab so far OK dgn kulit dan water based. Mampu milik. Itu yang rasa syukur seriously.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok dengan kulit tu penting. Rasa taknak tukar-tukar dah

      Delete
  9. Mmg guna brand ni. Best sebab rasa mudah dan sangat praktikal bila bersihkan muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila bersihkan muka tu senang aje rasanya kan

      Delete
  10. Lom pernah pakai Garnier tp mmg bagus ni utk double cleansing muka..which is double cleansing sangat digalakkan utk dpt kulit sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, LH memang buat untuk double cleansing dan cuci makeup

      Delete
  11. Jarang guna brang ni tp biasalah kita guna makeup remover dlm routine harian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang guna makeup remover dalam rutin harian, walaupun ada masa tak pakai makeup

      Delete
  12. heard so many great things about this product. thanks for sharing your insights and recommendations :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, I hope my recommendations could help more people

      Delete
  13. Micellar Water Garnier ni TB pernah guna sebelum ni.. Best sebab TB guna untuk tanggalkan makeup dengan senang.. bersih je muka ..

    - Tengkubutang

    ReplyDelete
  14. Ni pon salah satu kena ada dalam handbag sebab senang kalau singgah solat nak cuci makeup hehe.

    ReplyDelete
  15. Micellar water ni sangat bagus. Yes. Utk kukit berminyak. Garnier antara top brand sebab dia antarat brand yg pioneer kenalkan micellar water.

    ReplyDelete
  16. Best pakai ni. Za mmg pakai elok je bersih muka. Buat double cleansing pun ok je.

    ReplyDelete
  17. Bagus produk ni.. tengok kawan-kawan perempuan ramai juga guna Garnier ni. lelaki pon boleh guna kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Penjagaan muka ni tak mengenal jantina 😬

      Delete

Recent, Random or Label