Ceritera Jalan-Jalan: Timur Bay Residence Balok

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye semua 🌻

Sejak-sejak Corona melanda ni, LH dengan keluarga dah jarang pergi bercuti dan travel jauh-jauh. Tapi tak bermakna tak boleh explore benda baru kan? Nak menimba pengalaman dan ilmu baru di mana-mana pun boleh. Dalam bulan lepas, LH dengan Raha pergi berjalan-jalan mencari ketenangan dan mengisi perut. Dan kitorang pusing-pusing Beserah dan Balok aje. 

Tempat pertama yang kitorang singgah ialah Timur Bay Residence di Balok, Kuantan. 


Timur Bay Residence




Timur Bay Residence merupakan kondominium yang boleh dikatakan mewah juga. Tak hanya menyediakan tempat tinggal saja, tetapi juga ada menyediakan resort untuk diinap. Bermula kadarnya dari RM100 ke atas.  Di luar pintu gerbang Timur Bay ni, ada rumah-rumah kedai moden. Memang menariklah kedai-kedai di kawasan tersebut. Untuk maklumat lanjut, kalian  boleh lihat di sini mengenai Timur Bay Residence 

Website 👉🏼 Timur Bay Residence Website

Tmg Express



Dekat sini, LH dengan Raha beli boba.



Harganya pun hanya RM7.90 setiap boba. Siap ada milk tea atau coffee atau milk. Bukan cuma tu, TMG Express ada juga jual wafel dan oden serta aiskrim. LH rate boba ni 4/5 so kalau korang nak tau lebih lanjut boleh tengok entri LH. Ada review tentang boba ni 👉🏼 My View of Product Review- TMG Boba Milk Tea. Korang boleh check lebih lanjut berkaitan TMG ni di sini 

Website 👉🏼 Tunas Manja Group
FB 👉🏼 TMG Mart
IG 👉🏼 @tmgmart

Mr.Baba Bakery



Ok, kedai bakery ni sebaris saja dengan TMG Express. Memang bersebelahan kalau tak silap LH tapi memang dekat aje. 

Di sini pula, kami beli tart. Hokkaido dan Yogurt Cheese Tart. 





Untuk harga LH rasa ok-ok juga walaupun agak mahal juga berbanding kedai bakery yang lain. Tart yang LH beli ni tak silap dalam 7 ringgit juga lah. Review untuk tart dari Mr.Baba Bakery ni LH tak tulis lagi. Nanti LH tulis LH akan maklumkan tau. Dun wuri 😁. 

Rate pula, LH rate untuk hokkaido tart 3.85/5. Boleh tahan sedapnya. Manakala untuk yogurt cheese tart LH rate 2.9/5. 

Untuk lebih lanjut, korang boleh check 

FB 👉🏼 Mr.Baba Bakery

Durian Crepe Afeeqa Kuantan



Dah nama kedai pun durian crepe, semestinyalah produk durian crepe yang dijual di sini. Kedai yang terletak bersebelahan bangunan TMG Express ni, bukan cuma jual durian crepe tau, tapi turut ada juga jual crepe lain. Seperti crepe pelbagai perisa dan juga mille crepe.

Dan pastinya LH ke sini nak mencuba durian crepe dari sini. 




Untuk review crepe ni pun LH belum tulis lagi. Nanti LH akan post. Tapi bagi LH, harga untuk durian crepe ni harganya standard dan mampu milik. Asal ada 20 ringgit dalam poket dah boleh beli dah sebekas besar. Bagus kan? Sebabnya durian crepe bekas besar tu hanya RM18 dan crepe pelbagai perisa tu bekas besar tu hanya RM15.

Rate pula, LH bagi rate 3.9/5 untuk setiap crepe. LH beli durian crepe cheese dan crepe perisa campur.

Untuk kenal lebih lanjut dengan Durian Crepe Afeeqa ni, tengok sini k.

Website 👉🏼 Durian Crepe Afeeqa HQ
IG 👉🏼 @dcakuantan


Sate Ikan Nirwana




Ni kebetulan terasa nak makan sate ikan atau nama lainnya lokcheng. Dalam perjalanan balik tu singgah dulu Nirwana Beserah.

Kenapa LH  namakan Sate Ikan Nirwana? Sebabnya pakcik ni selalu menjual depan Nirwana Beserah (supermarket). Walaupun sebenarnya namanya lain ya. 

Apa yang LH boleh cakap sate ikan dia serius sedap teruk 🤤. Dengan sosnya dan lokchengnya memang kena 🤤. 

Harga pun tak mahal pun. RM5 dah dapat 10 batang. Kalau RM10 dapat 20 batang. Murah kan? Murah dan sedap tu penting. 

LH rate 4.9/5. Yummy 😋!

Korang boleh chat untuk tempahan dekat uncle ni di sini 👉🏼 https://wa.me/+601125445822/

LH harap next time kalau korang melawat Kuantan boleh lah ke sini. Cari dalam map korang Timur Bay Residence Balok tau. 

LH harap entri kali ni dapat memberikan manfaat pada kalian semua 😘

Apa pun jangan lupa untuk share entri dan follow blog LH k ✌🏼

Btw, image kedai LH credit to google.


#timurbayresidence #makananginbeserah #makananginbalok #duriancrepe #hokkaidotart #yogurtcheesetart #lokcheng #duriancrepeafeeqa #makananginkuantan #kuantanpahang

Post a Comment

9 Comments

  1. Replies
    1. Nak melancong jauh-jauh tak boleh. Macam nilah cara kita melancong 😁

      Delete
  2. rindu nak cuti2..jalan jalan camni..p torai makanan kat negeri orang.. oh corona, cepatla hapus dari muka bumi ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Lidah pun dah kempunan makanan orang dah ni 😄

      Delete
  3. Puluh tahun dulu ke balok rumah sepupu

    ReplyDelete
  4. Bestnye staycation. Paling suka food hunting lah.. Kalau menginap mesti nak tempat makan dekat2 je senang nak terjah bila lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! Tengok dalam dia pun best aje nak staycation

      Delete
  5. Ala tengok sate ikan lame tak makan. Teringinnya lahai..

    done follow sini..

    ReplyDelete

Recent, Random or Label