My View of Book Review-Aristokra

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye,

Ini pertama kali LH buat reviu mengenai buku. Memandangkan musim-musim pandemik ni, jarang travel ke sana ke mari. Kalau tak rajin aje berjalan. Jadi, LH pun berjalan masuk dalam buku ajelah (dah macam wonderpet pula 🤣).

Novel yang LH nak reviu ni sungguh menarik. Siap bersiri lagi. Dan paling penting novel ni ditulis oleh orang Malaysia kita sendiri which is jarang Malaysia menerbitkan novel bersiri macam mat saleh tu. Ni antara salah satu sebab LH suka novel ni.



Jadi sebelum ni LH ada merekomendasikan buku ni dalam entri giveaway LH yang dianjurkan oleh Garaeki. Boleh baca sini entri yang satu tu. Sebenarnya LH tak menang pun giveaway tu tapi LH tetap nak berterima kasih pada yang mendoakan dan LH pun nak berterima kasih pada Garaeki sebab bagi LH peluang menyertai giveaway. Kalau tak, tak ada lah idea LH nak buat reviu buku ni. Hehe 😁😊 Terima kasih semua 😁🙏🏼

So, buku yang akan LH reviu hari ni, dum dum dum dum (bayangkan ajelah macam bunyi gendang ya 😁)

Aristokra! Ha tu rupa bukunya depan belakang korang boleh tengok k.




Aristokra ditulis oleh Ahmad Patria, beliau merupakan anak sulung kepada salah seorang sasterawan negara dan mula menulis semasa di bangku sekolah menengah lagi. Waktu tu umur beliau baru berusia 17 tahun dan novel beliau dapat gelaran Novel Remaja Terbaik oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan. Yang dapat gelaran tu novel pertama beliau tau, siri pertama Saga Artakusiad, bukan novel yang ni. Novel ni baru lagi, novel yang tu pada tahun 1987. Novel pertama beliau yang merupakan siri pertama dari Saga Artakusiad tu, Permata Aurorius disifatkan sebagai novel fantasi terbaik yang ditulis dalam Bahasa Melayu pada tahun tu. 

Sekarang beliau ni dah dikira legenda lah. Dah ada banyak buku novel dan beliau juga merupakan seorang ahli farmasi ya. Bukan beshe-beshe ni. Genre buku yang ditulis oleh beliau pun memang genre fantasi aksi punya. Hebat hebat 👏🏼

Aristokra diterbitkan oleh Penerbit X pada tahun 2016. Merupakan siri pertama dalam siri Kronika Nashan.

Aristokra mengandungi 29 Bab semua sekali, tidak termasuk sedutan novel, kamus dan panduan bahasa, kulit buku dan lain-lain. 

Ringkasan

Aristokra diambil dari perkataan aristokrat. Aristokra merupakan ketua bagi sesebuah negara. Dalam siri Kronika Nashan, seorang aristokra perempuan yang mana kedudukan itu diwarisi dari keturunannya, memimpin negaranya yang bernama Nashan menentang bala tentera negara lain yang datang menyerang. Aristokra mempunyai seorang penasihat tentera lelaki, yang paling dipercayainya dan seorang lelaki misteri yang datang membantunya berperang. Kedua-dua mereka sangat mahir dalam strategi peperangan. Walaupun begitu, lawan mereka bukanlah lawan yang biasa-biasa. Akan tetapi, lawan yang begitu dahagakan darah dan sudah banyak menakluk kerajaan lain sebelum Nashan. 

Dalam siri pertama ni, aristokra mengingati kembali kata-kata dan pesanan ayahandanya, begitu juga mengingat kembali kisah aristokra pertama di negara Nashan dan apa kisah di sebaliknya. 

Kalau kalian nak tau lagi, kena baca novel ni sebab serius memang tak menyesal. 



Penilaian

Kalau dalam entri giveaway, LH nilai buku ni 5/5. Untuk entri yang ni, LH nilai 5/5 juga. Wowzers! 👏🏼

Kenapa LH nilai 5/5? Ha meh baca dekat bawah ni

Reviu

Pertama-tama sekali, LH suka dengan jalan cerita novel ni. Kemas dan yang pasti tak cliche. 

Keduanya, LH suka dengan genre novel ni, aksi fantasi gitu. LH memang sukakan genre fantasi. Dan apabila fantasi bergabung dengan aksi, meletup! Boom!

Ketiga, LH sukakan bahasa yang digunakan dalam novel ni. Sepenuhnya bahasa melayu, tak ada campur-campur atau rojak-rojaklah orang katakan. Tak ada tak ada. Semua tu tak ada ya dalam novel ni. Ingat senang ke nak tulis novel sebagus ni dengan menggunakan sepenuhnya bahasa melayu. 

Keempatnya pula, bahasa melayu yang digunakan juga ada beberapa perkataan bahasa melayu lama. Jadi, bila kita nak baca tu memang feel teruk lah. Baca pun jadi bercakap macam orang dulu-dulu. 

Kelima, ada beberapa bahasa yang direka sendiri menjadi bahasa kerajaan Nashan. Perkataan bahasa Inggeris yang ditukar kepada perkataan bahasa melayu seperti spear=spiara yang membawa maksud tombak. Begitu juga, katanaga yang bermaksud pedang. Kalau dalam Bahasa Jepun katakana. 

Keenam, adegan-adegan aksi yang dinyatakan dalam novel ni sangat jelas. Korang bayangkanlah, LH yang baca buku ni, LH boleh bayangkan macam mana dua orang berlawan pedang. Macam mana sekumpulan tentera menyerang. Dengan novel SAHAJA boleh bayangkan. Susah woo nak tulis adegan aksi dalam bentuk tulisan. Percayalah. Tapi, Ahmad Patria berjaya terjemahkan adegan aksi dalam bentuk tulisan. Hebat hebat 👏🏼

Ketujuh, novel Aristokra mempunyai rencah. Bukan setakat aksi, tapi juga ada bahagian sedihnya yang memang membuatkan boleh menangis lah bila baca. LH tak payah ceritalah, memang menangis-nangislah bila baca bahagian sedih tu, sedih betul-betul, tak main-main tau. 

Kelapan, cover buku pun LH suka. Sebab cantik dan siap ada lakaran gambar aristokra depan tu. Yang ni LH bagi kredit dekat yang tukang design tu.

Kesembilan, jenis kertas yang digunakan tu pun LH suka. Novel ni menggunakan kertas kitar semula. Kebiasaannya novel Inggeris banyak menggunakan kertas kitar semula ni. Sebab tu LH suka baca novel Inggeris. Kertas pun memainkan peranan.

Yang kesepuluh, LH suka bila penulis menggunakan elemen "flash back". Tak ramai penulis yang boleh menyampaikan tulisannya dengan teknik flash back ni. Tahniah Ahmad Patria! 👏🏼

Yang penting, novel Kronika Nashan ni memang setaraf dengan antarabangsa dan LH yakin boleh pergi ke peringkat antarabangsa. Soal bahasa? 😏 Zaman sekarang ni bahasa tidak lagi menjadi masalah. Ye idok? Banyak saja novel yang menggunakan bahasa asing berada di persada dunia. 

Setakat ni saja dari LH. Diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kalian di luar sana. 

Apa pun jangan lupa share entri ni dan follow blog LH k 😘


Penafian: Pihak LampuHijau tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perubahan atau ketidaksamaan dalam mana-mana kenyataan di atas

#bookreview #reviewaristokra #ahmadpatria #reviewkronikanashan #kronikanashan #aristokra #blogreview


Post a Comment

28 Comments

  1. Wah, bukan senang nak tulis cerita aksi. Rasanya saya pun tak pernah baca novel genre ni. Biasa tgk movie je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara dia tulis adegan aksi dia memang sangat terperinci

      Delete
  2. OK. Rawlins dah senaraikan dalam my next novels to buy. Ada lagi 8 novel yang belum selesai baca hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Banyak lagi ni list novel ni. Hahaha

      Delete
  3. Wow.. Your reasons make me wanna get this novel immediately lorh... Lama sgt tak membaca novel ni...

    ReplyDelete
  4. Novel macam nihlah yang lagi seronok baca. Rasa enjoy je. Okay nanti nak cari novel ni

    ReplyDelete
  5. Oklah nnt boleh cari buku novel ni mcm menarik je..

    ReplyDelete
  6. Fana kan sebenarnya dah lama sangat tak membaca buku buku macam ni. Zaman belajar rasanya paling last baca. Tapi bila baca review ni rasa tertarik nak cari buku ni beli.

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik jalan cerita dia. Lain dr yg lain. Boleh lah nk cuba baca nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Sebab jarang dekat Malaysia ni orang tulis buku fantasi aksi

      Delete
  8. Cerita dia agak kompleks tapi tetap menarik. Mmg kena amik masa nak abiskan ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan-pelan boleh. Dia pun banyak siri siri buku ni

      Delete
  9. You make good arguments claiming why this book deserve to get 5 star rating out of 5. This makes me wanna get this book to read as well. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The book deserve 5 stars after all. Go grab it

      Delete
  10. Last baca novel cmni masa form 5..hahaha..ya Allah lama gila tggl... Sekali sekala layan novel cmni bgus gak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya novel genre macam ni dbp yang terbitkan. Jarang ada penerbit lain nak terbitkan

      Delete
  11. Novel ker ni menarik tapi tu lah kita ni malas nak baca buku-buku ni kalau yang online macam ni rajin sikit nak baca hehehehe nasib ada orang yang suka buat review macam ni senang kerja membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep novel. Tapi ni bukan online, boleh didapati di kedai buku

      Delete
  12. Good review, ada pelbagai rencah pulak.. hehe menarik ni bukan setakat aksi, tapi juga ada bahagian sedih..iena ingatkan more pade aksi..

    ReplyDelete
  13. thanks review book ni. saya daha lama betul tak baca buku macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu buku macam ni jarang ditulis di Malaysia ni

      Delete
  14. Dulu rajin baca novel. sula baca vite seram, pelik dan fantasi, org yg menulis nibkena berangan klu xjd novel dia haaa!! sbbnya kak pun penulis novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Lepas tu nak kena translatekan dalam tulisan pula angan-angan tu

      Delete

Recent, Random or Label