Assalamualaikum dan hye semua 🌻
Alhamdulillah, cuti semester LH sudah bermula (walaupun sekejapnya 😢). Tapi, tak apalah, dapatlah juga konon-konon merasa cuti sem setelah bergaduh dengan assignment dan quiz yang sepertinya tak pernah berakhir 😆.
Tapi, LH di sini, bukan nak cerita pasal cuti sem tau. LH di sini nak cerita pasal perkara lain. Tengok tajuk lah- TREMUCCA
Ok meh LH mulakan, disebabkan Covid-19 ni, semua institusi pendidikan melakukan PJJ sahaja atau disebut Online Distance Learning (ODL) atau pembelajaran atas talian. Semuanya online lah. Dekat rumah ni pun, habis semua sudut dichopnya oleh kami adik-beradik. Kalau seorang dah duduk situ, orang lain tak boleh dah kacau 😂. Bukan takat tu aje, Covid ni juga turut sama menekan kita semua dari segi kewangan juga. Kami adik-beradik sendiri pun memerlukan duit belanja. Jadi, untuk mencari sesuap duit belanja, kami adik-beradik datang dengan satu idea dan mengasaskan sebuah perniagaan yang menjual barangan health & beauty. Maka terasas lah TREMUCCA. Ha! Sama macam tajuk kan?? 👍🏼
Tremucca
Sini LH nak ceritakan serba sedikit pasal Tremucca ni. Tremucca ni berasal dari perkataan three muka membawa maksud tiga wajah. Kenapa tiga wajah? Sebab pengasasnya tiga orang yang cantik-cantik belakanya 🤭. Foundernya kami tiga orang iaitu LH sendiri, adik LH nombor dua Nana dan adik ketiga Raha.
Logo Tremucca bersama foundernya 🤭
Kami asaskan Tremucca ni beberapa bulan lepas (dekat-dekat akhir tahun 2020). Barangan yang dijual pun ada banyak ya seperti barang mekap, tudung yang trendy dan baju yang cantik-cantik, baju Sabella pun kami ada jual juga berserta beg tangan. Ha nampak macam barangan perempuan aje kan? Eh jangan silap tau, baju melayu dan kurta pun ada tau. Ha semua boleh beli.
Read also: Puisi Kehidupan- Kesempatan Yang Kejam
Produk kami
Jadi, seperti yang LH sebut tadi, Tremucca mempunyai beberapa produk tersedia hanya untuk anda semua.
Produk pertama yang kami sediakan kepada anda ialah barangan mekap. Barangan mekap yang diambil jenama-jenama yang dikenali, mampu milik dan kualiti tinggi seperti Focallure, O.TWO.O, Imagic dan lain-lain.
Produk kami yang seterusnya pula ialah tudung anti-kedut dan tidak perlu digosok. Corak tudung-tudung ni semua cantik-cantik dan exclusive. Terdapat pelbagai koleksi produk ni dan semuanya menawan 😍. Produk yang LH tengah cakapkan ni dari tadi sudah semestinya jenama Hayda Scarf. Tudungnya yang lembut, selesa, tidak panas, tidak perlu gosok dan senang bentuk. Nak tau sebab apa? Sebab Hayda Scarf mengunakan material kain chiffon berkualiti tinggi.
Mana nak dapat produk ni? Mana lagi kalau bukan dari Tremucca lah 😊
Seterusnya, kami bukan sahaja menjual tudung dan barangan mekap, tetapi baju pun ada juga. Baju yang menjadi pilihan untuk perniagaan kami sudah semestinya rangkaian baju dari Butik Dmimi yang menyediakan pelbagai baju mampu milik dan cantik-cantik belaka. Boleh dipakai sehari-hari, kenduri atau raya. Butik Dmimi pun ada juga menjual baju-baju lelaki tau seperti kurta, baju melayu. Ha jangan ingat baju perempuan aje.
Tremucca bukan sahaja menjual baju dari Butik Dmimi saja, baju tidak perlu gosok Sabella pun turut ada dalam produk kami tau. LH memang taknak cerita panjang pasal Sabella ni sebab semua orang dah tahu dah kelebihan Sabella ni. Lai lai, tunggu apa lagi. Dapatkan semuanya dari Tremucca.
Produk yang satu ini merupakan beg yang menjadi fesyen dan trendy zaman sekarang. Apa itu? Itulah Jute Bag.
Nak dapatkan jute bag ni dari mana? Hubungi saja kami ya 📞
Oh ya semua, selain menjual produk, Tremucca pun ada juga join affiliate link. Affiliate link yang kami join dari Perfect Diary Beauty dan Involve Asia. Anda tak perlu susah cari lagi sebab kami ada untuk menyenangkan hidup anda. Ada promosi ke diskaun ke sale ke akan kami kongsikan dengan anda sekali dengan link yang mana anda cuma perlu tekan dan buat pembelian. Senang bukan?
Social media
Macam mana pula kalau korang nak hubungi kami? Di bawah ni, LH sediakan link untuk semua social media kami 📱
Instagram 👉🏼 @tremucca
Whatsapp 👉🏼 Tremucca
Website 👉🏼 (masih dalam selenggaraan)
Shopee 👉🏼 Tremucca Shop
Facebook 👉🏼 Tremucca
Emel 👉🏼 tremucca@gmail.com
Dengan ini, LH berharap kalian dapat support bisnes yang dijalankan oleh kami. Sedikit sebanyak dapatlah membantu ekonomi kami mencari sesaku wang belanja. Kami juga berharap dapat memberikan kalian semua perkhidmatan terbaik untuk semua 😊.
Lh harap entri kali ni dapat memberikan manfaat sedikit sebanyak kepada semua pembaca.
Apa pun, jangan lupa untuk share dan like entri kali ini. Jangan lupa juga untuk follow blog LampuHijau 😘.
Read before: Let's Get To Know The Lypophrenia: Lypo Design
#haydascarf #sabellacollection #dmimiexclusive #focallurecosmetic #imagicmakeup #otwoomakeup #jutebagtrendy #tremucca #bisnesonline
3 Comments
rajin budak2 mudah sekarang, macam ni la.. akak doakan tremucca success. walaupun busy cari duit, pelajaran jangan lupa k. dah lama dok tengok tudung hayda nanti nak tengok kat tremucca. All the best!
ReplyDeleteGoodluck lh :)
ReplyDeleteMacam2 produk ada ye.. Jute bag tu memang trending now..
ReplyDeletejemput singgah blog sy join segmen bloglist 2021
www.naniey.com/2021/02/segmen-pencarian-bloglist-2021-by.html