Assalamualaikum dan hye semua 🌻
Semua tahu bahawa negara kita baru saja melalui fasa PKP, sekali lagi. Tiada siapa yang tahu bila akan berakhir semua ni. Betul tak? Bagi orang yang suka travel macam LH ni, memang takkan berhenti mencari tempat baru untuk travel walaupun dalam keadaan yang begini. Namun, takut juga nak travel dengan keadaan yang macam ni. Tapi, kalian jangan risau, tujuan LH menulis article ni kali ni, sebab nak membantu kalian di luar sana, yang nak travel dalam keadaan ni tapi tak tahu nak mula dari mana. Di bawah ni, LH senaraikan untuk korang aplikasi dan web yang boleh membantu korang explore dan travel serta memudahkan lagi kalian.
5 Aplikasi/Web untuk bercuti
1. Wego MY
Aplikasi Wego telah diwujudkan sejak tahun 2005 dan semakin berkembang sehingga ke hari ini. Misi mereka ialah untuk membantu orang menemukan nilai sebenar menjelajah, memberi inspirasi dan sebab kenapa seseorang perlu menjelajah dengan memudahkan mereka dalam mencari pengalaman mereka.
Wego merupakan salah satu aplikasi yang digunakan oleh jutaan manusia masa kini tidak kiralah yang berjalan untuk adventure, kerja atau family trip, termasuk juga sebab-sebab lain.
Wego membolehkan kalian travel dari Algeria hinggalah ke Zimbabwe. Kalian tak perlu risau, sebab dengan Wego, kalian boleh tempah hotel dan penerbangan dengan mudahnya dari Wego. Wego juga turut membantu korang membandingkan harga setiap hotel dan memberikan rekomendasi yang terbaik untuk korang. Dengan adanya Wego ni, mudah aje lah kalau kalian nak rancang perjalanan dan bajet. Tak lupa juga, Wego turut mencadangkan tempat-tempat yang menarik sesuatu tempat. Jadi, tak payah pening-pening kepala nak fikir nak pergi mana. Betul tak? Apps ni memang sangat rekomen untuk solo traveller dan family.
Untuk ke website dan download aplikasi Wego, boleh klik link di sini 👉🏼 Wego MY.
2. Adventoro
Adventoro diwujudkan untuk membantu kalian di luar sana yang mencari aktiviti yang menyeronokkan ketika bercuti. Dengan trademarknya Adventure Awaits, Adventoro mengutamakan orang-orang yang suka melakukan aktiviti lasak seperti berkayak, mendaki gunung dan pelbagai lagi. Objektif mereka adalah untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan ketika mengembara selain memberikan memori yang tidak ternilai sebagai kenangan. Dengan cara ini juga, kalian dapat menjimatkan masa.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Adventoro ini pula ada banyak seperti food hunting trip, hiking and caving, sightseeing, aktiviti paragliding dan canoing turut disediakan dan bermacam lagi aktiviti lasak. Jangan risau sebab mereka takkan biarkan anda pergi sendiri. Mereka akan sediakan tourist guide untuk setiap kumpulan. Anda cuma perlu pilih nak buat aktiviti apa, nak pergi ke mana, masuk hutan, main air,mencari budaya baru, semua ada. Nak buat team building atau hari keluarga pun boleh dengan adanya Adventoro. Anda boleh buat semua tu di seluruh negara Asia Tenggara.
Jadi, anda peminat aktiviti lasak? Baru nak mula tapi tak tau nak mula dari mana? Boleh cuba gunakan aplikasi Adventoro. Klik link di sini 👉🏼 Adventoro.
3. KKDay- Asia
KKDay merupakan travel e-commerce yang menyediakan pelbagai aktiviti percutian dan destinasi untuk dipilih. KKDay digunakan oleh lebih satu juta pengguna dan menyediakan sebanyak 30 ribu lebih pengalaman bercuti ke 90 negara berserta 550 bandar dan destinasi percutian. Pada tahun 2014, KKDay telah mengembangkan sayapnya ke 10 negara termasuk Malaysia.
Kalian boleh pilih negara dari Taiwan, Indonesia, China bahkan Malaysia sendiri pun ada. Sebut aje nak pergi mana, pergi Hong Kong? Pergi Taipei? Pergi Sabah pun boleh tau.
Apa yang korang boleh dapat dari KKDay ni banyak tau. Tak tau nak buat aktiviti percutian dekat mana? Diorang boleh carikan untuk korang sekali dengan destinasi. Korang cuma tinggal pilih aje. Aktiviti apa korang nak dan di mana. Kalau korang nak cari kedai cenderamata pun diorang boleh tolong carikan juga. Itu pun ada tau. Bukan setakat tu aje, pengangkutan dan kereta sewa pun diorang boleh tolong carikan untuk kalian semua. Sampaikan kalau korang tak tau nak makan dekat mana, pun diorang boleh tolong. Best kan?
Dengan KKDay ni juga, kalian boleh cari tempat menarik yang korang nak pergi sekali siap ada jual e-ticket. Banyak benda yang disediakan dengan KKDay ni. Kalau korang mencari sim card dan wifi bila berada di luar negara, KKDay pun boleh membantu korang. Atau, korang tak nak pergi bercuti tapi tak tau nak makan apa? KKDay lah jawapannya.
Bagi LH, semua orang sesuai pakai KKDay ni. Baik family, solo traveller atau urusan kerja pun, boleh pakai. Yang seronoknya, korang boleh pilih aktiviti apa korang nak buat. Lasak ke santai tu semua pilihan korang. Cuma perlu klik di sini 👉🏼 KKDay- Asia
4. OYO Rooms
OYO Rooms dikenali juga sebagai OYO Hotels and Homes telah diwujudkan pada tahun 2013 oleh Ritesh Agarwal dari India dan telah berkembang sehingga ke negara-negara lain seperti Malaysia, UAE, Nepal, Brazil, China, UK, Japan, Philippines, U.S dan negara-negara lain juga.
OYO Rooms memberikan kalian perkhidmatan mencari hotel-hotel bajet di seluruh negara. Selain dari tu juga, mereka turut merekomen kalian hotel-hotel yang harganya berpatutan. OYO Rooms turut menyenaraikan hotel-hotel yang menjalankan promosi dan diskaun dan turut memberikan promosi pada kalian yang tempah hotel dari OYO Rooms.
Yang paling bestnya, hotel dari setiap negeri, setiap bandar ada disediakan. Tak payah susah-susah mencari. Pakai aje OYO Rooms dan book terus.
Boleh klik link di sini untuk ke website OYO Rooms 👉🏼 OYO Rooms
5. Expedia MY
Cakap pasal Expedia ni, siapa saja yang tak kenal akan web/aplikasi yang sememangnya dikenali ramai. Baik yang menggunakannya atau pun tak, pasti tau akan website Expedia ni.
Jadi, Expedia merupakan salah satu travel shopping ecommerce juga macam KKDay tu. Tapi, antara senarai yang disebutkan ni, Expedia merupakan yang tertua, ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Rich Barton. Masa tu, Expedia merupakan sebahagian dari Microsoft. Kalau korang nak tahu, perkataan Expedia tu diambil dari dua perkataan "explore" dan "speed".
Dengan Expedia ni, korang boleh pusing satu Malaysia tanpa kegusaran dan kerisauan di hati 😁.
Apa aje tak boleh buat dengan Expedia ni. Nak book hotel boleh, nak book flight boleh, kereta sewa boleh, nak package travel pun boleh. Best kan? Dengan Expedia ni, tak payah pening kepala nak fikir.
Kalian klik aje link di sini untuk terus ke website Expedia. Boleh download aplikasi mereka juga 👉🏼 Expedia MY
Jadi, antara senarai berikut, mana yang menjadi pilihan hati kalian? Ingat tau, nak mencari aplikasi percutian ni, mesti kena cari yang bersesuaian dengan kita. Paling penting, bajet tu kena utamakan.
Itu saja dari LH. Harap entri ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua 💓.
Apa pun, jangan lupa untuk komen dan share entri LH kali ni. Dan jangan lupa untuk follow blog LH juga ya 😘
Baca sebelumnya: Destinasi Percutian Idaman Selepas PKP
Penafian:
Pihak LampuHijau tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang perubahan yang berlaku.
Pautan yang dikongsi merupakan pautan affiliasi. Sekiranya terdapat pembelian, pihak LampuHijau akan mendapat sedikit komisen.
#travel #travelapps #expedia #kkday #oyorooms #wego #adventoro #travelblog #adventure #explore
12 Comments
Entah bilalah dapat travel lagi.
ReplyDeleteJadi dah terbiasa duduk rumah pulak. Haha.
walaupun macam lambat lagi nak travel tapi artikel ni bagus. even selalu travel sebelum ni tak pernah guna apps sebab selalu travel guna hati je.main redahhh haha
ReplyDeleteWego, KKDay, Expedia memang pernah dengar. Nak travel pun risau sekarang ni.
ReplyDeletenice sharing. hope dapat lah kita semua merasai nikmat travel lagi . rindu sangat nak jalan jauh terokai tempat orang
ReplyDeletePerkongsian yang bagus. Nanti dah mula boleh travel. Boleh download. Tazzabar nak pi pantai. Hehe
ReplyDeleteApps sebegini memang sangat membantu. For my next trips - memang senang guna apps gini. Pas dah amik vaksin boleh la nak travel kan
ReplyDeleteCuma tau OYO dgn Expedia aje. Yg lain new for me. Nanti boleh cuba masa dah boleh travel. Selalu pakai OYO la kalo nk bercuti.
ReplyDeleteBila dapat travel kan? Mesti kaki travel rindu dah. Thanks share apps yg nice utk travelers guna
ReplyDeleteWahhh perkongsian yang menarik... tapi bila lah kita dapat pergi travel lagi. Rindu lahhh.
ReplyDeletethanks for summarising and highlighting all these amazing apps. it's super helpful especially for travelers like myself! :)
ReplyDeletejenis rajin travel memang kena ada apps ni lah. senang nak refer and booking tempat untuk menginap
ReplyDeleteLepas ni kita akan guna website macam ni mudah untuk cari tempat nak bercuti hehehe tak sabar nak pergi luar negara dan bercuti dalam negeri....
ReplyDelete