My View of Book Review- Arséne Lupin Gentleman-Burglar

New Post From LH

Assalamualaikum dan hye 🌻


Setelah beberapa waktu, jari-jemari ini tidak mengikat abjad-abjad untuk blog ini, kini kembalinya LH di sini. Kembalian LH di sini adalah untuk berkongsi pendapat setelah sebuah buku tulisan Maurice Leblanc bertajuk Arséne Lupin: Gentleman-Burglar dihabiskan. Berdebar rasanya untuk menerbitkan entri ini seolah-olah kali pertama menerbitkan entri. 






Tentang buku

Bertajuk The Extraordinary Adventures of Arséne Lupin: Gentleman-Burglar, diterbitkan oleh Penerbit X. Penerbit X merupakan penerbit buku alternatif di Malaysia, bernaung di bawah PTS Sdn.Bhd dan banyak menerbitkan terjemahan buku seperti novel rangkaian Sherlock Holmes. Lebih lanjut mengenai Penerbit X di sini 👉🏼 Penerbit X. Novel ini mengandungi sebanyak 269 muka surat, terkecuali dari isi kandungan, pendahulan dan tinta penterjemah. 

Siapa saja yang tidak kenal akan Maurice Leblanc, seorang penulis berasal Perancis dan merupakan pencipta Arséne Lupin. Beliau adalah penulis asal kisah pengembaraan Arséne Lupin sebelum cerita beliau ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa lain. 

Buku yang berada di tangan LH kini, merupakan edisi Bahasa Melayu, dan diterjemahkan oleh tiga orang penerjemah yang hebat-hebat seperti Rasidah Salleh, Dzul Azraai dan Nadia Amir. 

Sinopsis

Semua mengetahui bahawa Arséne Lupin merupakan seorang pencuri yang budiman. Hanya menyasarkan rumah-rumah agam yang mewah dan barangan antik yang menarik perhatiannya. 

Seorang pencuri yang tinggi akal dan kemahirannya ini merupakan seorang yang juga budiman dan lembut hati, membuatkan orang ramai terkeliru dengan sifatnya yang sebenar. Arséne Lupin juga begitu pandai melakukan penyamaran sehinggakan orang sekelilingnya sama sekali tidak dapat mengecam siapakah Arséne Lupin.

Reviu

  1. Begitu kagum dengan idea Maurice Leblanc dalam mencipta karakter Arséne Lupin. Bijak dan unik.
  2. Bahasa santai dan berbunga menarikkan lagi pembacaan novel ini
  3. Unsur misteri merupakan tunjang dalam kisah Arséne Lupin menimbulkan pelbagai persoalan diminda pembaca

Pengajaran

  1. Sentiasa ada budi bicara dalam setiap pekerjaan 
  2. Ketamakan bakal memakan diri
  3. Tiada apa yang kekal di dalam dunia yang rapuh ini
Dapatkan knitwear dan tudung cantik tapi murah

Setelah beberapa lama janji termeterai, akhirnya baru kini LH berpeluang menunaikan janji.





Knitwear yang menjadi pilihan LH untuk digayakan di dalam entri ini datangnya dari kitayelo. Cantik dan yang penting tidak panas. Harga pun berpatutan dan mampu milik. Tidak mahal.

*P/s: sila pilih saiz satu lebih besar dari saiz anda

Shawl (crumple dan satin) pula dihadiahkan oleh seorang kawan LH yang menjual tudung-tudung murah dan cantik serta berkualiti. Kerajinan gadis ini berniaga sangat dikagumi. Berniaga semenjak zaman sekolah menengah sehingga kini. Semoga saja satu hari nanti beliau berjaya. Boleh lawati perniagaan beliau di sini the.hijabeez. Cantik sungguh kad yang diterima atas setiap pembelian.



Buat pengetahuan kalian, mereka ini pernah mempunyai pakatan dalam berniaga, digelar The Lypo. Maklumat lanjut dapatkan di sini, Lypo Design dan Ebook Lypo. Tetapi kini mereka sudah bubarkan pakatan tersebut. 




Sekadar ini saja yang dapat LH kongsikan bersama kalian sema. Semoga saja entri ini memberi manfaat sedikit sebanyak buat semua ☺️

Jangan lupa untuk follow blog LH dan like entri ini 😘

#arsénelupin #reviewnovel #blogreview #lampuhijaureview #mauriceleblanc #penerbitx




 



Post a Comment

12 Comments

  1. Rawlins dah tengok dua season Lupin nie kat Netflix. Now teringin nak baca novel dia pula - mesti lagi mendebarkan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. LH tak tengok lagi. Tak tau sama or just inspired tak tau lah. Tapi memang best buku dia

      Delete
  2. Lupin… macam cerita ya g femes dekat netflix jugak. Dah lama tak baca buku hhaha. Maybe kena stsrt baliklaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep. Lupin memang famous haha. Boleh start bila ada mood. LH ni pun baca sebab mood membaca datang balik

      Delete
  3. Wah buku ni macam suspense juga, i watch this type of storyline on movie but would love to read this book also.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is more to mystery I guess. Tapi memang recommended lah

      Delete
  4. Kita sebenar kagum orang boleh baca buku ilmiah atau novel tebal-tebal dengan tanpa bosan. Kita buka muka kedua dah bosan nak tidue hehehw bagus mcm ni baru ramai rakyat yang berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada penulis. Kalau penulis dia tulis best, pembaca ni tak puas nak baca

      Delete
  5. Ooo ni sama kat Netflix tu ke? Haritu tengok pun setengah jalan.. tak tau pulak ada bukunyaa...

    ReplyDelete
  6. sebelum ni nampak juga tajuk di netflix tapi tak tengok lagi sebab khai jenis yang tak layan series sangat unless ramai puji hahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Malas nak layan series tapi orang kata best. Lagi suka baca buku dia haha

      Delete

Recent, Random or Label