Puisi Kehidupan- Aku Kaku: Sebuah Puisi Muzikal

New Post From LH

"Dunia tidak pernah meninggalkanmu dengan sesuatu yang kau harapkan. Begitulah adat berlalunya dunia"
 

            🌻🌻🌻🌻

Assalamualaikum dan hye semua 🌻

Hari tu, LH dah lama tak menulis puisi. Sejak-sejak dah lama tak mencurahkan idea puisi, tangan jadi kaku, otak jadi buntu. Maka dari situ, terbitlah ilham untuk menerbitkan puisi yang ni. 



Latar belakang

Tangan ini tidak lagi mampu melukiskan dakwat pena menjadikan aksara kepada kata. Otak juga seperti beku sehinggakan tidak mampu melahirkan ilham baru. Dengan kekakuan ini, terasa seperti diri ini tidak lagi berguna, tidak lagi mampu berfikir.

Pengajaran
1) Ilham itu perlu dicari dan tidak datang bergolek.

2) Sentiasalah berdoa agar diberikan ilham yang melimpah sentiasa dan dapat memberikan manfaat kepada orang lain

3) Otak ini tidak boleh dipaksa. Tetapi kita boleh mendapatkan ilham dengan memerhatikan suasana dan sekeliling.

4) Hati ini perlu tenang untuk mendapatkan ilham yang bernas.

5) Peliharalah dan jagalah otak kita dengan baik. Kerana akal yang sihat mampu melahirkan ilham yang bijak.



Puisi

Dunia ini sudah kosong bagiku,
Tiada lagi hamparan langit buatku,
Yang suatu ketika pernah biru,
Seperti bentangan sebuah lautan,
Dunia ini sudah kosong,
Tiada lagi awan tergantung buatku,
Semuanya pergi meninggalkanku,
Gelap,
Itulah yang dapat aku ucapkan,
Dunia ini lucu,
Kelucuannya menghiburkanku,
Merampas semuanya dariku,
Tanpa sempat aku berkedip,
Dan aku kini tiada apa-apa,
Tanganku kaku,
Kakiku kaku,
Otakku turut kaku,
Bahkan untuk menyusun tiap rasaku,
Agar menjadi aksara indah,
Pun tidak aku mampu kini,
Dulu mungkin aku seorang yang retoris,
Mungkin,
Tapi tidak lagi,
Aku bukan lagi retoris,
Aku bukan lagi retoris,
Dan bukan lagi aku retoris,
Semuanya kaku,
Menjadi kaku,
Duniaku kini kaku,
Aku pun turut terkaku,
Di dalam dunia yang kaku ini,
Aku berdiri kaku,
Hanya kaku.


LH harap entri pada kali ini dapat memberikan kalian di luar sana manfaat 😀.

Apa pun, jangan lupa untuk share entri ni dan follow blog LH tau. Subscribe juga youtube channel LH selepas dah full view video di youtube 😘. Link ytc

Ini LH kongsikan video;






#musikalisasipuisi #puisimuzikal #puisikehidupan #soundpoetry #musicalpoetry #sadness #sasterapuisi #sajakpuisi #bloggerpuisi

Post a Comment

14 Comments

  1. sedap puisi LH. Cuba buatkan antologi satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wow bestnya puisi..teruskan bekarya yea
    hyee sye follow here #33

    ReplyDelete
  4. saya bukan pandai sangat mentafsir.. tapi bait2 dibaca tu..
    sedap bunyinya..

    ReplyDelete
  5. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai cuya! Tak sempat nak join GA hari tu. InsyaAllah lain kali bila diberi kesempatan

      Delete

Recent, Random or Label